Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Hari ni mood aku agak ceria. Hahaha.. masalah kelmarin pon dah setel.
Oleh itu hari ni aku nak ulas sikit pasal persoalan yang kerap kali diajukan kepada aku oleh kengkawan mengenai perkhidmatan internet.
Ok, kat sini aku akan menceritakan serba sedikit pasai Internet Service yang ade kat Malaysia ni. Sama ada yang dah lame bertapak mahupon yang SETAPAK KL punye liputan… wakaka…
Untuk pengetahuan nkorang semua 4 service Internet ni aku pernah daftar dan pernah gunakan. So, based on my experience pasal citernye aku akan share dengan nkorang.
1. TM-Net Streamyx – Selalunya subscribernye akan menyifatkan TM-Net Streamyx sebagai TM-Nut. Aku pon heran. Dah la fixed line pon still ade gangguan talian. Ramai jugak subscriber merungut pasal services TM-Nut dah tak berape nak best.
- Daftar agak leceh… berbaris panjang kat Kedai Telekom aka TM Point. Nak tunggu line masuk, nak tunggu cabling… nak tunggu Streamyx services lagi… lalala modem? Router? erm…
- Bayar memang murah. Sekarang ni dah buat iklan mengatakan tiada sewa talian tetap.
- Penggunaan tanpa had (unlimited)
- IP Address – Dinamic, maknanya kite boleh download torents & Rapid Share secara direct. Best ma…
- Kawasan Liputan - Seluruh Malaysia.
- Meter Puas Hati - 6/10
2. Izzi – The very expensive first registeration. Fuh.. berpeluh. Tapi mobility. Syarikat iZZi ni dakwa kate diaorang pakai teknologi 4G… mane tah terbitnye.
- Register - Utk pakage langganan 1 tahun iZZi-You ialah RM1.2k. Register kat Low Yat Plaza, B. Bintang KL
- Bulanan - RM98.00
- Penggunaan – Tanpa Had
- Modem - USB Modem tanpa penggunaan SIM KAD... pelik.. tapi benar.
- Dial Up - PPPoE Terminal
- IP Address - Dinamik, boleh download RapidShare.
- Kawasan Liputan - Masih lagi terikat kat kawasan Lembah Kelang, tapi semakin meluas.
- Meter Puas Hati - 8/10
3. Celcom Broadband - Tetibe ingat iklan BIRU Celcom... ye biru.. macam jersi Man ni? Semua biru? 1 Rumah biru?.... iiiiyeee..... Biru... wakaka... Celcom service paling caring customer services. Aku memang kagum dan puas hati.
- Register - Pakage DATA-CARD ialah RM68.00 tidak termasuk USB Modem. Aktivation 1 - 2 hari. Register kat Celcom Center
- Bulanan - RM68.00 jugak. Tiada charge tersembunyi.
- Penggunaan - Tanpa Had.
- Modem - Dijual berasingan. Kalau ambik pakage... agak mahal, larat ke nak beli sampai RM4-rat???
- Dial-Up - USB Modem Dialer atau Dial up terminal (no telefon utk 3G modem dialer ialah:- *99**1#)
- IP Address - Iseymen... kantoi pulak...FIXED IP @.k.a Sharing IP dengan semua pengguna broadband Celcom. Jadi... tadek la RAPISSHARE... tak sharing laa macam nih.
- Kawasan Liputan - Ketara dan memang berpuas hati.
- Meter Puas Hati - 7/10
4. U-Mobile - La... takkan tak tengok ilkan kat TV??? Orang lain shopping besar-besar, ade mamat sorang tuh beli air can 1 biji jer. Entah... Aku tak reti nak komen iklan tuh.
- Register - Memang murah dan termampu. RM50.00. Apa dapat? Modem free. Tapi kontract service mesti 2 tahun. Kalau tak kene bayar modem RM700± Aktivation service memakan mase 2± hari. Register kat Berjaya Times Square B. Bintang KL
- Bulanan - RM68.00 dan tiada carge tersembunyi.
- Modem - Kasik free mase register. Tapi mau service contract 2 taun. Ada pakai DATA-SIMCARD. Modem nipis dan kecil giler~ Kale hitam. Cun!!!!
- IP Address - Kojol.... same jugak, tak boleh download RapidShare sebab kongsi IP dengan pengguna Broadband lain (pengguna setalian)
- Kawasan Liputan - Masih terhad kepada pengguna yang berada disekitar Lembah Kelang. (Klang Valley)
- Meter Puas Hati - 7/10
Diharap nkorang semua dapat manfaat dari apa yang aku paparkan pada kali ni.
Kreuger®







