Memaparkan catatan dengan label Network. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Network. Papar semua catatan

Selasa, 11 November 2008

Access Your Office PC At Home

image

Assalamualaikum.

Wokey.. hari ni Kreuger nak share sikit satu software yang agak unik dan patut untuk dikongsi bersama. Software ini dinamakan:- LogMEin. Ianya berasaskan kepada Web-Base dan Client. Kebaikan software jenis ini adalah, ianya mampu mengaksess Komputer anda yang dipejabat walaupon ianya berada dalam lingkungan network firewall. Dengan kate lain, anda masih mampu mengaksess komputer anda dari rumah~ WOW…

Untuk mendapatkan software ini anda hanya perlu memuat turun dari laman web selamat (Secured Website) di:- LogMEin. Apa yang menariknya tentang perkhidmatan ini adalah ianya diberikan secara percuma. Tapi untuk versi PRO, nkorang kenelah mendaftarkan dulu akaun nkorang sebagau PRO Version.

Sebelum memulakan proses muat turun, adalah lebih elok sekiranya nkorang semua mendaftar akaun percuma untuk menggunakan perkhidmatan ni. Setelah mendaftar, satu link verification akan dihantar ke alamat email. Sah kan dulu link tersebut sebelum akaun nkorang boleh diguna pakai.

Setelah melakukan proses memindah turun, sila ikuti langkah seperti dibawah untuk proses pemasangan/installation pada komputer target (PC Pejabat).

image Biase lah kalau starting untuk install, mesti kene klik pada butang [NEXT]

image
Term and Condition – Klik la pada butang [I AGREE]

image
Daripada sini click pada pilihan [CUSTOM – For Adnvance Users] sebab nkorang semua memang dah advance dah. Kemudian tekan butang [NEXT]

image
Description? Masukkan nama komputer nkorang… suka hati.
Sebagai contoh:- Komputer Pejabat Kreuger

image
Computer Access Code – Bermaksud nkorang perlu set password kalau nak access melalui internet. Jangan sesekali memberi kata laluan ini kat sesapa!!!

image
Proxy Seting – Ini memerkukan skill dan kemahiran. Sekiranya nkorang tahu PROXY IP dan kata laluan proxy network office nkorang, maka masukkan la di sini. Kalau network nkorang tak gune proxy untuk browsing internet, so kijer ni lebih simple.
Nkorang tak perlu klik kotak [Use Proxy Server]

image
Seterusnya untuk pengaktifan perisian ini berkomunikasi dengan WEB-Base application, nkorang perlu memasukkan email address yang nkorang gunakan pada permulaan proses pendaftaran akaun tadi. Kemudian pilih pada [LogMEin Free]. Seterusnya tekan butang [NEXT]

Apabila butang [NEXT] ditekan, applikasi ini akan login ke server WEB BASE untuk menghantar maklumat akaun dan data komputer nkorang supaya nkorang sumer bleh mengaksesnya dari mane-mane pelayar web (web browser).

image
Daripada sini, lepas dah setel akaun setup, applikasi ni akan diinstall kedalam komputer nkorang. Apa yang nkorang perlu buat adalah dengan menekan butang [NEXT]

Setelah selesai, maka nkorang balik le ke rumah. Tapi harus ni ingat, kalau komputer kat pejabat nkorang dah shut-down… maka, tak gune la install software ni.

Selepas balik ke rumah, on nkorang punye internet & browser. Kemudian login ke:-
LogMEin Website

image
Masukkan user name (email akaun) dan password.

image Setelah login, nkorang akan mendapati, ade link komputer pejabat nkorang berada pada mood sedia untuk diremote. So klik jer laa lain ni. Seterusnya, komputer pejabat nkorang pon bleh diakses dari umah… muahaha… best betoi la~

P/S:- Tapi perlu diingat, kalau internet nkorang kat pejabat mahupon kat umah tuh, tahap tenuk bergulung… maka capaian nkorang untuk control PC pejabat nkorang pon jadik slow la~ Jangan lupe tuh ek~

Semoga kalau ade kes simple-simple, nkorang tak perlu lagi pergi ke pejabat terutama pada hari off day… woraittttt…..

kreuger-sign-small

Blog Kegemaran Kreuger