Sabtu, 4 Oktober 2008

Raya Keempat - Hala Tuju


Assalamualaikum Abang-abang dan Akak-akak.

Kehadiran entri kali ni bukanlah bertujuan untuk menjukkan kebagusan diri aku yang lemah dan hina ini... tapi nak mengajak kite semua mengingati balik amalan yang telah kite lakukan sepanjang Bulan Ramadhan yang lepas.

Terpikir plak aku untuk menulis dialam virtual ni secara spontan... mengenangkan kesah dan amalanku yang agak kurang... Ade lebih dan ade kurang. Ape die? Entri Lebih... Terawikh kurang... kekekeke.... sedey jugak.

Bila agaknya hati ini dengan rela sujud kehadrat Ilahi tanpa terikat dengan mane mane hasutan anasir luar yang sentiasa mengajak aku sebok mengejar duniawi yang akan habis tak berapa hari lagi.....

Bismillah Hirrohman Nirrohim... Semoga Allah s.w.t membuka pintu hatiku untuk terus sujud dan beribadah kepada-NYA. Amin....

post signature

Jumaat, 3 Oktober 2008

Raya Ketiga - Kompom Bertimbun

Assalamualaikum Semua.

Seronok nkorang semua beraya ek... lagi seronok kalau bleh beraya dan surfing internet... berchitchat dengan kekawan.... wallaaaweeeiii jelesnye aku.... Aku still kat kampung.. *sedey~

Tapi dalam keseronokan beraya kodok, terpikir tak nkorang pasal kijer kat pejabat tuh??? Muahahaha.... ape kes??? Persetan dengan semua tuh... janji aku dapat cuti raye kan???

Tapi kalau nkorang dah balik raya nanti, then masuk opis... tengok sticky note penuh macam dalam gambar kat atas tuh, So ape perasaan nkorang??? Muahahahaha... kompom nak pitam dibuatnye. Betoi tak...

Ape-ape pon, Selamat Berhari Raya. Maaf Zahir & Batin.
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas dari Kreuger@warirc2.blogspot.com

post signature

Khamis, 2 Oktober 2008

Apa Khabar PC Aku???


Assalamualaikum...

Agaknye ape rase nkorang kalau berjauhan dari kecanggihan teknologi terutamanya internet??? Bagi aku sekarang seolah-olah aku hidup pada zaman batu.

Memang pada dasarnya aku happy yang teramat sangat sebab ketika ini aku berada disisi mak dan abah aku yang tercinta... namun disudut hati aku masih teringat kan kepada 2 perkara.
1. Awek aku - Sekarang ni Raye kat Kedah.... *taun depan raye dgn aku plak~
2. Komputer aku - My GOD... betapa rindunya aku kat PC aku.

Untuk pengetahunan nkorang yang belum tahu... ini merupakan posting tertunda yang aku buat sempena aku bercuti Raya.

Nak pesan kat sape laa kalau keyboard aku tumbuh rumput ni??? Sape laa nak tolong bersihkan PC aku yang berswang nanti... huhuuhuhu... PC ku... aku rindu padamu~

post signature

Rabu, 1 Oktober 2008

Pulanglah Di Hari Raya

Assalamualaikum....

Ape kate kalau pagi raye ni kite layan lagu Raya nyanian dari Aishah - Pulanglah. Aku dedicated lagu ni untuk semua anak merantau yang tak dapat balik kampung tahun ni.

Semoga anda semua tabah... jangan sedey-sedey... Kalau tak bleh nak balik... telefon kan ade... internet kan ade... so tadek alasan tak boleh contact mak dan abak nkorang...

Jangan jadi Si Tanggang....
wokeh~

Jom layan lirik ni:-

( ...Sayang
Di hari yang mulia ini

Ku pohon keampunan

Hanya satu yang ku pinta

Pulanglah... )


Termenung ku sendiri

Memendam rindu tidak menentu

Kasih suci murni yang kita bina

Hapus hancur oleh kata fitnah


Di pagi hari raya

Hati sayu mengenang dirimu

Mudahnya kau menggantikan diriku

Seolah cintaku tak berharga


( korus )

Apakah suratan

Aidilfitri satu titik akhir

Sekian lama bercinta

Kau tiada di hari mulia


Keampunan ku pohon

Sekiranya aku yang berdosa

Pulanglah ku merindui mu sayang

Ku menanti dengan hati rela ( jiwa raga )


( ulang dari korus )

Pulanglah kepangkuan ku oh... sayang

Ku menunggu mu di hari raya

post signature

29 Sept 2008 - Keychoh Kat Pudu Raya


Salam Bahagia Semua,

Xceli gambar ni sempat aku candid mase aku nak pergi menghantar awek aku a.k.a bakal tunang aku kat Pudu Raya bebaru ni.

Tengah aku dok sebok-sebok setelkan awek aku nak bas... so aku nampak laa sekumpulan manusia dari kaum tempatan (nama kaum terpaksa dirahsiakan) sedang berkumpul dan berarak membawa sebatang lilin.

Aku pon tak taw ape motifnye.... maybe sebab desakan tak puas hati. Tapi, perkes bawak lilin sebagai tande protes??? Bagi aku:- "sungguh tak bersyukur"

Imagine la, dah laa kawasan Pudu Raya dah memang sesak dan jem... tambahan pulak musim raya... lepas tuh depa tambah lagi dengan perhimpunan tah pah pe tah... memang semak laa... dah laa gelap... bertambah laa gelap suasana kat situ...

Huhuhuhuh... what ever jer laa nkorang ni, Janji jangan ganggu hidup aku sudeehhh...

post signature

Selasa, 30 September 2008

Photoshop - Madinah Edited

Assalamualaikum kengkawan semua.

Jangan terkejut dan jangan ler hairan... walaupon Kreuger tak boleh online pada ketika ni, tapi Kreuger dah siapkan beberapa entri tertunda supaya blog ni sentiasa nampak berupdate.

Preview pada kali ni adalah percubaan Kreuger untuk menambah effect kepada gambar. Objek dan model gambar Kreuger pada kali ni ialah gambar Masjid Madinah. Gambar ni telah di-blen dengan kaw-kaw sampai menampakkan hasil sampai cenggini.

Ok.. nkorang semua boleh copy hasil artwork kali ni. Sebab Kreuger tak letak signature. Jangan lupe bagi komen kalau dah ambik ok... Amat sesuai untuk dikjadikan wallpaper nkorang...

post signature

Isnin, 29 September 2008

Kad Raya Lagi -Terime Kasih Bebanyak~

kad-last

Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri.

Ini merupakan kad raya terakhir yang aku terima secara online bagi tahun ni.

Kalau nkorang semua nak tau, Kreuger sanggup tunggu kad raya ni dipublish, barulah Kreuger berkemas-kemas untuk berangkat pulang... Kalau tak rasenya macam tak complete jer perjalanan balik kampung Kreuger kali ni...

Tahun ni merupakan tahun pertama Kreuger be-raya sebagai seorang blogger. So banyak mende-mende baru yang Kreuger telah perlajari dari kengkawan blogger semua. Kalau nak diikutkan tak terucap perkataan terima kasih Kreuger untuk nkorang semua.

Seperkenalan kita yang singkat ni, tapi telah membuatkan kehidupan Kreuger sebagai blogger batambah ceria. Nkorang semua memang sporting. Maka layaklah pujian dan penghargaan Kreuger berikan kepada nkorang yang sentiasa memberi moral support untuk Kreuger.

Ok lah... 2 lagi kad raya datangnya dari:-

image
http://akupunyalife.blogspot.com - Bro Cybernatic Mind
 
image

http://meo188.blogspot.com/ - Meo188

 Terima kasih untuk yang sudi berkongsi kad raya...

P/S:- Untuk pengetahuan semua, Kreuger sekarang ni dalam perjalanan untuk pulang ke kampung halaman Kreuger kat Pahang Darul Makmur. So, bermula dari hari ni sampai lah 05 Oktober 2008, Kreuger tak dapat nak online. Cume entri tertunda sahaja yang telah Kreuger susun untuk tatapan kite semua sepanjang Kreuger bercuti.

Kreuger®

Ahad, 28 September 2008

Mencipta Button - Photoshop CS3 Tutorial

download copy

Assalamualaikum Dan Salam Ceria Semua.

Erm... seditkit tekanan untuk Kreuger menulis entri kali ni.. ekeke... xceli Kreuger teramat la sebok dalam menyiapkan task pejabat kreuger. Tapi apa kan daya, untuk tidak menghampakan hasrat kengkawan yang request..... maka dengan itu entri pada kali ni kite belajar cara-cara nak buat button dengan Adobe Photoshop CS3.

Ok.... just strait to the point... Nkorang boleh folllow instruction bergambar seperti yang Kreuger paparkan kat bawah ni. Sila ikut dengan teliti dan betoi-betoi. Kalau tak, mungkin hasil yang nkorang hendakkan tak berapa nak menjadi.

image

Daripada menu:- Pilih FILE dan klik pada NEW...

image

Daripada sini:- Namakan NAME:- ikut-suka-hati dan PRESET:- Default Photosop Size. Kemudian tekan butang OK

image

Kat sini pulak:- Klik pada Menu Round & Rectangle Tools, dan kemudian select Rounded Rectangle Tool.





image

Erm... dengan senang hati... maka buatlah 1 bentuk button segiempat yang anda suka untuk menjadi latar belakang baner anda. Contoh seperti gambar diatas.






image

Perhatikan pada menu sebelah kanan anda. terdapat objek kecik bebentuk segi empat yang danda buat tadi...

Klik butang kanan mouse anda. Seterusnya muncul menu pintasan, daripada menu pintasan ini, anda dikehendaki memilih Rasterize Layer

Ini bertujuan supaya andan menjadikan objek yang anda cipta sebentar tadi adalah Editable Objek. Kalau tenknik ini tidak dilakukan... sampai bile pon butang anda tidak menjadik. Kalau jadi pon, tidak lah seperti yang kiter semua kehendaki.





image

Perhatikan, gambar/objek yang anda cipta tadi telah bertukar menjadi 1 kepingan layer yang boleh di edit.





image

Daripada sini, ciptakan 1 lagi kotak segiempat yang bewarna terang sebagai pembayang dalaman.

Kemudian anda dikehendaki mengulangi proses Rasterize Layer untuk objek pembayang tersebut supaya ianya boleh di edit.








image

(1) Kemudian, pilik Square Marquee Tool

(2) Buat 1 kotak marquee seperti gambarajah.

(3) Daripada keyboard anda, sila tekan bersama-sama:- Ctrl + Alt + D. Kekotak Feather Selection akan muncul.

(4) Kemudian masukkan diameter sebanyak 30

(5) Tekan butang OK.



image

Hasilnya anda akan dapat seperti rajah di atas. Daripada sini, sila tekan butang DELETE yang terdapat pada keyboard anda.

image

Perhatikan perbezaan ton warna yang telah berlaku pada pembayang yang kite buat sebentar tadi. Nampak tak perbezaan???

image

Daripada menu FILTER, sila pilih Blur dan kemudian, Gaussian Blur. Adjust sehingga ton warna menepati citarasa yang anda kehendaki.

image

Setelah selesai proses diatas, kali ni sekali lagi anda dikehendaki untuk menciptak pembayang diatas kesemua objek tadi. Jangan panik apabila objek yang baru ini telah menutupi lapisan terdahulu. Sila pastikan layer ini juga anda convert ke Rasterize Layer.

image

(1) Double click pada layer terbaru yang anda cipta sebentar tadi.

(2) Kekotak layer style akan muncul, kemudian pada Blend Mode:- Linear Light

(3) Ubah sehingga:- 30%

(4)Fill Option:- 80%

(5) Klik butang OK.

image

Kemudian, anda perlu klik pada tool Horizontal Type Tool (T). Daripada sini, lakarlah tulisan yang anda kehendaki di dalam kotak rekaan anda yang telah siap.

Untuk mencantikkan dan memperkemaskan lagi tulisan anda, anda boleh juga menambahkan effect kepada tulisan tersebut dengan cara:-

image

(1) Double klik pada Layer Download

(2) Kekotak Layer Style akan muncul

(3) Tandakan rait pada butang Bevel & Emboss

(4) Tandakan rait pada butang Contour.

(5) Pilih Contour seperti dalam rajah di atas.

(6) Klik butang Ok...

image

Gunakan Crop Tool untuk memotong hanya bahagian yang anda kehendaki untuk menjadi image anda.

image

Pilihan gambar yang dikehendaki. Setelah berkenan, sila double klik kedalam kotak yang anda Crop sebentar tadi.

image

Image anda akan berbentuk seperti diatas setelah anda membuang/delete layer yang berwarna putih. Dengan ini save la hasil kerja anda kedalam bentuk PNG untuk paparan ikon yang memuaskan hati dalam bentuk Transparent. OK~ Selamat Mencuba~

Kreuger®

Blog Kegemaran Kreuger