Isnin, 6 April 2009

Sudah Berpindah

Ye... salam semua.. untuk pengetahuan nkorang semua, penulis blog ini iaitu Mr. Kreuger atau dengan nama sebenarnya Muhamad Azman B. Ishak ini telah memiliki domain sendiri.

Anda dijemput untuk bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain berkongsi pendapat dan idea di sana. Oh tidak lupe jugak kepada mereka yang ingin menbuat pertukaran link, amatlah dialu-alukan. Sila klik disini untuk ke blog tersebut.

Terima Kasih semua atas sokongan anda.

post signature

Khamis, 8 Januari 2009

mIRC Script – Hello World – Part One

mirc

Assalamualaikum dan salam ceria.

Ok…nampaknya anda semua dah sedia? Sekarang ni Kreuger akan menerangkan beberapa fungsi asas mIRC Script untuk kita memulakan proses meng-koding untuk menjadikan mIRC ni sebagai platform pengatucaraan mudah.

Beberapa perkara perlu tititikberatkan dalam menjayakan tutorial ini. Antaranya ialah membaca file mIRC Help. Download link yang Kreuger telah bagi tempoh hari adalah main installation file beserta HELP File. Perlu diingat… untuk jangka masa ini, Kreuger hanya menerangkan cara-cara untuk membina applikasi secara offline. mIRC ini juga boleh diprogram menjadi Simple Web Browser sekiranya anda mempunyai sambungan internet. Tapi itu adalah fasa ADVANCE.

Hello World.
Setiap bahasa pengaturcaraan selalunya akan dimulakan dengan??? Kita mulakan dengan  Bismillah…. orait… lepas tuh baru la boleh masuk ke coding Hello World :p

1. Dari apa yang dipaparkan kat atas ni. Anda akan nampak main frame mIRC. Terdapat ruangan dimana anda boleh menaip sesuatu didalamnya (cursor place). Tempat ini lah yang kite kenali sebagai tempat untuk kite memasukkan command IRC… tempat untuk berchatting (kepada kaki chat.. sure tau)

2. Arahan pertama adalah:- /echo – echo adalah arahan umum dimana kita nak mIRC menulis kembali apa nak kita taip secara offline. Harus diingat setiap command mIRC yang hendak ditaip pada ruangan ini mestilah dimulakan dengan tanda slash (/).

3. Sekarang… cuba anda taip:- /echo –s Selamat datang ke mIRC Coding dan kemudian tekan butang enter untuk melaksanakan arahan tersebut. Anda akan dapati ianya akan tertera seperti rajah dibawah.

mirc2 4. Amat mudah bukan untuk Fasa Pengenalan ni. Huhuhuhu…. apa yang dipaparkan pada main screen anda (Status Window) adalah arahan yang baru saja anda laksanakan.

5. Seterusnya kita akan melangkah ke permulaan pengaturcaraan. Untuk melakukan complex scripting, mIRC telah menyediakan mIRC Editor untuk memudahkan tugas kita. Sila rujuk rajah dibawah.

editor 6. Untuk mengaksess Dialog Box ini, anda boleh menggunakan keyboard shortcut iaitu:- ALT + R ataupon dengan klik pada ikon ALIAS yang terdapat pada toolbar main frame mIRC. Sila rujuk rajah dibawah. TQ~ (gambar diatas lain sikit daripada mIRC Editor Standard sebab Kreuger dah modified…. rilek.. nanti Kreuger ajar macam mane nak modified)

alias-remote

7. Pada dialog box mIRC Editor, apa yang anda semua boleh perhatikan… terdapat beberapa TAB kosong… kat sini Kreuger akan tumpukan kepada 3 tab sahaja. Sebab kita akan mengaturcara/scripting untuk offline application.

  • Alias – Alias adalah ringkasan kepada kepada arahan mIRC sama ada ianya adalah combination command ataupon, shortform command.
  • POPUPS – adalah ruangan dimana kita hendak mencipta POP-UP menu pada window yang kite nak jadikan application.
  • Remote – Disinilah segalanya akan bermula. Kita akan cosentrait pada TAB ini untuk tutorial pada masa akan datang. REMOTE section adalah bertingak sebagai TRIGGER PIN untuk menjana applikasi anda. Ianya juga adalah tempat dimana kita akan combine ALIAS, POPUPS, SIGNAL dan sebagainya…. *rilek… ni just teori dulu~
  • USER – Ruangan dimana mIRC ini boleh diaturcara menjadi seperti remote computing/BOT yang hanya mendengar arahan daripada USER LIST… *best kan?
  • Variable – Section dimana kita akan menetapkan pembolehubah untuk beberapa fungsi yang bakal kite perlukan untuk applikasi kita. Variable Section sangat-sangat membantu anda terutama kita meng-coding applikasi yang berkaitan dengan DATABASE. *mIRC bleh jadi database??? JAWAPANNYA – BOLEH!!!! :D

Ok… rasenya cukup la dulu penerangan untuk kali ni sebagai pembakar semangat untuk anda semua memajukan diri dalam bidang pengaturcaraan mudah (mIRC Scripting). Sekiranya terdapat silap dan salah.. Kreuger memohon sepuluh jari atas segala kesilapan yang berlaku.

kreuger-sign-small

Jumaat, 2 Januari 2009

WarIRC2 – The New WarIRC Scripting Coding Begin.

scripting

Assalamualaikum dan salam ceria semua.

Erm.. nampaknye semakin hari semakin ramai la plak peminat WarIRC Scripting. Eh… bukan Kreuger cakap peminat blog… maksud Kreuger peminat-peminat IRC Coding… kebanyakkannya datang bertanya khabar… maklum le dah lame Kreuger tak merelease script.

Ok. Untuk pengertahuan semua. Blog ini sekarang akan Kreuger jadikan 100% Blog IRC Coding. Di mana kalau nkorang nak tahu mIRC sebenarnya boleh ditukarkan menjadi applikasi/application lain untuk membantu anda menyelesaikan separuh dari tugas anda menggunakan komputer.

Macam mane nak terangkan ek??? Cam ni laa citer die… kat sini Kreuger akan berkongsi maklumat dan pengalaman Kreuger ber-coding IRC selama lebih dari 6 tahun, menjadikan mIRC sebagai satu platform programming. Bahasa pengaturcaraan mIRC @ lebih dikenali dengan mIRC Scripting adalah amat ringkas dan mudah difahami.

Sebelum  Kreuger melanjutkan tutorial ini ke peringkat yang pengaturcaraan/scripting, adalah elbih elok sekiranya anda semua mendownload dulu main/basic application @ basic platform iaitu mIRC version 6.03. Versi ini adalah stable. Anda boleh dapatkannya kat sini. Untuk full version 6.03, nkorang bleh email Kreuger, dan Kreuger akan kasik download link. Okey…

Harus diingat.. segala tutorial yang akan Kreuger akan ajar dalam entri akan datang adalah betoi-betoi complicated dan boleh mendatangkan PINCANG TUGAS terhadap sistem operasi komputer anda (Windows sahaja) sekiranya tersalah coding. Jadi…. sape yang nak jadik SCRIPTERS a.k.a Basic Programmer boleh la meneruskan perjuangan bersama Kreuger worait…..

kreuger-sign-small

Blog Kegemaran Kreuger