Memaparkan catatan dengan label Geram. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Geram. Papar semua catatan

Isnin, 18 Ogos 2008

Dia Buat Hal Lagi……

stress - 18082008 Assalamualaikum Dan Salam Bahagia Semua,

Sebenarnya dah lame aku nak kirim pasal posting ni. Namun aku tetap cuba bersabar dengan segala tindak tanduknye. Bukan niat aku nak memburuk-burukkan keadaan. Tapi, kalau tiap kali macam ni laa yang berlaku, aku ingat…nkorang pon sure tention….

Cuba imagine le tahap kesabaran orang pon ade batasnya. Kali ni, dah betoi-betoi menguji tahap kesabaran aku. Sehingga terpaksa aku mencarik tempat untuk meluahkan perasaan yang meluap-luap nak maki hamun berbagai. So ni lah medan aku untuk caci dan mencerca. So kalau die membace entri pada kali ni… "Lu Pikir La Sendiri"

Ceritanya bermula pagi tadi dalam perjalanan aku nak ke KLCC dari Stesen Jelatik (LRT), mase tuh aku tak laa terlambat lagi. Time aku dapat tren lebih kurang dalam pukui 7.40am. So dalam kepala aku time tuh... 7.40am naik tren, 7.50am sampai KLCC. Kire perjalanan dari tren nak ke opis aku ade spen mase 10 minit sebelum pukui 8.00am.

Tiba diperhentian Ampang Park, tren berenti lame. Tak habis-habis dok bukak tutup pintu. Lepas tuh terus tak gerak-gerak. Macam sia*...Brengsek sungguh. Nak kate ada orang terkepit kat pintu, tadek pon aku tengok.

Then lepas tuh, tren pon bergerak semula. Tapi kali ni memecut laju plak. Dalam hati aku dah rase macam tak best dah ni. Tetiber...dengar suare adik manis cakap:- "Stesen Berikutnya, Masjid Jamek, Next Station, Masjid Jamek"

Uik... demmit... perhal plak tren ni tak berenti kat KLCC. Lagi sekali haram jadah. Perhal yang nko bleh tak berenti kat KLCC. Bodohnye komputer yang yang mengendalikan LRT kat KL ni.... Tah ape jenis sistem laa diaorang pakai. Dah laa macam tuh. Aku terpaksa pulak beratur kat Masjid Jamek, beratur di laluan yang bertentangan untuk bergegas ke KLCC.

Alalalalalala...aku tunggu punya tunggu dah pukui 8.00am tren masih tak sampai lagi. Celaker laaa diaorang ni. Pas tuh ade suare orang pompuan yang ala-ala suare puake mengilai kasik tau:- "Harap maaf, perkhidmatan kami tergedala sebentar."

La.... tak gune betoi. Sure laa punch card aku merah lagi kali ni. Sebelum ni pon kesah yang same jugak terjadi kat aku. Menimpa-nimpa berulang kali. Ok pas tuh fine laa.. dapat jer tren, aku terus berhimpit masuk... gasak la... orang nak marah ke ape ke... aku pakai monthly pass laa... keychoh lu orang persal???

Dah dapat tren... pas tuh sekali lagi tren berenti secara-tiba tiba... jam tangan aku time tuh dah menunjukkan 8.15am... walllaaauuuweeeii~ Lepas tuh dengar lar lagi sekali jeritan suara puaka ala-ala bau longkang berkata dengan nada bersahaja:- "Harap maaf, tren ini terpaksa diberhentikan untuk sementara waktu kerana memberi laluan kepada kata-kata penaja terdapat penangguhan perjalanan". Chis nkorang.... memang laa tak gune....

Lepas tren tuh gerak dan drop aku kat KLCC... dengan meluap-luap aku maki hamun dalam hati... kalau kuat-kuat...nanti orang cakap aku tak sioman plak. So, aku terpikir sure aku nak sampaikan jugak rase marah aku dalam BLOG kesayangan aku nih.

Kepada nkorang semua, terima kasih sebab berkongsi kemarahan dengan aku. Kepada yang terlibat dengan situasi pagi tadi...yang berada dalam tren yang sama... sure nkorang pon akan rase terbakar. Aku tengok ramai user send sms mahupon call boss, cakap lewat skit.

Tren berpuaka buat hal lagi....
Kreuger®

Blog Kegemaran Kreuger