Isnin, 6 April 2009

Sudah Berpindah

Ye... salam semua.. untuk pengetahuan nkorang semua, penulis blog ini iaitu Mr. Kreuger atau dengan nama sebenarnya Muhamad Azman B. Ishak ini telah memiliki domain sendiri.

Anda dijemput untuk bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain berkongsi pendapat dan idea di sana. Oh tidak lupe jugak kepada mereka yang ingin menbuat pertukaran link, amatlah dialu-alukan. Sila klik disini untuk ke blog tersebut.

Terima Kasih semua atas sokongan anda.

post signature

Khamis, 8 Januari 2009

mIRC Script – Hello World – Part One

mirc

Assalamualaikum dan salam ceria.

Ok…nampaknya anda semua dah sedia? Sekarang ni Kreuger akan menerangkan beberapa fungsi asas mIRC Script untuk kita memulakan proses meng-koding untuk menjadikan mIRC ni sebagai platform pengatucaraan mudah.

Beberapa perkara perlu tititikberatkan dalam menjayakan tutorial ini. Antaranya ialah membaca file mIRC Help. Download link yang Kreuger telah bagi tempoh hari adalah main installation file beserta HELP File. Perlu diingat… untuk jangka masa ini, Kreuger hanya menerangkan cara-cara untuk membina applikasi secara offline. mIRC ini juga boleh diprogram menjadi Simple Web Browser sekiranya anda mempunyai sambungan internet. Tapi itu adalah fasa ADVANCE.

Hello World.
Setiap bahasa pengaturcaraan selalunya akan dimulakan dengan??? Kita mulakan dengan  Bismillah…. orait… lepas tuh baru la boleh masuk ke coding Hello World :p

1. Dari apa yang dipaparkan kat atas ni. Anda akan nampak main frame mIRC. Terdapat ruangan dimana anda boleh menaip sesuatu didalamnya (cursor place). Tempat ini lah yang kite kenali sebagai tempat untuk kite memasukkan command IRC… tempat untuk berchatting (kepada kaki chat.. sure tau)

2. Arahan pertama adalah:- /echo – echo adalah arahan umum dimana kita nak mIRC menulis kembali apa nak kita taip secara offline. Harus diingat setiap command mIRC yang hendak ditaip pada ruangan ini mestilah dimulakan dengan tanda slash (/).

3. Sekarang… cuba anda taip:- /echo –s Selamat datang ke mIRC Coding dan kemudian tekan butang enter untuk melaksanakan arahan tersebut. Anda akan dapati ianya akan tertera seperti rajah dibawah.

mirc2 4. Amat mudah bukan untuk Fasa Pengenalan ni. Huhuhuhu…. apa yang dipaparkan pada main screen anda (Status Window) adalah arahan yang baru saja anda laksanakan.

5. Seterusnya kita akan melangkah ke permulaan pengaturcaraan. Untuk melakukan complex scripting, mIRC telah menyediakan mIRC Editor untuk memudahkan tugas kita. Sila rujuk rajah dibawah.

editor 6. Untuk mengaksess Dialog Box ini, anda boleh menggunakan keyboard shortcut iaitu:- ALT + R ataupon dengan klik pada ikon ALIAS yang terdapat pada toolbar main frame mIRC. Sila rujuk rajah dibawah. TQ~ (gambar diatas lain sikit daripada mIRC Editor Standard sebab Kreuger dah modified…. rilek.. nanti Kreuger ajar macam mane nak modified)

alias-remote

7. Pada dialog box mIRC Editor, apa yang anda semua boleh perhatikan… terdapat beberapa TAB kosong… kat sini Kreuger akan tumpukan kepada 3 tab sahaja. Sebab kita akan mengaturcara/scripting untuk offline application.

  • Alias – Alias adalah ringkasan kepada kepada arahan mIRC sama ada ianya adalah combination command ataupon, shortform command.
  • POPUPS – adalah ruangan dimana kita hendak mencipta POP-UP menu pada window yang kite nak jadikan application.
  • Remote – Disinilah segalanya akan bermula. Kita akan cosentrait pada TAB ini untuk tutorial pada masa akan datang. REMOTE section adalah bertingak sebagai TRIGGER PIN untuk menjana applikasi anda. Ianya juga adalah tempat dimana kita akan combine ALIAS, POPUPS, SIGNAL dan sebagainya…. *rilek… ni just teori dulu~
  • USER – Ruangan dimana mIRC ini boleh diaturcara menjadi seperti remote computing/BOT yang hanya mendengar arahan daripada USER LIST… *best kan?
  • Variable – Section dimana kita akan menetapkan pembolehubah untuk beberapa fungsi yang bakal kite perlukan untuk applikasi kita. Variable Section sangat-sangat membantu anda terutama kita meng-coding applikasi yang berkaitan dengan DATABASE. *mIRC bleh jadi database??? JAWAPANNYA – BOLEH!!!! :D

Ok… rasenya cukup la dulu penerangan untuk kali ni sebagai pembakar semangat untuk anda semua memajukan diri dalam bidang pengaturcaraan mudah (mIRC Scripting). Sekiranya terdapat silap dan salah.. Kreuger memohon sepuluh jari atas segala kesilapan yang berlaku.

kreuger-sign-small

Jumaat, 2 Januari 2009

WarIRC2 – The New WarIRC Scripting Coding Begin.

scripting

Assalamualaikum dan salam ceria semua.

Erm.. nampaknye semakin hari semakin ramai la plak peminat WarIRC Scripting. Eh… bukan Kreuger cakap peminat blog… maksud Kreuger peminat-peminat IRC Coding… kebanyakkannya datang bertanya khabar… maklum le dah lame Kreuger tak merelease script.

Ok. Untuk pengertahuan semua. Blog ini sekarang akan Kreuger jadikan 100% Blog IRC Coding. Di mana kalau nkorang nak tahu mIRC sebenarnya boleh ditukarkan menjadi applikasi/application lain untuk membantu anda menyelesaikan separuh dari tugas anda menggunakan komputer.

Macam mane nak terangkan ek??? Cam ni laa citer die… kat sini Kreuger akan berkongsi maklumat dan pengalaman Kreuger ber-coding IRC selama lebih dari 6 tahun, menjadikan mIRC sebagai satu platform programming. Bahasa pengaturcaraan mIRC @ lebih dikenali dengan mIRC Scripting adalah amat ringkas dan mudah difahami.

Sebelum  Kreuger melanjutkan tutorial ini ke peringkat yang pengaturcaraan/scripting, adalah elbih elok sekiranya anda semua mendownload dulu main/basic application @ basic platform iaitu mIRC version 6.03. Versi ini adalah stable. Anda boleh dapatkannya kat sini. Untuk full version 6.03, nkorang bleh email Kreuger, dan Kreuger akan kasik download link. Okey…

Harus diingat.. segala tutorial yang akan Kreuger akan ajar dalam entri akan datang adalah betoi-betoi complicated dan boleh mendatangkan PINCANG TUGAS terhadap sistem operasi komputer anda (Windows sahaja) sekiranya tersalah coding. Jadi…. sape yang nak jadik SCRIPTERS a.k.a Basic Programmer boleh la meneruskan perjuangan bersama Kreuger worait…..

kreuger-sign-small

Selasa, 30 Disember 2008

Pindah & Hijrah


Assalamualaikum dan Salam Ceria Semua.

Ceria tak? Tapi Kreuger rase cam sebak skit la... sungguh pon macam tuh... Kreuger rase sure dah ramai yang tahu kan pasal mende ni?

Tengok tajuk... waa... macam nak nanges kjap. Tapi itu adalah semangat dan keazaman untuk tahun 1430H dan 2009.

Ye betoi... Kreuger akan berpindah ke laman Wordpress Kreuger iaitu:- http://azmanishak.com . Segala aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan kat sini akan dibawa ke sana.... huhuhu... *tengah nanges~

Tapi berita gembiranya pulak, semua link yang ada kat sini, Kreuger akan topup kat sana secara berperingkat-peringkat. Berpindah.. tapi tak beerti Kreuger tak menjenguk langsung blog ni.

Blog ni kreuger akan jadikan sebagai tempat untuk upload segala Artwork (image) yang kemudiannya akan di-link dengan cerita yang ada di Blog WordPress Kreuger.

Ok... jadi untuk sesi tahun depan, segala perancangan yang Kreuger buat untuk blog ni, akan dibawa kesana. Ini adalah sebahagian jugak dari Hijrah. Berubah kepada keadaan yang lebih sempurna. Walaupon berat hati nak berpindah....

Kepada sesiapa saja.... Kreuger amat mengalu-alukan kehadiran anda semua di domain baru Kreuger iaitu:- http://azmanishak.com. Kreuger masih seperti dulu... Hijrah kearah pembentukan dan sahsiah diri. Aku adalah aku. Tak perlu jadi orang lain.

Kepada rakan-rakan, sahabat-sahabat, abang-abang & akak-akak semua... tak perlu nak rase malu-malu untuk bertukar link kalau Kreuger terlupa nak tambah address anda semua kat sana.

Kehadiran anda semua akan menceriakan keadaanku yang kekadang menjadi JIWA TERTEKAN... kekekeke~

post signature

Ahad, 28 Disember 2008

E-Book Untuk Semua

ebook copy Assalamualaikum Semua.

Aduih... rindu sungguh ar Kreuger kat abang-abang n akak akak se-blogger semua ni. Keh keh keh... lame sungguh Kreuger tak membuat mende mende berpaedah kat blog ni.

Dah le macam tuh... melawat blog abang-abang n akak-akak pon kekadang tak sempat. Maklum la... seperti yang Kreuger ade bagi tau kat entri sebelum ni, sekarang ni musim hujung tahun. So banyak ar "Closing Preparation" nak kene buat.

Worait.... stop kesah citer kijer. Tak abis abis citer kijer. Ok... kat sini Kreuger nak kasik taw yang bermula dari hari ni... dan seterusnya... setiap tutorial yang Kreuger buat untuk anda semua... anda berpeluang mendownload. Ye te betoi.... Kesemua tutorial yang ade kat sini telah Kreuger Compile-kan kedalam bentuk Acrobat Reader.

Jadinya... nkorang dah tak perlu la pening kepala kalau nak belek tutorial... Setiap tutorial akan dulkasifikasikan mengikut kategori. Tapi kandungannya adalah 100% dari apa yang anda lihat dalam blog ni.

Terima kasih Kreuger ucapkan untuk nkorang sebab selalu support dalam perjuangan Kreuger.. muahah.... aku pon tak taw la perjuangan per... tapi perjuangan untuk Sharing-Moring all the knowledge that I've know.... segala silap dan salah... Kreuger mintak maaf bebanyak.

Download E-Book dari Kreuger untuk anda semua:-
1. Komputer Trick - Mencipta Document Dalam Image.
2. Internet - Membuka G-Mail Melalui Ms Outlook.
3. Internet - Membuat Dial Up Untuk Modem Broadband.
4. Blogger - Customize Blog Header.
5. Internet - Image & File Hosting.
6. Blogger - Blog Award Widget.
7. Server - Part time Blog Server

post signature

Salam Maal Hijrah

Special dan khas untuk semua pengunjung blog ini tak kira yang ade
link, RSS Feed dan jugak kepada silence reader mahupon yang baru terjumpa.

Semoga dengan kedatangan tahun baru Hijrah ni menjadikan nkorang
dan aku sebagai seorang yang lebih gigih dan kuat berusaha.
post signature

Rabu, 24 Disember 2008

Aku Masih Hidup....

Assalamualaikum dan Salam Ceria Semua.

Fuh... pertama-tama sekali Kreuger nak mintak ampun dan mintak maap kat semua sebab dah lame tak berupdate kat sini... ekekek.

Ramai dah komplen cakap blog ni dah bersawang.. miahaha... tak kurang jugak kate kreuger dah pindah ke wordpress 100%. Oh tidak... hentikan ler tomahan itu.

Untuk pengetahuan nkorang semua, sekarang kan dah masuk ke penghujung tahun. So, biaser la kalau kijer pejabat... mesti tak lari dari kerenah untuk audit la bebagai even tahunan la... and so on. Tuh pasai la Kreuger sampai tak sempat nak berupdate.

Tapi jangan takut. Untuk next year punye event... Kreuger dah merancang untuk membuat pembaharuan kat blog yang tersayang ni.

Agenda 2009
1. Membuka balik ruangan LOGO & Banner Request.
2. Memantapkan lagi rekaan terkini untuk segmen LOGO & Banner Request.
3. Info dan TIPS mengenai PC, Server, Internet dan macam macam lagi.
4. Flash MX Tutorial.
5. Photoshop tutorial.
* Dan memacam lagi ar...

Semoga tahun baru ni kite lebih bersharing-moring segala idea dan ilmu yang ade. ekeke~

post signature

Sabtu, 13 Disember 2008

Part Time Blog Server – Part 2

image Assalamualaikum dan Salam Bahagia Semua~

So macam dengan cuti-cuti malaysia nkorang??? Worait.. tanpa membuang mase, hari ni Kreuger nak sambung balik pasal pelajaran yang lepas… *ekeke macam cikgu tadika plak~ Subjek kite ialah Part Time Blog Server.

Sebelum tuh… Kreuger nak tanye kepada sesapa yang nak mengikuti KURSUS ni… dah download ke blom WAMP SERVER? WAMP Server ni adalah Windows Base Web Server yang akan menjalankan fungsi pHpMyAdmin kedalam komputer anda tanpa perlu pening kepala nak godek pHp….

Ok… tutorial ini adalah BASED on Kreuger punye experien tempoh hari.. Kalau ade tak kene dan silap… Kreuger mintak maap dan sedia menerima teguran dari TAIKO² semua.

Tutorial Untuk Setup Web Server Engine – Windows Based (Self PC Hosting)

image1. Setelah download WAMP Server di atas, so kite nak kene EXTRACT pada mane mane folder/ROOT directory. Kat sini Kreuger cadangkan anda memiliki 1 partition untuk server tersebut. Supaya tak ganggu pengoperasian Windows OS.

image2. Sebagai contoh untuk tutorial ini Kreuger install ke dalam D:\

image3. Setelah selesai… installation akan meninta anda untuk mengkonfigurasi beberapa perkara. Sila klik pada butang [NEXT] sekiranya anta tidak pasti apa-apa. Kreuger sarankan pon cam tuh gak… Tetapan ini boleh dilakukan dikemudian hari~

image4. Setelah selesai…. Klik la pada butang finish… dan ikon program wamp server akan berada pada TASKBAR anda.

image 5. Sekarang server dah siap on… apa yang anda semua perlu ialah seting pHp plak… bukak web browser anda (Firefox, Opera, IE dan sebagainya) dan taip:- http://localhost/phpmyadmin pada address-bar. Anda akan nampak main page seperti di atas.

image 6. Dengan menambil contoh WORDPRESS adalah database anda…. maka masukkan perkataan Wordpress pada kotak Create New Database

image 7. Setelah selesai, kita akan set KESELAMATAN untuk  pHp kita supaya pHp page hanya boleh diaksess oleh komputer kite sahaja. Daripada sini, sila klik pada PRIVILLAGE

image8. Kat sini kite akan remove semua access database yang tidak berkenaan. Kite hanya membenarkan database diaksess daripada LOCAL (only this PC) sila tengok gambar betoi-betoi… takut nanti nak kene start dari mula kalau silap~ kekekeke. Tolong jangan tanda check pada:- Drop the databases that have the same names as the users. Kemudia tekan butang [GO]

image9. Ok.. sekarang ni cume ade localhost jer untuk dabase SQL. Nampak tak gambar pen tuh… itu ar untuk seting password. Sekarang la mase nak set SQL Password. Klik pada ikon tersebut yang sebelah GRANT-YES tuh….

image 10.  Sekarang ni pada ruangan CHANGE PASSWORD, masukkan password anda. Jangan lupe untuk RE-TYPE password. Seterusnya klik pada butang [GO] yang terdapat pada hujung ruangan ini~

image 11. Setelah selesai kat atas ni… anda kene perhatikan kembali pada Database Spesific Privillage –> dan select pada Wordpress –> [GO]

image 12. Kemudian.. daripada sini, klik seperti rajah yang Kreuger paparkan kat atas ni ok~

image 13. Worait… lepas ni, nkorang kene plak edit pakai Notepad pada file  D:\wamp\apps\phpmyadmin2.11.6config.inc.php sebab kalau tak edit… nkorang haram tak bleh access dah mende ni.

image 14. Carikan perkartaan ini:- $cfg['Servers'][$i]['password']      = 'password-tadi';

15. Sekarang save. Worait… sekarang ni.. dah abes part yang susah. Sekiranya anda rasa, kurang faham.. anda boleh merujuk tutorial ini dalam Bahasa Inggeris di sini.

16. Sekarang??? Hahahah… part yang paling senang nak install Wordpress Engine kedalam server yang kite dah setup tadi. Macam mane? Sila perhatikan folder ini:-
D:\wamp\www

17. Sekarang download dulu Wordpress Engine 2.7

image 18. Kemudian EXTRACT file wordpress tadi ke dalam folder D:\wamp\www\ dan ianya akan nampak seperti rajah diatas~

image 19. Worat…. lege… lepas ni cume tinggal nak setup wordpress jer la. Caranya, pergi ke browser anda dan taip address ni:- http://localhost/ <—sahaja~ dan main-page configuration wordpress akan muncul. Perhatikan rajah diatas… Itu adalah WIZZARD PAGE… wallaaa~

20. So kalau tak sabar… bleh laa terus tekan Create Configuration File. keh keh keh keh~

Ok ar… semua Kreuger hentikan dulu tutorial ni buat sementara waktu. Untuk pelajaran akan datang… kite akan belajar cara-cara untuk Setup Wordpress Configuration File.

Selamat Mencube~

kreuger-sign-small

Blog Kegemaran Kreuger