Assalamualaikum dan salam ceria.
Ok…nampaknya anda semua dah sedia? Sekarang ni Kreuger akan menerangkan beberapa fungsi asas mIRC Script untuk kita memulakan proses meng-koding untuk menjadikan mIRC ni sebagai platform pengatucaraan mudah.
Beberapa perkara perlu tititikberatkan dalam menjayakan tutorial ini. Antaranya ialah membaca file mIRC Help. Download link yang Kreuger telah bagi tempoh hari adalah main installation file beserta HELP File. Perlu diingat… untuk jangka masa ini, Kreuger hanya menerangkan cara-cara untuk membina applikasi secara offline. mIRC ini juga boleh diprogram menjadi Simple Web Browser sekiranya anda mempunyai sambungan internet. Tapi itu adalah fasa ADVANCE.
Hello World.
Setiap bahasa pengaturcaraan selalunya akan dimulakan dengan??? Kita mulakan dengan Bismillah…. orait… lepas tuh baru la boleh masuk ke coding Hello World :p
1. Dari apa yang dipaparkan kat atas ni. Anda akan nampak main frame mIRC. Terdapat ruangan dimana anda boleh menaip sesuatu didalamnya (cursor place). Tempat ini lah yang kite kenali sebagai tempat untuk kite memasukkan command IRC… tempat untuk berchatting (kepada kaki chat.. sure tau)
2. Arahan pertama adalah:- /echo – echo adalah arahan umum dimana kita nak mIRC menulis kembali apa nak kita taip secara offline. Harus diingat setiap command mIRC yang hendak ditaip pada ruangan ini mestilah dimulakan dengan tanda slash (/).
3. Sekarang… cuba anda taip:- /echo –s Selamat datang ke mIRC Coding dan kemudian tekan butang enter untuk melaksanakan arahan tersebut. Anda akan dapati ianya akan tertera seperti rajah dibawah.
4. Amat mudah bukan untuk Fasa Pengenalan ni. Huhuhuhu…. apa yang dipaparkan pada main screen anda (Status Window) adalah arahan yang baru saja anda laksanakan.
5. Seterusnya kita akan melangkah ke permulaan pengaturcaraan. Untuk melakukan complex scripting, mIRC telah menyediakan mIRC Editor untuk memudahkan tugas kita. Sila rujuk rajah dibawah.
6. Untuk mengaksess Dialog Box ini, anda boleh menggunakan keyboard shortcut iaitu:- ALT + R ataupon dengan klik pada ikon ALIAS yang terdapat pada toolbar main frame mIRC. Sila rujuk rajah dibawah. TQ~ (gambar diatas lain sikit daripada mIRC Editor Standard sebab Kreuger dah modified…. rilek.. nanti Kreuger ajar macam mane nak modified)
7. Pada dialog box mIRC Editor, apa yang anda semua boleh perhatikan… terdapat beberapa TAB kosong… kat sini Kreuger akan tumpukan kepada 3 tab sahaja. Sebab kita akan mengaturcara/scripting untuk offline application.
- Alias – Alias adalah ringkasan kepada kepada arahan mIRC sama ada ianya adalah combination command ataupon, shortform command.
- POPUPS – adalah ruangan dimana kita hendak mencipta POP-UP menu pada window yang kite nak jadikan application.
- Remote – Disinilah segalanya akan bermula. Kita akan cosentrait pada TAB ini untuk tutorial pada masa akan datang. REMOTE section adalah bertingak sebagai TRIGGER PIN untuk menjana applikasi anda. Ianya juga adalah tempat dimana kita akan combine ALIAS, POPUPS, SIGNAL dan sebagainya…. *rilek… ni just teori dulu~
- USER – Ruangan dimana mIRC ini boleh diaturcara menjadi seperti remote computing/BOT yang hanya mendengar arahan daripada USER LIST… *best kan?
- Variable – Section dimana kita akan menetapkan pembolehubah untuk beberapa fungsi yang bakal kite perlukan untuk applikasi kita. Variable Section sangat-sangat membantu anda terutama kita meng-coding applikasi yang berkaitan dengan DATABASE. *mIRC bleh jadi database??? JAWAPANNYA – BOLEH!!!! :D
Ok… rasenya cukup la dulu penerangan untuk kali ni sebagai pembakar semangat untuk anda semua memajukan diri dalam bidang pengaturcaraan mudah (mIRC Scripting). Sekiranya terdapat silap dan salah.. Kreuger memohon sepuluh jari atas segala kesilapan yang berlaku.
mirc bukan setakat jadik databse. ada owang dah berjaya buat mirc sebagai platform anti virus.. x cayer? pi cehck kat putera.com bhg sekuriti @ anti birus..
BalasPadamV-TecH of Buntucrew
Banjirian Team
penerangan yang bjelas dan menarik
BalasPadamthanks 4 that info...dah lama tak ber MIRC ni...
BalasPadam