Memaparkan catatan dengan label Info. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info. Papar semua catatan

Selasa, 11 November 2008

BLOG – Kenapa & Mengapa

blogger-comunity

Assalamualaikum dan salam ceria semua.

Amacam logo kat sebelah? Anda semua berminat?? Nak letak kat blog? Dipersilakan…. Kreuger buat free of charge khas untuk semua Blogger² yang ade kat Malaysia ni.

Xceli, hari ni Kreuger nak mengajak nkorang semua untuk mengadakan sedikit perbincangan pasal kenapa dan mengapa mengenai blog. Ini just sekadar pendapat jer… Perkara-perkara yang berkisarkan mengenai blog, telah pon banyak diperkatakan oleh Otai² & Taiko² blog berkaitan dengan perkara yang perlu ada dan perkara yang mengusutkan blog kite. Dalam dok pesan, tapi kite semua (termasuk la aku pon sekali) still buat jugak.

Setiap yang mempunyai blog atau yang suke membace blog, dah tentu le ade kriteria² yang menyebabkan die tertambat kat blog yang dia bace. Tapi, pernah ke kite pikir pasal keselesaan pembaca kite?

Diskusi kali ni Kreuger ingin membawa nkorang semua *termasuk otai² blog dan taiko² blog seperti Menteil, BlogMenjerit, K.Nizam Artwerk, Noktah Hitam & M.Khairul-SembangKomputer untuk membincangkan sama-sama tentang perkara yang kite suke dan perkara yang membuatkan kite kurang selesa dengan sesuatu blog.

*Di bawah adalah beberapa sebab yang Kreuger liat nak pergi ke blog tertentu…. ekekek jgn marah.. ni ikhlas dari hati ke hati. Kreuger letak 5 perkara setiap satu~

image Themes/Tema Blog
1. Terlampau terang/shriking – Sakit mate lo… cube cool kan sket.
2. Tulisan terlampau halus – Tak berapa nampak la… kalau saiz 12 @ size parag. dah cun~
3. Transparent Themes – Cukup tak berkenan, sebab text jadi samar-samar kalau nak bace.
4. Themes Load – themes image hosting terlampau heavy. Lambat nak loading.
5. Background Themes – Pixel terlalu besar. Same gak.. slow loading… kecikkan sket~

image Widget & Advertising Script
1. Jangan terlampau banyak. Berat tuh nak loading script die. Lambat loading page, pembace bosan.
2. Elakkan jadi gile advertising. Memang la org kate buat blog ni bleh dapatkan pendapatan sampingan… tapi agak-agak le… sampai penuh side bar dengan advertising.
3. Ade sesetengah pembaca akan merasa rimas sebab setiap end of entri ade advertising.
4. Widget yang terlalu besar, berat nak loading, shining and blingking to much, kalau boleh dielakkan.
5. MP3 Auto Play - Aku cukup tak berkenan perkara ni terjadi, sebab kebanyakkan reader lain pon bersetuju kalau die menggunakan perisian Download Manager. Disebabkan perkara ni, browser bleh kejong untuk jangka masa yang agak lame, sebabnye Download Manager akan automatic download MP3 nkorang. Sure pembaca akan jarang berkunjung ke blog tersebut. Series weh... yang ni paling important~
6. Tak perlu letak kat atas pon boleh nkorang punye advertising. Letak kat bawah pon still counting ape nkorang punye Adverlet & Nuffnang. Kecuali la nkorang setai Advertising Contest pada mase tertentu, dan pihak pengiklanan mensyaratkan nkorang meletakkanya kat atas. Kalau itu, lain le citernye~ Letak je kat bawah. Script die masih berfungsi setiap kali page di-loading oleh pembaca nkorang.

image
Text & Images
1. Salah Ejaan – Sebelum posting… check dulu. *aku pon selalu careless pasal ni~ miahaaha!
2. Wah.. jangan terlampau shiny & bling bling loo… atau dengan kate lain TEXT Shriking~ Pedih mate ku… muahaha~
3. Jangan jadikan BLOG nkorang tuh macam FRIENDSTER ataupon MYSPACE. Berblog ni mementingkan mesej, gaya pembacaan, karya fotografi dan motif yang cube nkorang nak sampaikan. Berpada-pada la dengan hiasan blog tuh~
4. Tadek Image langsung – Satu hal jugak… larat ke nak membaca kalau tadek penghias. At least letak le satu dua image kat setiap entri. Tadek la pembace terase bosan sangat.
5. Isi Penting - Kite highlight dengan warna yang berbeza dari normal font kite. Pembaca akan lebih tertumpu kepada maksud yang kite nak sampaikan. Woraittt….

image Gaya Bahasa
1. Gaya bahasa – Kalau boleh tak terlampau formal dan tak terlampau harok pirok… tapi kebanyakkan blog yang jenis dari stail SELAMBER KODOK mudah mendapat tempat di hati Pembaca.
2. Maki Hamun – Hehehe…. sesetengah orang suke gak buat mende ni, tapi lebih molek kalau kite cakap berlapek-lapek… *aku pon kekadang kalau dah marah… kompom TEROVER DOSSAGE~
3. Short Form – Ade setengah perkataan, kite sorang jer paham akan short form tersebut seperti:- aku – aq, pergi – pg @ p, kalau – kl dan bebagailah… kalau boleh kite berpada-pada la penggunaan die. Kekadang pembaca sebut dah lain plak maksud die… ekeke~
4. Semak Samun – Ini plak kes apabila mesej yang sama disampaikan banyak kali pada perenggan yang lain. Berulang-ulang… kononnya nak kasik nampak panjang…. kekeke… sebelum posting, elokla kite tapis dulu.
5. Panjang Giler – Erm… dulu aku pon gile gak buat entri panjang-panjang. Kalau setakat nak menceritakan kesah kite, ianya lebih bermakna kalau entri tersebut mempunyai gambar untuk setiap penerangan. Still nampak panjang ape…. dan ianya lebih class dari kite merapu merapak yang bukan bukan… at the end, org cume bace penutup jer… muahaha~

image Komen Entri
1. Bak kate Cikgu blog aku iaitu: BlogMenjerit satu ketika dahulu di BLOGSPOT-nya “Komenlah walau sedikit, tapi sudah cukup untuk menghargai jasa penulis”
2. Panjang ke Pendek – Xceli bagi Kreuger panjang ke pendek, bergantung kepada topic perbincangan yang cuba diajak oleh penulis. Kalau die mintak pendapat @ pandangan, dan nkorang rase cam bezzz nak komen… komen la panjang-panjang… goreng jer~
3. Balas Komen – Ade setengah orang kurang memikirkan hal ni, kekadang pembaca yang komen akan rase sedikit kecewa kalau dua tiga kali komen die, penulis tak balas balik pon. Kecik seh hati die~
4. Ade pesen plak – Kalau nko tak komen kat blog die, die pon malas nak komen kat blog nkorang… ekeke.. satu hal jugak… so, lu tak payah pikir la dah~
5. Tinggalkan Jejak – Weee… ini penting lo… kalau tak susah laa die nak datang plak kat blog kite… Wajib ni. Tapi jangan la sampai ter-over-doss advertise plak… bleh mendatangkan marah bai~
6. Komen Moderator - Selalu la aku frust... kalau komen panjang-panjang, lepas tuh ade coment moderator. Memang ianya bagus, tapi disebabkan mende simple macam ni, orang bleh meluat nak komen kat blog kite. Pembace tersinggung wooo... macam kite ni tak caye kat diaorang. Nkorang bleh delete ape... kalau komen tuh tak sesuai... so, terpulang laa...

image
Kredit a.k.a Copy®
1. Pastikan la entri kita adalah pengolahan kite sendiri. Kalau kite CUT & PASTE, pastikan kite meletakkan link sumber maklumat yang kite perolehi tersebut.
2. Jangan le pulak harta intelek orang, kite buat macam ciptaan kite tanpa mengucapkan terima kasih kepada pemilik sumber berkenaan.

*Maybe ade bende lagi yang Kreuger tertinggal dan nkorang nak tambah… dipersilakan. Diharap kepada kengkawan yang mempunyai idea dan sumbangan dapat menambah pada ruangan KOMEN yang telah disediakan.

*Simply tell us:- “What you like and don’t about some BLOGs”

kreuger-sign-small

Blog Kegemaran Kreuger