Memaparkan catatan dengan label Background. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Background. Papar semua catatan

Isnin, 15 September 2008

Ramadhan Themes - Tutorial Background

puaseAssalamualaikum Abang² & Akak² Blogger semua, tak lupe juga utk Adik² dan Rakan Sebaya.....

Yesserrr... episod kali ni aku nak berkongsi sikit tips dan kaedah untuk menukarkan latar belakang nkorang macam yang aku buat sekarang ni.

Kan tak lame lagi kite nak raye.... so dengan kaedah yang aku suggest ni... kite boleh menggayakan background kite mengikut musim la... kire rase macam best dan masuk bakul sendiri laa gitu.

Untuk menyetelkan tutorial pada kali ni... apa yang anda semua perlu ada:-
1. Blog - Dah tentu la
2. Template - Template Minima Dark
3. Image Hosting - Sama ada flicker, googlepages.com ataupon lelain.
4. Masa dan kesabaran.

Kaedah dan Teknik:-

1. Login ke blog anda dan pilih LAYOUT

image

2. Daripada halaman LAYOUT --> Pilih Edit HTML. Tapi sebelum anda memulakan proses mengedit HTML, sila pastikan yang anda telah bertukar kapada TEMPLATE Minima Dark.

image

3. Seperti yang kerap kali diajarkan kepada aku oleh Cikgu Blog Menjerit, biasakan la diri nkorang tiap kali mengedit HTML pada layout/template dengan menekan EXPEND WIDGET TEMPLATE check box

image

4. Sebelum anda boleh menggunakan image kegemaran anda sebagai background blog, pastikan anda telah upload terlebih dahulu kepada pembekal daging lembu tempatan perkhidmatan penyimpanan gambar seperti:- Flicker @ Googlepages. Daripada sini anda akan dapat URL image yang anda telah upload. Macam mane?

5. Pergi ke gambar yang nkorang suka, kemudian klik sebelah kanan butang mouse anda, dan pilik Copy Image Location. (tips untuk pengguna Mozilla Firefox)

image

6. Bila dah dapat link/URL gambar yang kite upload tadi, barulah boleh kita masukkan code ini kedalam KOD HTML TEMPLATE yang kite nak edit tadi. Cari perkataan ni dalam kekotak EDIT HTML nkorang...

body {
background: #000000 url(http://paste-URL-gambar-yg-sudah-diUPLOAD) no-repeat fixed right top;
margin:0;
color: $textcolor;
font:x-small Georgia Serif;
font-size/* */:/**/small;
font-size: /**/small;
text-align: center;
}

*** Carik perkataan body { , dan paste kan kesemua code ini pada keseluruhan kod body { } Jangan lupa untuk gantikan text bewarna merah.

7. Setelah siap, maka dengan itu bolehlah save template ini, dan tengok hasilnya. Sekiranya anda masih bermasalah dengan teknik yang diberikan, anda boleh berhubung terus dengan Cikgu Blog iaitu:- BlogMenjerit

*** Sekiranya terdapat kesalahan pada tutorial kali ni, aku amat memohon maaf dan aku sedia menerima sebarang terguran dan komen berkaitan dengan entri pada kali ni.

Thanks & Best Regards

Kreuger®

Blog Kegemaran Kreuger