Khamis, 18 September 2008

Gift and Award - Fuh~

award

Assalamualaikum & Salam Bahagia Semua.

Lame sungguh Blog ni sepi dari mendapat award dan gift. Tapi sekali dapat.... fuhhh..... tak hengat punye laa.... same macam kesah kene Tsunami TAG, ekekeke~

Dikesempatan ini aku mengucapkan jutaan terima kasih kat abang-abang, akak-akak dan kengkawan semua yang begitu menghargai aku sebagai seorang penulis blog yang serba kekurangan dari segi intelek...... ekekek... *award mesti ade ucapan kan....  nkorang semua memang DEBOOMMMBB ar...

Sungguh terharu aku kali ni untuk menerima award/gift yang diberikan kepada aku dalam bulan puase ni. *nanges~

Ok, back to reality. "Banyak sangat ker si Kreuger ni dapat award kengkawan? Sampai nak show off dalam blog die... eksyen betoi..." wakaka...

"Xceli bukan laa niat hati aku nak ensyen, Mr. Azman oit... Tapi kite sebagai blogger ni mesti ade usaha untuk menghargai blogger lain."

Yesser.... aku sudah melalut... so this is my award. Check it out~

image
Award ni diterima dari:- Nadira 
Motifnya adalah, sayangilah Orang Utan di Hutan Simpanan Malaysia. ekeke~
 
happy award  happy award
Huhuhuh award/gift yang ni pulak sampai 2 sekali aku berjaya gondol.
Award ini telah diterima dari:-
1. Kak Azza
2. Kak Intan
*** Entah kenape gambar ni tak berkelip laa plak... aku pon heran....
 
Yesseeeerrr.... maka tibalah masa untuk memberi balik penghargaan kepada kengkawan semua. So sape yang berjaya dapat???? Maka ini lah die orangnye:-

I'm so appreciate your supports.

Kreuger®

Jangan la cuti lame-lame please....

calender

Assalamualaikum dan Salam Mesra.
Eiiiyeee... surely ade yang pikir bukan bukan pasal entri ni kan... tak lupe jugak kepada kawan-kawan kite yang berpikiran menyempang... heheheheh...

Well... you know me. Nkorang suke cuti lame-lame? Suke kan... tapi ade sesetengah orang tak suke orang lain cuti lame-lame...diulangi.... mereka tak suke orang lain cuti lame-lame... (terutama orang macam Bro CybernaticMind & Bro Zariel... *larik saje nak menyakat bro 2 orang neh~) Ayat pon tunggang langgang...

Oklah oklah... abis la mukadimah citer membohong aku pada kali ni. Xceli aku nak share skit info untuk nkorang:-  Sebab apa Boss kita susah nak approved kalau kite request cuti bekerja lame-lame... nak tau sebabnye... jom kite layan...

sticky-note
Mane punye Mat Arok dah tampal Sticky note sesuke hati.... mane boss tak meradang kat nkorang kan..... sure pitam lepas balik cuti.
 
sticky ngamok
Yang ini pulak aku rase ade member kite tekanan perasaan, sebab nkorang cuti terlampau lame. So diaorang kene paksa dengan boss untuk takeover kijer norang laa ni... sure punye. Abis tembus meje aku.....
 
dustcover
Ini aku pon tak paham, ape jenis orang laa nak bercuti sampai tahap macam nak pegi oversea... abis semua meja kerusi dia bungkus... kronik sungguh.
 
grasskboard
Kalau macam ni sah laa nkorang ni beraya sakan tak hengat dunia kan.... keyboard pon boleh berumput. Apa tahap nkorang bercuti nih???
 
grass2
Kompom laa technician komputer/IT nkorang pening kepala nak servis keyboard yang dah berumput macam ni. Rajin betoi... sebelum cuti taruk baja ke kat keyboard tuh.... ekekekek.
 
Wokey laa kengkawan semua. Ini adalah antara email menarik yang aku terima. Somoga kita dapat layan dan hayati bersama.
 
Moral Of The Story:- Kesian kat mereka kalau team partner cuti lame-lame... muahahahaha

Kreuger®

Rabu, 17 September 2008

Internet Download Manager - With P@tch For Newbies.

image Assalamualaikum dan salam bahagia semua.

Yerp... rasenye kebanyakkan daripada kite telahpon mengenali tools dan software-software untuk mempercepatkan proses download @ muat turun bukan. Entri kali ni khas untuk sahabat @ bro gua, PakChat. Beliau baru-baru ni telah membuat request kat aku untuk menggunakan software ni.

Di sini aku sertakan download link dan tutorial untuk menggunakan patch yang telah dikepilkan bersama dalam file yang telah di-compress menggunakan format RAR.

Untuk menggunakan software ini terlebih dahulu anda perlu:-

1. Download WinRAR di:- http://www.rarlab.com
2. Pastikan anda telah install WinRAR terlebih dahulu kedalam komputer anda.
3. Kemudian anda bolehlah download Internet Download Manager
4. Perhatikan turutan gambar secara terperinci untuk langkah-langkah menggunakan PATCH. *Ikon PC aku adalah berlainan daripada Windows XP sebab aku pakai Windows XP Vista Themes.

image5. Setelah berjaya memuat turun maka tibalah proses untuk menyahmampat/decompress sortware ini. Klik sebelah kanan butang mouse anda, kemudian pilih Extract to Internet Download Manager\

*Sekiranya anda mempunyai perisian antivirus, antivirus anda akan memekak cakap ade virus. Sebenarnya tadek ma. Antivirus tuh detect PATCH IDM ini sebagai malwares. Die just suspect jer. Kalau antivirus nkorang memekak, just klik ignore/no action/cancel/no. Kalau tak... kompom laa nkorang tak bleh patch mende alah ni.




image 6. Perhatikan dalam folder tadi terdapat 2 fail execute. 1 adalah Internet Download Manager, dan satu lagi PATCT file. Lakukan proses installation kedalam komputer anda progrem Internet Download Manager tersebut dengan double klik pada ikon IDMAN509. Ingat ye PATCH akan menyebabkan antivirus anda memekak. So abaikan saje kalau die memekak. Ianya dijamin selamat.

image 7. Setelah selesai install IDM tadi, maka tibalah masa untuk letakkan PATCH kedalam forder installation. Daripada folder yang anda extract IDM tadi, pergi ke PATCH dan klik sebelah kanan, Pilih Copy.

image

8. Sekarang, anda perlu pergi ke:- My Computer, C:\Program Files\Internet Download Manager\ dan kemudian paste PATCH tadi kedalam folder installation ini.

*** Maka dengan ini selesailah sudah tugasan aku untuk sahabat-sahabat kite yang baru nak berjinak-jinak ke-alam siber CRACK/PATCH & HACK.... welcome to the CLUB Pak Chat.... ekekekek~

Kreuger®

Selasa, 16 September 2008

TAG - Hutang Mesti Dibayar

Assalamualaikun dan Salam Bahagia Semua

tag Humakkk-aaaiii~ Hari ni bertalu talu akak-akak dan abang-abang menjerit kat ShoutBOX aku kasik tau aku kene TAG... muawawawaww... tak pe nkorang kan. ~menung kjap!!!

Kalau tak de...tak de sangat kan... kalau sekali dah kene... hamik nko~ sampai 3 TAG mesti dijawab... ekekeke... tapi aku cume langsaikan 1 dulu daripadanya. Diharap yg lain sabar dulu ek...

Ok lah kengkawan, abang-abang, akak-akak, adik-adik dan rakan sebaya sekalian.... so TAG aku kali ni berkisar kepada beberapa perkara mengenai diri aku lagi.... *suke betoi nak tau pasal aku kan... tak pe laa.. aku akan cube jawab sebaik mungkin.

TAG Dari:- Nikillas @ Mr. Sallikin - 11/09/2008

Nama Timangan
Uihh... nak kene kasik tau gak ke? hehehe... Ok, keluarga aku panggil Man. Nickname aku Kreuger sebab aku suke tengok citer Nightmare On Elm Street

Aku Seorang Yang...
Berpewatakan slumber, suke rileks, serabut kalau kije banyak (mesti nak kasik setel), suka koleksi zippo, suka berblog dan suka berkawan. Aku juga suka marah.

Pets???
Aku suke bela kucing.. tapi sekarang ni tak boleh, coz aku stay dengan sis aku. Die ade baby kecik. So niat tuh terpaksa aku tanam dulu... Maybe next year, lepas aku ade umah sendiri.

Insan Teristimewa
Parents aku, famaly aku, awek aku & jugak nkorang semua yang membaca entri ni.

Lagu Kesukaan
Aku suke dengar lagu berkonsep ROCK, Slow ROCK dan kawasan sewaktu dengannya.

Makanan Kegemaran
Aku suke sesangat makan Nasi Ayam... sebabnya, kalau time lapar-lapar pg kedai makan.... makanan ni lah paling cepat sampai. Simple.... macam makan magee, tapi berkhasiat skit laa dari magee. Hehehe~

Sikap membuatkan aku stress
Yang ni kalau nkorang tau, sure sesape pon tak mo nak kawan dengan aku... ekeke... xceli semua orang tak suke diganggu perkara-perkara PRIVACY kan... lagi satu... kalau TREN RAPID KL macam puaker tak gune... hari-hari lambat & delay.

Kali terakhir menangis
Mase kursus dan aktiviti kiamulail kat Challet Pengkalan Hulu, Perak. (Aktiviti keagaman tempat kijer aku anjur) Best wooo nanges...nkorang tak taw~

TAG Rakan ku...
Maaf ye Encik Sallikin. TAG jenis ni aku tau ramai yang tak selesa untuk di TAG. Lepas ni kite kene banyakkan TAG berbentuk ilmiah. Jarang orang nak berkongsi citer peribadi mereka. Seperti yang pernah aku tegaskan sebelum ni. Harap saudara memaafkan saya.

Kreuger®

Isnin, 15 September 2008

Upload Emoticon - Shout Box Decoration

emoticon

Assalamualaikum Saudara² dan Saudari² Semua.

Walaupon dah ramai yang mengulas pasal tutorial ni. Tapi aku rase tak salah kalau nak kongsi lagi sekali. Bak kate cikgu skolah... ulangkaji pelajaran.

Entri pada kali ni ditujukan khas untuk Bro gua iaitu:- Bro Cybernatic Mind

Kebanyakkan blog sudah tentunya ada shout box bukan. Tapi lebih sedap mata memandang sekiranya shout box anda mempunyai emoticon yang cantik serta qiut meut cenggitu...

Baiklah, kali ni penulis ingin mengulangkaji pelajaran kite untuk UPLOAD Emoticon ke Shout Box anda. Tatacara serba ringkas ini diharap dapat membantu anda semua dalam mencantikkan lagi blog kesayangan.

Daripada sini apa yang anda perlukan??
1. Blog kesayangan anda yang mempunyai Shout Box. Kepada sesiapa yang masih tidak mempunyai Shout Box, bolehlah mendaftar disini.

2. Setelah mempunyai akaun ShoutMIX @ Shout Box tersebut, sila ikuti langkah dibawah dengan teliti. Penerangan secara bergambar untuk kengkawan semua. Check it out~

Langkah-langkah
1. Login ke akaun ShoutMIX anda:- http://www.shoutmix.com

image

2. Sesudah selesai login ke akaun anda, klik pada menu:- Setting - Smileys

image

3. Ok, this part is a little bit tricky, but very simple. COPY N PASTE. Sebelum anda memulakan proses muat naik emotikon pilihan anda. Sila buka dahulu website ini untuk mencarik mane-mane jenis emotikon yang anda suka.

4. Katakanlah, sekarang ni anda dah buka 2 browser. Satu:- Smiles setting ShoutMIX dan satu lagi:- Website Emoticon Collection. Oraitt.... lepas tuh daripada website emoticon tuh... pilih mane-mane emoticon yang berkenan dihati, kemudian, right-click butang mouse anda pada gambar tersebut, lepas tuh pilih COPY IMAGE LOCATION.

image

5. Sekarang.... anda sudah mempunyai satu alamat image tersebut. Kemudian, pergi semula ke browser yang anda dah buka Smiles Seting Shout Mix tadi, dan paste-kan kod tersebut pada ruangan yang disediakan. Sebagai contoh, gambar dibawah adalah koleksi yang diambil oleh penulis.

image

6. Tadaaaa...... maka siaplah sudah proses upload sekiranya selepas tekan butang ADD, gambar smiley muncul. Jangan lupe untuk tekan butang SAVE SETTINGS. Ok... nak tengok perubahan? Sila REFRESH Browser Blog anda.

Kredit untuk:-
1. Ryehanna
2. Eryzaqistina
3. BlogMenjerit

Selamat mencuba semua.

Kreuger®

Ramadhan Themes - Tutorial Background

puaseAssalamualaikum Abang² & Akak² Blogger semua, tak lupe juga utk Adik² dan Rakan Sebaya.....

Yesserrr... episod kali ni aku nak berkongsi sikit tips dan kaedah untuk menukarkan latar belakang nkorang macam yang aku buat sekarang ni.

Kan tak lame lagi kite nak raye.... so dengan kaedah yang aku suggest ni... kite boleh menggayakan background kite mengikut musim la... kire rase macam best dan masuk bakul sendiri laa gitu.

Untuk menyetelkan tutorial pada kali ni... apa yang anda semua perlu ada:-
1. Blog - Dah tentu la
2. Template - Template Minima Dark
3. Image Hosting - Sama ada flicker, googlepages.com ataupon lelain.
4. Masa dan kesabaran.

Kaedah dan Teknik:-

1. Login ke blog anda dan pilih LAYOUT

image

2. Daripada halaman LAYOUT --> Pilih Edit HTML. Tapi sebelum anda memulakan proses mengedit HTML, sila pastikan yang anda telah bertukar kapada TEMPLATE Minima Dark.

image

3. Seperti yang kerap kali diajarkan kepada aku oleh Cikgu Blog Menjerit, biasakan la diri nkorang tiap kali mengedit HTML pada layout/template dengan menekan EXPEND WIDGET TEMPLATE check box

image

4. Sebelum anda boleh menggunakan image kegemaran anda sebagai background blog, pastikan anda telah upload terlebih dahulu kepada pembekal daging lembu tempatan perkhidmatan penyimpanan gambar seperti:- Flicker @ Googlepages. Daripada sini anda akan dapat URL image yang anda telah upload. Macam mane?

5. Pergi ke gambar yang nkorang suka, kemudian klik sebelah kanan butang mouse anda, dan pilik Copy Image Location. (tips untuk pengguna Mozilla Firefox)

image

6. Bila dah dapat link/URL gambar yang kite upload tadi, barulah boleh kita masukkan code ini kedalam KOD HTML TEMPLATE yang kite nak edit tadi. Cari perkataan ni dalam kekotak EDIT HTML nkorang...

body {
background: #000000 url(http://paste-URL-gambar-yg-sudah-diUPLOAD) no-repeat fixed right top;
margin:0;
color: $textcolor;
font:x-small Georgia Serif;
font-size/* */:/**/small;
font-size: /**/small;
text-align: center;
}

*** Carik perkataan body { , dan paste kan kesemua code ini pada keseluruhan kod body { } Jangan lupa untuk gantikan text bewarna merah.

7. Setelah siap, maka dengan itu bolehlah save template ini, dan tengok hasilnya. Sekiranya anda masih bermasalah dengan teknik yang diberikan, anda boleh berhubung terus dengan Cikgu Blog iaitu:- BlogMenjerit

*** Sekiranya terdapat kesalahan pada tutorial kali ni, aku amat memohon maaf dan aku sedia menerima sebarang terguran dan komen berkaitan dengan entri pada kali ni.

Thanks & Best Regards

Kreuger®

Sabtu, 13 September 2008

At last.... I'm Surrender.....

11092008603 Assalamualaikum Sahabat Semua~

Entri kali ni aku rase tak panjang. Cume sikit rase kesian kat Deennasour. Sebabnya? Sebabnya... aku tak berjaya untuk fix balik laptop deen.

Kalau nkorang tengok kat sini, aku dah berjaya untuk boot laptop Deen menggunakan perisian PEBuilder yang aku dah setup Windows XP ke dalam memory card. Ianya dihubungkan menggunakan memory card reader. Memang pelik tips kali ni.

Aku dah try scandisk dan fix balik hard disk lappy Deen. masalahnye bukan hard disk yang error, tapi Windows-nya nak kene reinstall semula. Nak install Windows memang senang kalau ade CD/DVD Rom, tapi kalau mende tuh rosak??? So ini lah teknik yang aku gunakan. Tapi aku still tak berjaya.... cuma OS PeBuilder+WindowsXP yang boleh hidup selagi MMC dihubungkan ke lappy.

* Gambar menunjukkan lappy Deennasour dihidupkan menggunakan MMC 512mb dan MMC Reader. So aku rase tak prektikal untuk menggukan laptop dengan jantung terkeluar macam ni.

*So Deen.... this time aku surrender. I'm so upset.

Kreuger®

Kenapa Sekarang???

07092008534

Assalamualaikum Sahabat & Kengkawan Semua.

Sejak kejadian semalam, aku banyak termenung... menung memikirkan perubahan mendadak pada diri aku. Perubahan yang berlaku begitu ketara sampai tak sempat nak tepis dan bezakan antara emosi dan mentaliti.

Persoalannya:- Kenapa Sekarang......

Erm... entri kali ni ade unsur-unsur emo + ego = kerek. Tah laa... kenapa. Tapi makin dekat tarikh yang aku tunggu... makin aku jadik tak tentu hala... perubahan tingkah laku dari seorang yang ceria dan happy go lucky kepada serius dan tegas *well.....

Sebenarnya apa yang berlaku antara aku dan Bro CybernaticMind adalah satu perkara yang aku sendiri tak terduga. Bukan nak menutup kesilapan sendiri. Bro CM pon kerap kali nasihat kat aku sebab apa mende macam ni terjadi untuk orang yang Special Case macam aku...

Memang betoi kengkawan... aku sedang melangkah ke Alam Paling Kompius dalam kehidupan aku sebagai seorang manusia. Jadi nasihat aku kepada rakan seanggkatan, (menempuh alam berumahtangga) aku harap nkorang prepare lah dari sekarang. Tak mudah untuk menepis dugaan yang datang. Walaupon yang datang tu cuma sekelumit dari yang sebenarnya.

Nak dikatekan aku tertekan sebab masalah kewangan??? Tadek pon... semua beres macam biaser. Tapi tak la sampai aku cakap tadek masalah langsung... *menipu laa tuh. Just normal laa... Tapi perkara ni banyak melibatkan emosi beb!!!!

Masalah dengan Si Dia... erm... tak jugak.... ok jer... semalam siap bawak bakal mak mertua dan Si Dia pegi makan satey kajang lagi... siap kantoi dengan CM... ampes.. mane die tau, aku pon heran.......

Pada pendapat aku la.... well... *mampos laa orang-orang Kampong Dusun nak kate ape.... pada pendapat aku, sebenarnya apa yang berlaku terhadap emosi dan aku sekarang adalah evolisi KL Drift perubahan seorang bujang kealam bekeluarga. Secara jujur aku ceritakan dan berkongsi dengan nkorang yang baru nak mencuba, memang perubahan cukup drastik. Salah haribulan memang tak ter-handle. Pada akak-akak yang dah kawin tuh... cube tanye hubby, mase dulu-dulu macam mane... *nkorang lagi expet dari aku laa....

Kat sini, aku pon kesal jugak atas apa yang berlaku antara orang yang aku paling hormati dalam arena Blogging ni iaitu Bro CybernaticMind. Tak terlintas pon aku nak cakap macam tuh kat die. Sebenarnya semalam, aku betoi-betoi tention tak tentu pasal... just small mistake... Kebaaaaboooommm..... Why.... why now??? Complicated to describe with words~

Dikesempatan ni, aku memohon maaf kat semua kengkawan Blog tak kire sama ada yang dah lame kenai aku, yang baru kenai... tak lupe jugak kepada silence reader aku.... Aku betoi-betoi mintak maaf atas apa berlaku sepanjang seperkenalan kita dalam arena Blogging ni... *emo dah datang... esspecially:- Bro CybernaticMind.

Panjang sungguh nak menceritakan perkara yang berlaku sepajang hari semalam. Memang semalam aku dapat rasekan wrong attitude cube melonjak keluar dari diri aku. Tak pe laa die nak keluar sekarang... lepas ni, aku harap aku dah tau macam mane nak handle.

So sorry to all~
Kreuger®

Blog Kegemaran Kreuger