Assalamualaikum Teman² Semua.
Memang terlalu lama penulis tidak memberi sedikit sumbangan dan buah fikiran dalam internet segmen. Baiklah kali ni agak seronok untuk dikongsi kepada semua blogger.
Di sini penulis hendak memperkenalkan Windows Live Writer. Ianya merupakan perisian untuk menulis blog dengan cara lebih effisyen. Fungsinya memang sama macam membuat laman WEB satu ketika dahulu iaitu denggan menggunakan kaedah WYSIWYG. Apa yang penting disini, ianya adalah percuma untuk digunakan tanpa perlu mendaftar kepada pengluar persisian.
Berbalik kepada topic asal, untuk dapatkan perisian ni, anda semua boleh layari ke laman web:- LiveWriter
Daripada sini, anda perlu klik butang Get Window Live yang berwarna Oren/Jingga.
Penulis menyarankan kepada anda semua supaya hanya pilih Writer sahaja. Tapi sekiranya tahap capaiyan internet anda semua power.... silakan untuk klik kesemua pilihan yang diberikan. Sudah pastinya internet anda akan menjadi lembap kerana banyak pilihan download dalam satu masa dilakukan. Selepas pilihan Writer dibuat, sila klik butang Install
Lepas selesai download installation tools, system akan bertanyakan kepada anda perisian apakah yang anda perlukan untuk install, daripada sini, anda hanya perlu pilih option:- Writer***Contoh dalam gambar di atas adalah selepas proses memuat turun dan persisian telah tersedia pasang ke dalam komputer anda. Untuk pengetahuan anda semua, installer ini akan download secara online persisian Live Writer tersebut. Jadi ianya akan memakan sedikit masa sewaktu proses memuat turun dilakukan.
Selepas siap perisian ini dimuat turun kedalam komputer anda, ia akan melakukan proses pemasangan secara automatic. Ini bermakna, sekiranya anda ganggu proses memuat turun, maka perisian tersebut juga tidak akan berjaya dipasang kepada komputer anda.
Setelah semua proses diatas berjaya, system sekali lagi menyarankan agar anda melakukan sedikit proses tetapan sebelum perisian ini dapat berkomunikasi dengan Blog kesayangan anda.
Ianya bertujuan supaya anda melakukan tetapan akaun blog yang anda miliki. Daripada paparan ini, sila klik Another Weblog Services
Masukkan alamat blog anda, Username dan password.... Tada...... sekarang anda sudah boleh bersedia untuk memulakan penulisan blog anda dalam persekitaran yang lebih selesa. Tahniah sekiranya anda berjaya sampai ke peringkat ini, bermakna anda sudah boleh menjadikan Windows Live Writer sebagai dari Tools anda untuk mengemas kini blog kesayangan.
Perisian ini juga amat sesuai bagi Blogger yang suka membuat entri yang panjang. Sedap mata memandang kerana anda tidak terlalu terikat dengan fungsi tools yang disediakan oleh Blogger & Wordpress.
Selamat Mencuba Semua.
Kreuger®