Sabtu, 10 Mei 2008

HAPPY MOTHER'S DAY

Assalamualaikum... dan Salam Bahagia kengkawan sekalian.

Pertama sekali, marilah kite sama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuksemua Ibu-Ibu yang berada di atas muka bumi ini sama ada masih hidup atau yang telah kembali ke-Rahmatullah.

Aku juga mengambil kesempatan ini untuk sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah ibuku; Teh Binti Din yang telah lame kembali menemui yang Maha Esa (1984). Semoga roh ibu-ibu yang kita sayangi akan dipelihara oleh Allah s.w.t. insyaallah~

Kirimkan salam ucapan mesra kepada ibu tersayang. Kini aku tak tau nak curahkan kat sape. Dengan ini aku berpesan kepada kengkawan sekalian:-
1. Balik kampung besok, pegi cuim tangan mak. Jangan nak kasik alasan, besok cuti!!!
2. Tak dapat cuti? Telepon...
3. Jangan banyak songeh. Aku kasik nkorang 2 option je. Balik kampung jumpe mak atau call.
4. Kalau yang mane ibu-ibu mereka lebih disayangi Allah, perbanyakkanlah berdoa untuk kesejahteraan ibunda tercinda di dunia baru mereka.

Tahniah untuk semua ibu-ibu di serata dunia. Aku menjanjungi mu.
Sabar, Tekun, Berani, Bijak, Berdikari dan semua yang terbaik untuk ibu tercinta~

SELAMAT HARI IBU SE-DUNIA
Happy World Mother's Day

Dari/From:-
Kreuger®

Khamis, 8 Mei 2008

PC Tips - Outlook Personal Folder PSWD CRK

Baru-baru ni aku diberi task oleh boss aku untuk transfer file outlook (send item, inbox, personal folder and what ever la...) dan segale jenis mak nenek dia suruh aku transfer.

Kalau stakat dari pc ke pc lain ok laa jugak kan... masalahnye plak dari PC store lain ke PC die sekarang (means.. kat store aku laa ni~)

Aku ni ingat boss aku ni jenis cap ayam la pakai pendrive untuk transfer... Lalu aku pon bertanye kat die, dengan ayat kepura-puraan aku:-
"Boss, saya tadek pendrive ni, cam ne nak transfer data?"

Pas tuh plak boss aku dengan muke selamber macam orang yang terer komputer (padahal tak terer pon) menyerahkan Maxtor Portable Harddisk kat aku. Dalam hati aku... amboih orang tue ni... bukan main tak hengat die punye removal drive.

Kemudiannya kami pulang semula ke stor aku di KLCC, transfer balik personal folder die kedalam PC yang dah aku setup... tup-tup.. ade la plak 1 fail personal folder boss aku ni bleh ade password plak.

Aku tanye die password lame die, then aku try. Pon fail jugak. Hampesss.... kasih gua susah je~ Lepas tuh giliran aku la plak nak tunjuk terer kat die. Biaser laa..."Pulang Paku Buah Keras"

Aku pon offer kat die yang aku ade tools bleh break password. Sebenarnya aku tipu.. muakakaka... last-last hari ni die tanye pasal tools tuh. Adus! Gelabah bewak aku bagi reason. Aku cakap lupe nak copy dari pc umah. Padahal aku carik kat google pon blom lagi.

Then berite gembiranya aku jumpe jugak malam ni. So aku nak kongsi bersama nkorang. Aku ni kan pemuraaaahh~ (chewahh... gurau beb!)

Ok ok ok.... dengan tools ni, nkorang boleh dapat kembali password outlook personal folder nkorang. Free of charge. Tanpa sebarang bayaran dikenakan. Aku download free. So aku kasik free kat korang. Tapi sebelum tuh, sila baca dia punya disclaimer dulu!!!

License

This utility is released as freeware. You are allowed to freely distribute this utility via floppy disk, CD-ROM, Internet, or in any other way, as long as you don't charge anything for this. If you distribute this utility, you must include all files in the distribution package, without any modification !

Disclaimer

The software is provided "AS IS" without any warranty, either expressed or implied, including, but not limited to, the implied warranties of merchantability and fitness for a particular purpose. The author will not be liable for any special, incidental, consequential or indirect damages due to loss of data or any other reason.


Download link nkorang boleh dapati di:- Sini<-- Klik ler~

Selamat Mencuba
Kreuger®

Ahad, 4 Mei 2008

Info Blog - Text Pening Lalat

Hari ni boleh dikatekan sehari suntuk aku mengadap PC. Last-last sampai ke petang aku rase pening-pening lalat...


Aku pon heran jugak pasai perkara ni. Sebanye, sebelum ni aku update blog tak pernah pon rase pening-pening lalat cam ni.

Then sampai nak ke maghrigb baru aku perasan.... Chis...chis...chis... ini disebabkan oleh text kaler aku cam HAMPES.

Aku nasihatkan nkorang Jangan Campurkan Text Color Biru + Hijau. Komporm... nkorang akan rase mual-mual perut setiap kali nkorang masuk blog sendiri. Dengan kate lainnye, pembaca nkorang pon turut merase pening lalat. Kecuali die color blind. ekekekekek.....

So sekarang aku dah tukar text kaler. Sekarang dah tadek pening lalat lagi. Cume lalat je yang pening kalau bace blog ni. Orang...tak pening dah!

Pening lalat tahap GABAN Z,
Kreuger®

Desktop Tools - Google Earth 4.3

Kepada penggemar peta a.ka Maps,
sekarang anda mempunyai care mudah untuk update tempat-tempat yang macam best untuk perancangan jalan-jalan carik pasal nkorang.

Applikasi terbaru dari Google ni pastinya akan membuatkan nkorang tersenyum serta merasekan diri anda macam seorang yang macam best untuk memplot kedudukan tempat-tempat paveret nkorang.

Aplikasi ini adalah percuma dan datangnya dari Laman Web terkemuka untuk kaki download di:- GoogleEarth@Download.Com

Jangan takut-takut untuk download. Sebab aplikasi ni bebas dari ancaman virus.

Kalau nak download applikasi, sila lah bertandang laman web ni. Bace review terlebih dahulu dari pengomen lain.

Kekadang ade jugak samdol-samdol pegi upload file-file yang ade virus. Sila berhati-hati. Walaupon website ini terjamin keselamatannya, tapi selagi masih ade orang suke dengki.

Apa kate penaja Download.Com?
License: Free <--best ni
Editor's Rating: 5 star editors rating
Average User Rating: 4h star user rating (out of 933 votes) Rate it!
Downloads: 3,080,963
Requirements: Windows 2000/XP
Limitations: No limitations <-- ni pon best gak~
Date Added: April 15, 2008
Selamat Berdownload.
Kreuger®

PC Tips - Nero 8 Ultra Edition 8.2.8.0

Wah... berite best ni aku buat khas untuk Kaki Burner cam aku lah kirenye....

Untuk pengetahuan nkorang, Nero telah mengeluarkan version terbaru untuk mereka-mereka yang suke Burn.

Cerite ni aku dapat semasa melawat laman web
Download.Com

Secara amnya sinopsis dan review tentang applikasi ini terdapat di sana. Walau bagaimane pon, aku update la kat sini jugak, kot-kot nkorang malas nak klik dan search link di atas.

License: Free to try; $79.99 to buy
Editor's Rating: 5 star editors rating
Average User Rating: 3h star user rating (out of 1400 votes) Rate it!
Downloads: 26,070,341
Requirements: Windows 2000/XP/2003 Server/Vista
Limitations: 15-day trial, installable until April 01, 2008
Date Added: December 20, 2007
Tapi yang aku herannye, Limitation dah kompom expired dah sekarang. Ape kes laa Download.Com gatai pg buat review pasai menatang ni jugak. Tapi kalau nkorang nak test bleh test.

Nanti kite same-same carik keygen... wakakakakak

Selamat Mencuba.
Kreuger®

Aktiviti Hujung Minggu


Huhuhuh... dalam tak sedar, dah banyak dah link aku upernye.

Hari ni agak kekurangan idea untuk mencarik info dan tips untuk update blog.

So, aku pon buat la Guest Visit kat laman blog member-member yang kerap kali aku bertandang ke blog diaorang dan diaorang pon selalu bertandang ke blog aku.

Sambil-sambil mencarik maklumat kat UtusanOnline. dan jugak Download.Com. Mane lah tau ade isu panas dan hangat. Boleh laa aku buat review skit-skit. Malangnye, aku ni bukan kaki yang suke berceloteh... Kaki mane boleh berceloteh. Kua..kua...kua......

Jutaan terima kasih untuk semua supporter, kengkawan, sifu-sifu, master², dan semua otaimer Bloger. Jasa anda dalam industri Blogger aku amat hargai dalam memperkembang dan memperluaskan minda serta ilmu yang nkorang ade.

Thanks 2 All~
Kreuger®

Khamis, 1 Mei 2008

Wallpaper - Bunge oh Bunga


Opppsss.... nanti dulu... sebelum nkorang pikir yang bukan-bukan pasai aku... aku nak jelaskan perkara sebenarnya.

Gambar ni aku tangkap gune npon aku je. Bunga ni adalah promosi sempena perayaan Valentine Day tempoh hari di Store aku. (sori ek... aku tak layan valentine ni...)

Dijadikan sebab aku tangkap gambar ni kerana nampak "touch" le plak bile nengok bunge yang dah di gubah macam ni. Nengok sekali, nak tengok lagi.... Betoi tak.

So gambar ni pon agak besar jugak skala pixel-nye. So bleh lee mane-mane mat² jiwang dan minah² bungah yang nak buat wallpaper desktop nkorang, aku tak menghalang... silakan...silakan...

Terlupe plak, kalau nkorang rase tulisan alamat blog yang ade pada gambar bunga ni mengganggu... nkorang leh request kat aku untuk publish yang original punya copy.

Selamat Berjiwang Karat~
Kreuger®

Wallpaper - Masjid Jamek Area

Salam Sejahtera untuk sahabat semua.

Gambar ni aku rakapkan semasa aku sedang merayau-rayau ke SOGO dengan member aku.

Kalau nkorang rase nak buat wallpaper kat desktop nkorang, silalah buat demikian.

Monitor yang paling sesuai adalah sebarang jenis monitor. Janji, monitor pc nkorang ade warna. Kalau tadek warna.... wakakaka lu pikirlah sendiri~


Nkorang klik kat gambar ni, gambar akan expend, kemudian, boleh save.

Selamat maju jaya~

Kreuger®

Blog Kegemaran Kreuger