Jumaat, 31 Oktober 2008

Logo + Baner - EleEa (Inside Me)

Assalamualaikum.

Tengok saja, tak jadik... mesti mau berterima kasih sama Cik EleEa. Untuk pengetahuan abang² dan akak², Cik EleEa kite ni merupakan salah sorang TOP COMENTOR kat blog Kreuger ni.

Huhuhu... terharu seh ade kawan macam Cik EleEa ni... tak sangka. Kalau die bace blog Kreuger, kompom lah dari bawah sampai ke atas die komen kat entri tuh tanpa jemu~ Every entri yang die ter-miss, sure die akan datang untuk REPEAT balik sebagi THE Best Comentor. Memang Kreuger salute Sarjan Sounders laa kat Cik EleEa.

Jadi sebagai penghargaan dari Kreuger untuk Cik EleEa kite... maka dengan ini Kreuger dah siapkan logo + baner untuk Cik EleEa dalam beberapa saiz untuk kegunaan beliau.




Ok Cik EleEa... Jasamu Amat Di Kenang~

Latest Update:- 01/11/2008. Ok Cik EleEa, Kreuger dah adjust sikit warna seperti yang Cik EleEa nak tuh. Oh ye... Kreuger gak dah tambah Sun Flower sekuntum... mekar dipagi hari~

post signature

Happy Birthday To YOU - CyberneticsMind

cybernaticmind-bday Assalamualaikum……

Entri kali ni adalah Entri Khas untuk my RESPECTED Blogger Bro:- Cybernetics Minds. Hehehe…. kompom laa Bro ni tengah tersengih dengan bangganye laa, suka n happy sorang sorang dikala membace entri aku yang ala-ala membodek sakan. *aku bodek sebab nak hadiah set sofa untuk kawin aku nanti~ miahahahaha!!!

Kalau nkorang nak tau… Bro CyberneticsMinds ni memang sporting giler. Lebih lebih lagi kalau bab-bab mentarbiah orang. Selalu jugak la Kreuger kene tarbiah dengan die. Ekeke… xceli dalam hal-hal tertentu~

Bro CM ni xceli berpewatakan ceria. Tapi biaser laa… kekadang sebab dah terlampau bz dengan kijer… die terus tak mo nak online… wakakaka.. lagipon list YM die ramai awekss siot… *larik.

Ok lah… jadi sempene BIRTHDAY die, so marilah kite menyanyikan lagu selamat untuk Bro CM bersama-sama:-

“Allah Selamat Kan Kamu….”
“Allah Selamat Kan Kamu….”
“Allah Selamat Kan Bro CyberneticsMind Aku~”
“Allah Selamat Kan Kamu……..”

Tepuk… tepuk….

kreuger-sign-small

Khamis, 30 Oktober 2008

Kreuger, Logo & Award.


Assalamualaikum Dan Salam Bahagia Semua.

Hehe... bertuah nye laa badan... terlebih dahulu sebelum Kreuger merepek yang bukan bukan, Kreuger nak bagi taw yang award kali ni adalah persenel datanya dari Daddy Cool.

Terharu sungguh bile dapat award kan... So bile dah dapat award ni, kene la speach skit. Kekeke... Sebenarnya Kreuger mengucapkan jutaan terima kasih tak terhigga kat Daddy Cool kerana sudi menyampaikan award yang paling bermakna untuk Kreuger kali ni. Untuk pengetahuan nkorang... award ni dikongsi berdua oleh Kreuger dan Cikgooden. Tapi kan, Daddy Cool siap buat special column untuk award kitaorang... huhuuh... *nanges~

Kalau nak tengok, bleh la usha kat sini. Xceli award ni rasenya tak terabis kalau simpan sorang, so Kreuger nak berkongsi bersama-sama rakan blogger yang lain. Jadi dengan itu, antara pemenangnya ialah:-

Teruskan Perjuangan anda bekarya dalam bidang yang anda minati~

post signature

Blogger Tutorial - Customize Header

Assalamualaikum....

Salam bahagia kengkawan, abang-abang dan akak-akak semua. Ramai jugak yang telah bertanya kat Kreuger pasal soalan berkaitan dengan tajuk perbincangan kat atas ni. Macam mane nak buat? Masih blur dan konpius~

Punca persoalan sekarang ni:- Logo dah dapat tapi, macam mane nak tukar dekat header blog pulak? Jadi, dalam entri pada kali ni, Kreuger akan tunjukkan tutorail untuk menggantikan text header anda kepada logo yang anda berkenan....

Dalam memilih logo, sila pastikan peraturan seperti hak cipta terpelihara anda patuhi. OK....

*Kalau logo yang Kreuger buat... you're free to used it without any worries~

Worait berbalik kepada topic diatas, untuk menggantikan tajuk baner anda, apa yang anda perlu buat adalah mudah. Pertama sekali login ke akaun blog anda. Kemudian, kalau daripada main navigator bar anda:-

Sila klik pada link [Customize]. *pastikan login terlebih dahulu ok~

Seterusnya anda akan dibawa masuk ke halaman Customization untuk blog anda. Daripada sini anda akan mendapati layout atau rupa ringkas atau lakaran blog anda. So kat sinilah yang kita akan melakukan sedikit proses pengubahsuaian.

Dengan mengambil contoh Page Element dari blog Kreuger, Adakah anda nampak bulatan yang berwarna merah?? Itu adalah Main Header Seting untuk blog anda. Bergantung kepada template yang anda gunakan. Tapi, most of the case, semua header akan berada diatas, kalau dibawah akan dinamakan footer.... eheheheh~

Daripada sini klik link [Edit] dan satu kekotak popup Windows akan muncul. Kekotak ini membolehkan anda untuk mengubah beberapa tetapan yang terdapat pada HEADER BLOG anda. Ianya berbentuk seperti gambarajah dibawah.

Sekiranya anda pernah mempunyai logo yang terdahulu, maka saya sarankan kepada anda supaya membuang dulu image/baner/logo yang terdahulu. Sekiranya tidak, anda tidak akan dapat melakukan proses berikutnya.

Apabila link [Remove Image] diklik, maka dengan automatiknya BLOGGER akan membuang image yang terdahulu, dan berada pada fungsi [BROWSE] *mencari. Sila rujuk rajah dibawah.

Nampak button [Browse] ? Jadi klik button ni, dan kemudian carilah fail logo yang anda kehendaki untuk dijadikan logo anda. Kemudian select [Instead of Title and Description] ini bertujuan supaya logo anda akan melindungi Blog Description di atas. Itu akan nampak lebih kemas.

Setelah selesai kesemua proses di atas. Jangan lupa untuk menekan butang [SAVE] yang berwarna Oren. Kemudian....
image

Apabila kekotak seting Header tadi hilang dengan sendirinya, sebagai langkah keselamatan, sila klik lagi sekali pada [SAVE] button pada halaman utama Edit Layout untuk blog anda.

Kemudian klik pada link [View Blog] dan lihatlah hasilnya. So, Kreuger harap dengan penerangan ni, dapatlah membantu sedikit sebanyak kepada mereka yang masih belum mengetahuinya.

Terima Kasih Semua~
post signature

Rabu, 29 Oktober 2008

Logo + Baner - X-PO Shop


Assalamualaikum....

Worait... worait... buang semua citer emo-emo. Xceli hari ni Kreuger dah cool. Kejap² jer marahnye... Hari ni menunaikan janji orang yang telah berjasa kepada Kreuger. Dia tak lain dan tak bukan:- X-PO Shop. Usahawan Siber termashor abad ini.

Untuk pengetahuan nkorang, Kreuger pernah berurusan sengan X-PO Shop secara online sebanyak 3 kali berturut turut tanpa mengecewakan. Servis memang bagus. Perhidmatan penghantaran melalui SKY-Net Express. Kreuger beli Gift-Set utk yang tersayang sempena birthday die laa~ Kepada sesiapa yang ingin berurusan dengan X-PO Shop... anda semua amat dialu-alukan... (Kreuger tadak share ar. Jangan salah paham. Kekekeke)

Jadi sebagai menghargai jasa beliau, Kreuger buatkan satu logo + baner untuk die. Xceli idea ni datang mase Kreuger balik ke rumah sewaktu berjalan dari Stesyen LRT meuju puncak ke umah Kreuger. Well... ini lah imiginasi yang ade dalam mind Kreuger pada ketika tu~

P/S:- Logo ini akan lebih menyerlah sekiranya belatarbelakangkan warna PUTIH!!!

Ok lah... kite berjumpa untuk episode akan datang... agaknye sapa plak lepas ni kan??? Kreuger dah hilang listing REQUESTOR ni. So, terpaksa lah nkorang shout balik kalau nak buat logo.

post signature

Lu Bikin Gua Panas Je Beb~

20102008998 Xeli nak marah pon ade geram pon ade. Tah ape jenis pon aku tak paham. Dah berkali kali aku bagi tau. Aku buat Logo dan Baner ni sebagai mengisi mase lapang aku yang terluang. Aku akan buat mende mende macam ni kalau aku berkelapangan dan ade idea.

Tapi dalam mase yang sama, walaupon aku dah berkali kali nyatakan kenyataan umum kat atas, tapi still ade jugak yang force aku untuk buatkan logo. Aku tadek masalah nak buat logo ke baner ke... tapi please ar respect.. ingat idea nak buat mende ni bleh macam main letak text dan gambar je ke???

Bagi aku setiap logo dan baner ade seni dan maknanya tersendiri. Sama ada tersurat dan tersirat. Lahirnya logo dan baner sebab mesej dan penyampaian yang nak disampaikan oleh pencipta logo. If not... you logo is nothing. Aku amat titkberatkan penilaian sesuatu seni.

Jadi "nko" kene lah bersabar kalau nak sesuatu itu bernilai dan beharga. Aku rase dah jadik macam tak best nak membuat logo. Sebabnya timbul paksaan jenis macam ni. Totally Frusted!!!!

Nak paksa idea keluar dari kepala otak yang dah benak ni... memang cukup payah. Cukup tak suke aku kalau aku buat sesuatu perkara tuh sebab nak jaga hati, sebab takut si A terasa, takut si B kecik hati, takut si C merajuk dengan blog aku. Fuh... Kamon lah weh~

Aku buatkan secara percuma. FREE SERVICES!!! Tak mintak sebarang bayaran. Jadi kenapa aku dipaksa untuk buat si X punya pekdah???

Kepada kengkawan, abang-abang, dan akak-akak yang Kreuger dah siapkan logo dan baner tuh... Kreuger tak maksudkan anda semua. Luahan ini tadek kene mengene dengan anda semua.... tapi ade gak segelintir yang belum dapat apa yang dihajati. Aku dipaksa bai... hangin betoi la~

Gasak la "nko" bace entri aku panjang panjang giler ni kan.... lu bikin gua panassss je beb~

P/S:- Pada asalnye aku nak taruk tajuk W.T.F. tapi tak sampai hati. Aku masih lagi mempunyai akal dan fikiran untuk berfikir secara waras dan bertimbang rase.

kreuger-sign-small

Isnin, 27 Oktober 2008

Baner - Zariel.Net

Assalamualaikum untuk semua dan tuan empunya logo.

Wohohoho... bercakap pasai baner kali ni, Motifnya adalah Bloody Text. Sebabnya dari hari tuh lagi aku nak tanye Bro Zariel ni dari mane datangnye Zariel ni? Atau memang nama penuh die? Hehehe... well... kalau ianya merupakan nickname, it was remind me pada citer omputeh nama-nama pelik Greek dan pelbagai dewa-dewa depa yang pelik...

Zariel ni bukan mane lain untuk the Death Angel? Kan???? So... insaf, insaf....

Bro Zariel yang gua tau ade beberapa blog yang pames tapi yang ade link dengan Kreuger sekarang ni adalah 2 saje.
1. Zariel & Azie
2. Zariel.Net

Worait bro... gua buat 2 version utk bro. Satu just text diatas, dan satu lagi yang ade kat bawah ni... so any coments, amat dialukan. Ok bro~


--=[Kreuger®]=--

Baner - Kak Intan - Blog Keluarga Bahagia

Assalamualaikum. W.B.T

Worait..worait..worait... yang ini adalah special blended coloring untuk Kak Intan. Versi kali ni Kreuger buat adalah versi Baner.

Erm... Mesti ade tertanya tanya kenapa plak jadik baner??? "Dah putus idea ke Kreuger???" Xceli bukan putus idea, tapi..... tahukah nkorang macam mana Kreuger melakukan proses² membuat logo & baner?

Macam mane nak matching dengan enviroment blog??? Huhuhuh.... tak susah pon. Kreuger just pakai MS Paint + PowerPoint untuk tengok sesuatu deco logo/baner tuh matching atau tidak.

Ok check this out~
Setelah selesai plastic surgery -(imaginasi Kreuger sahaja)

Erm.. kan matching.... sebenarnya tadi mase membuat baner ni, Kreuger ade selitkan gambar diamond a.k.a berlian a.k.a INTAN... kekekek tapi tak masyuk la... Nampat quite messy.

Blog Kak Intan ni dah kemas dan cantik. Susunannya dah teratur. So, kalau Kreuger buat header die penuh dengan pelbagai gambar dan effect, ianya akan nampak kucar-kacir. So, to avoid it, Kreuger tak jadik la letak image berlian kat baner tuh. *macam Casa Impian la plak~

* Jadi ape kate Kak Intan selaku tuan empunya BLOG???

*Tips untuk Kak Intan:-
  1. Tukar warna navigation bar supaya matching dengan THEMES Blog.
  2. Jangan letak Advertising kat header. Letak bawah pon, Adverlet tuh still jalan jugak.
  3. Ok dah lee tuh ... macam mak nenek plak~ Ok Kak Intan. Semoga blog Kak Intan bertambah maju... Go Happy Famaly~
Latest Update:- 27/10/2008 - 03.11pm - Ok Akak Intan, Kreuger dah alter font perkataan Intan supaya lebih mudah dibace. Tapi Color still same sebab kalau Kreuger tukar warna choklat, maka tak nampak la pro dan contra pada text dan latar belakang blog akak... nanti die akan nampak plain, mendatar dan kurang menarik minat. Ok akak... semoga berpuas hati~

post signature

Ahad, 26 Oktober 2008

Deennasour oh Deennasour - Part 2

261020081007

Assalamualaikum....

Erm.. adakah tajuk ni mengingatkan nkorang pada something. Satu perkara yang berlaku antara aku dengan Deennasour satu ketika dulu di Bulan Ramadan???

Hahahaha.... mesti ade yang tak berapa nak hengat laa tuh... pasalnye? Pasalnye... entri aku time tuh pajang berjela. Kompon ade kerut-kerut dahi nak mengingat pasal kesah ni. Worait.. untuk tahu kesahnye ada kat sini.

Ok, citernye sekarang ni laptop Deennasour dah pulih seperti sedia kala. Kreuger menghabiskan masa selama 3 hari buat research kat internet untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh lepatop Deen.

Citernye macam ni:-
Laptop Deennasour telah totally Windows XP corupted, dan jangan lupe, CDROM telah rosak, dan Deennasour kate, tak mau beli sebab takut membazir. Quite chellenging laa task kali ni~

Kreuger diberi perkakasan:-
1. Laptop tanpa CD/ROM - Windows XP Corupted, ada USB PORT, abiliti CMOS bleh boot pakai USB Key (USB Flash Disk), tapi bukan USB Pendrive.... ingat tuh~
2. USB Pendrive 2Gb - Milik Deennasour.
3. Memory Card (MMC-Flash Disk) + MMC Card Reader - Ini milik Kreuger... penyelamat masa hadapan.
4. CD Windows XP ver. Pirates of Carribian - Kreuger punya jugak... huhuhuhh~
5. Sebiji PC dan Internet - Sebagai sumber rujukan dan kerja-kerja pemindahan data.

Cara-Cara Install Windows XP tanpa CD-ROM:-
1. Dapatkan progrem BartPE dan PE2USB kat internet.
2. Create BartPE source file ke dalam PC.
3. Create PE2USB OS... progrem ini akan mencarik folder BartPE. Create menggunakan MMC sebagai medium OS.
4. Setkan CMOS Laptop boot kepada USB-KEY
5. Copy main installation Wondows XP CD kedalam pendrive. Semua sekali. Termasuk hiding files.
6. Boot laptop menggunakan MMC Reader + MMC-Flash tadi.
7. Setelah laptop idup dengan menggunakan OS BartPE, Copy semua yang ada kat [X:\]kedalam root [C:\] laptop. *dimana X:\ adalah memang X:\ akan dipamerkan.
8. Dah siap copy BartPE kedalam laptop, reboot semula laptop, dan kali ni, cabut MMC Reader dari laptop. Biarkan laptop boot menggunakan hard-disk.
9. Setelah berjaya hidup, copy installation Windows XP file dari pendrive kedalam [D:\] *dimana [D:\] adalah partition harddisk.
10. Setelah selesai copy, masuk ke folder windows installation yang ada pada [D:\] kemudian double click Install/Setup.exe... Proses akan mengambil masa dalam 2 minit. Untuk main setup installation. *ini blom bermakna laptop itu dah complete.
11. Setelah abis step (10.) Sila reboot laptop, cabut pendrive. So sekarang... windows akan menjalankan proses installation secara automatik. Teruskan jer... ikut arahan yang dikeluarkan dari proses installation.

Semoga berjaya kepada yang bermasalah seperti di atas. *Sory, entri kali ni Kreuger tak sempat nak candid gambar. Sebab melakukan banyak task dalam satu masa.

Good Luck~
Kreuger®

Logo - Akak CendawanINTIM

Assalamualaikum Semua... *tak jawab doser~

Fuh.... lege rasenye... secara jujur dan terus terang Kreuger katekan yang Kreuger terpaksa ambik mase yang lame untuk mencarik idea menggayakan logo Akak CendawanIntim ni.

Kreuger buat draft untuk logo akak kite ni, ade la dekat-dekat seminggu... tapi itu just draft atas paper jer~ Untuk menyiapkannya pulak:-

Start:- 09.45pm 25/10/2008 dan selesai pada 02.18am 26/10/2008
Glow dan themes:- Hijau (sebab background blog akak ni kaler hijau.)


Update:- 26/10/2008 05.05pm - Kreuger buat 3 version special untuk akak bleh buat GRAVATAR dan pelbagai kegunaan dalam internet, blog identity dan sebagainya~

Hohohoh.... sebanyak 23 kali percubaan terpaksa Kreuger lakukan untuk mendapatkan kepuasan hati. Memang ini antara logo yang cukup mencabar bagi Kreuger. Mencabar sebab susah nak carik icon cendawan yang bersesuaian kat internet. Lepas tuh nak padankan dengan font text serta warna blog. Pheeewwwwww~

Untuk Akak CendawanIntim, kalau ade rase tak kene, boleh laa komen. Tolong laa komen supaya Kreuger dapat memperbaiki mutu dan kualiti hasil karya Kreuger nanti.

Pesanan ini ditujukan khas untuk nkorang semua yang membaca jugak~

Kreuger®

Sabtu, 25 Oktober 2008

Logo - Malaysian Blogger Comunity

Assalamualaikum dan Salam Ceria Semua.

Wah.... dengar² ade geng-geng blogger nak buat gathering. Motifnya adalah untuk merapatkan silaturrahim sesame blogger... Bagus jugak idea nkorang kan... So kalau nak buat gath kat KL, jangan la lupe untuk invite Kreuger Sekali.

Cube usha logo.... so amacam? Ini lah hadiah dari Kreuger untuk semua Blogger Malaysia, Oldtimer Blogger, Taiko Blogger, Pro Blogger dan jugak untuk semua lapisan blogger di Malaysia. Tak kire la berapa lapis nkorang sekalipon, janji nkorang blogger. Walaupon nkorang tak kenai Kreuger, tapi this is special gift for you all~

Anda dipelawa copy®, tapi jangan lupe letak kredit utk Kreuger... ekekekek *muke tak malu~

Untuk kekemasan blog anda, Kreuger dah buat mini-type untuk logo kat atas dalam format *.PNG jugak... So, senang la nkorang nak letak kat blog tanpa pening kepala pasal tak matching dengan background.

Logo ni walaupon sesetengah pihak mungkin mengganggap... "eleh... cam tuh jer" tapi kan, Kreuger buat ni sebab beberapa perkara yang berlaku dalam mase seminggu ni:-

1. Laptop Deenasour sudah pulih sepenuhnya. Cume tak sempat nak download driver... tapi jangan takut Deen... aku carik nanti untuk nko.

2. Tak lame lagi nak birthday Bro CyberneticsMind. So Kreuger tengah merangka-rangka Kad birthday online (31/10/2008) *kompom ternsengeh Bro CM... siot jer... bangger laa tuh~ muahahah!!!!

.... dan beberapa lagi perkara yang macam best. Walaupon ade gak terselit tak best. Tapi adat la, rencah hidup... mane ade happy sepanjang mase kan???

Kreuger®

Khamis, 23 Oktober 2008

Resting Time & Award

image

Assalamualaikun dan salam ceria semua.

Hehehe... penat penah balik kijer tadi, kekotak shoutbox Kreuger telah dijerit oleh En. Sallikin atau dengan nama samarannye Mr. Sir Endrew Nikillas... muahaha. Die siap kasik tau ade suprise kat blog die... So dengan tak sesabonye Kreuger pergi la terjah ke blog En. Sallikin ni~

Fulllaaaammeeee.... sekali award dah~ Terus rasa hilang lenguh-lenguh jalan kaki dari stesen LRT ke umah. Tak sangke laa plak En. Sallikin ni berhati mulia, siap kasik award... ramai gak dapat award kat blog die.

*Malam ni Kreuger terlampau penat. So, tak dapat nak meneruskan hobi untuk buat logo seterusnya. Maybe, this Sunday, Kreuger sambung balik. Lagi pon malam ni Kreuger nak repair laptop Deennasour.

So kepada abang² & kakak² kat luar sana tuh, harap bersabar dan sentiasa ceria. Nanti, Kreuger free, Kreuger siapkan plak logo anda semua~

*Tapi jari jemari ku... menggigil gatal jugak nak siapkan logo... dapat satu pon tak pe la malam ni... tengok laa macam mane karang..... jeng jeng jeng...

Kreuger®

Logo - Akak Azza - Sedetik Hati

Assalamualaikum dan Salam Ceria.

Waaallaaaweeeiiii... mengantok nye... Ok citer kali ni pasal blog Akak Azza - SedetikHati. So, bagi Kreuger, untuk menghasilkan logo Akak Azza ni, Kreuger mengadap PC tak kurang dari 2 jam.

Akak Azza ni, selalu jugak datang ke blog Kreuger untuk komen-komen dan memberi idea. Maklum ler... dia kan seorang pendidik berkaliber... Jadi ini jugak penghargaan untuk akak sebagai tanda ikhlas dari seorang murid kepada cikgu.

Start:- 12.15am 23/10/2008 hingga 02.10am 23/10/2008.

Update:- 27/10/2008 - 12.20am - Kreuger buatkan untuk akak 3 size berbeza. Semoga ceria dan gembira~

Nampak gayanye, Kreuger pon dah mengantok... so Kreuger sambung lagi besok untuk logo seterusnya... Diharap kepada yang lain dapat bersabar....

Huargggghhhhh........

Kreuger®

Rabu, 22 Oktober 2008

Logo - Bro CybernaticsMind

Assalamualaikum.....

Jeng..jeng...jeng.... look whose in da house~ It's my bro men... Bro CyberneticsMind.... Please coming you all together-gather... *habis laa dah meroyan~

Ok ok... seperti yang Kreuger maklumkan semalam... Hari ni giliran Bro CyberneticsMind plak punye logo. Logo ini adalah alteration dari logo sebelum ni. Logo sebelum ni terlampau simple sangat la.. tak sampai hati ler plak nak merelease kan secara rasmi.

Logo ni Kreuger buat 2 versi. Satu versi *.png iaitu berlatarbelakang transparent dan satu lagi berlatarbelakang-kan kaler Meroon Five Gradient. Kreuger terpaksa buat 2 version sebab nak matching dengan background Bro CyberneticsMind ni.

Maka dengan itu terhasil la versi ini:-
Fuh... lege siot... siap satu kes... ade lagi yang sedang menunggu... Lepas ni Kreuger nak siapkan pulak untuk Akak Azza-(Sedetik Hati), Akak CendawanIntim, Akak Intan, Dj. Farel, X-PO Shop.... dan ramai lagi senarai yang sedang menunggu... pergh.. peningg... ekekeke tapi best~

Worait semua... kalau rase nak request dan sanggup tunggu, silakan... tapi jangan le nkorang memaksa Kreuger plak.. sebabnya Kreuger tak kenekan apa-apa charge bayaran... so, don't push me~ Just simply said please... and I'll do with my open heart... lol~

* Jangan marah ar semua... Kreuger meluahkan sedikit perasaan kecewa. Sebabnya perkara di atas telahpon berlaku.

Kreuger®

Selasa, 21 Oktober 2008

Logo - RazziRahman.Com/Blog - BroLove

Assalamualaikum....

Ini bukan membodek atau ape ape jugak yang berkaitan dengan meng & mem. Kreuger buat khas logo ni untuk Bro Love @ En. Razzi Rahman (penulis & penyanyi).

Kalau nkorang nak tahu, Bro Love ni dah banyak membantu Kreuger dalam menyelesaikan masalah persenel Kreuger berkaitan CINTA. Memang susah kalau diri ni dah kronik bercinta. Nkorang hengat bercinta ni tak payah belajar??? Tanggapan nkorang salah.....

So tak salah rasenye kalau entri kali ni khas untuk Bro Love. Kalau nkorang juga ade masalah dalam kesah percintaan nkorang, insyaallah Bro Love sudi membantu... tak gitu Bro Love??

P/S:- Lepas ni plak... giliran Bro CybernaticMind punya logo (versi alter) Tengah ponin nak alter balik semula... ekekekek~

Kreuger®

Logo - Deennasour.Terbaek.Com

Assalamualaikum....

Wah... bertapa gumbiranya Kreuger pada malam ini sebab dapat menyiapkan satu lagi logo untuk member-member blogger. Walaupon tak la secantik mane... tapi hasil usaha Kreuger bersengkang mate sampai pukui 01.12pagi... waaalllaaaawoooooiiiii~

Dengan ini secara rasminye Kreuger menyerahkan LOGO Hikmat Deennasour kepada pemiliknya... jeng jeng jeng....

*Diharap Deen @.k.a Deennasour berpuas hati dengan hasil karya Adobe Kedai-Gambar aku pada kali ni. Segala kecacatan dan kekurangan amatlah dikesali~

*Cukup-cukup le tuh merepek memalam buter ni sorang-sorang... nanti ade plak yang kate aku ni gile meroyan... ekeke~

Worait.... adios~
Kreuger®


Isnin, 20 Oktober 2008

Printer Services - STAR Printer *DOTMAX

image

Assalamualaikum & Salam Bahagia.

Sebok jugak kan dalam dua tiga hari ni. Biaser la. Sekarang ni semua orang tengah tuning menteliti untuk kembali bekerja dengan tekun... *kononnye laa~

Kalau tengok sekarang ni kan, setiap hentian LRT Putra mahupon Star, kalau time pergi kerja dengan balik kijer mesti ramai orang... tention betoi laa... ekeke... biaser la kan... masing-masing sekarang ni dalam musim bajed. Kan kite semua baru lepas Raya... tambahan plak sekarang ni nak musim Deepavali plak~ Hohohoho... maybe sebabtuh la orang tamai kat TREN... *mentel siot hari-hari aku sampai lewat pergi tempat kijer.

Ok ar... kali ni, Kreuger nak tunjuk langkah untuk servis Printer... tapi ini adalah Customer Receipt Printer. Alah... yang ade kat pasar raya tuh~ Ok check ti out!!!

11102008909

Berbekalkan modal sebatang screwdriver jenis philips... aku menggodek mende alah ni.

11102008910
Menatang printer ni leceh skit.... sebab die heavy duty... tapi terpaksalah Kreuger rajin buat maintenance.

11102008911

Cam biaser laa... nak servives... mesti la kasik bogel sama die punye housing... bukak le screw die kat housing tuh. Cume ade 4 screws jer.

11102008912

Huhuhuhu.... macam sarang ape tah dalamnye... nkorang zoom dekat-dekat... bersepah habuk + kertas lebih-lebih. Ni semua nak kene korek kasik bersih maaa... kalau tak, peformance printer ni tak sampai lame.

11102008913

Kan dah kate... bersepah. Ade kertas terlekat celah printer head la... berbagai. Kekadang letih woo, lebih lebih lagi banyak le bebenor menatang ni nak diservice~

11102008915

Dah bersih dan buang habuk + kertas-kertas, so aku pon amik ler WD40 kasik sembur satu badan... bukan badan aku ar... badan printer ni :-p~

11102008918

Kasik sembur jer luar dalam + depan belakang... kasik hilang habuk-habuk... jangan takut.. tadek short circuit kalau pakai WD40. Papan litar terjamin bersih wo...

Lepas dah siap.. kene laa pasang balik~ Kene laa dalam satu hari ade 5 biji cukup.... kompom Kreuger terlentang... memula semangat... lepas tuh datang laa cemuih~

Kreuger®

Blog Kegemaran Kreuger