Rabu, 11 Jun 2008

ISU Panas WarIRC2 - Carta ke 4 Google??

Salam Sejahtera Semua.

Baru-baru ni aku saje saje laa gatai untuk search entri sendiri kat GOOGLE untuk memerhatikan kat mane letaknya entri aku dalam senarai GOOGLE.

Verry suprise apabile entri ISU Panas aku merupakan tajuk ke 4 dalam carta carian tersebut. Hahahahha... nkorang prepared laa bebaik wahai manusia-manusia yang dipertanggungjawabkan diluar sana. Arena Blogger semakin panassss sekarang.

Apa yang anda perlu buat, taip kat kotak search Google.Com:- Isu Panas Elaun Menteri. Dari sini Blog WarIRC2 menduduki senarai ke 4 dalam senarai carian. Bukan nak bangga~ Ini menunjukkan Blogger semakin berkuasa di Alam Maya beb...

Nasihat aku kepada para Blogger.... Teruskan berblog. Hebahkan pendapat anda yang media lain tak mau terima.

Kreuger®

Selasa, 10 Jun 2008

Selangkah Ke Alam Kompius


Salam Bahagia untuk semua kengkawan.

Semenjak 2 menjak ni, aku tadek sangat perkara nak diceritakan. Sebenarnya aku sekarang sibuk nak buat buat preparation untuk bertunang.

Walaupon jangkamasa tuh lambat lagi. Tapi aku dah menyiapkan persediaan aku untuk melamar seklaigus bertunang dengan pilihan hati aku ni.

Kedua-dua famaly untuk kedua-dua belah pihak dah mengetahui akan kesah tersebut. Hanya menunggu green light dari kami la pulak.

So aku mengharapkan doa dari kengkawan Blogger semua agar cita-cita murni aku tercapai dan berbahagia hingga ke akhir hayat bersama.

Bercerita tentang gambar di atas. Memenuhi hasrat hati untuk memiliki Si Dia Gadis Pujaan Hatiku.....
1. Dari Kiri - Cincin Pertungangan.
2. Tengah - Cincin Merisik.
3. Kanan - Gua "langkah bendoi laa beb."

Kepada yang still Solo Rangers tak kire laki atau perempuan.... cepat-cepat laa... bile lagi kengkawan blogger yang lain nak merase nasik minyak nkorang pulak....

Nanti kalau aku kawin... aku publish kad jemputan aku kat blog ni. Insyaallah.... Semoga Allah makbulkan niat dan usaha ku. Amin....

Kreuger®

Ahad, 8 Jun 2008

ISU PANAS - Syor Elaun Menteri Dipotong

Salam Bahagia dan Salam Sejahtera semua.

Petikan ini diambil dari Utusan Malaysia Online

KUALA LUMPUR 7 Jun - Dewan Pemuda Pas hari ini mencadangkan elaun yang dinikmati menteri dipotong sebagai salah satu langkah penjimatan wang kerajaan.

Ketuanya, Salahuddin Ayub berkata, berikutan peningkatan harga barang keperluan kini, langkah berjimat cermat sepatutnya tidak hanya diamalkan rakyat tetapi turut diikuti pemimpin kerajaan.

"Kerajaan tidak mengumumkan sebagai contoh nak kaji semula elaun semua menteri. Sepatutnya diumum pemotongan elaun, pemotongan pelbagai faedah yang mereka dapat, itu sepatutnya dipotong kalau sama-sama mahu melihat kita sama-sama berjimat.

"Jangan hanya meminta rakyat sahaja berjimat tetapi mereka (menteri) tidak mengamalkan kehidupan yang menunjukkan mereka berjimat," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Dewan Pemuda Pas di sini.
:snow03:Komen Aku:-:snow40:

Sebagai rakyat Malaysia, aku kat sini tidaklah menyatakkan bahawa aku anti kerajaan mahupun aku pro kerajaan.

Tapi adakah adil bagi kita semua mengamalkan amalan berjimat cermat, sedangkan menteri-menteri kerajaan kita hidupnya mewah. Elaun sana sini, subsidi sana sini. Nak bergerak kehulu-kemari boleh claim. Dah la macam tuh, setiap aktiviti yang mereka sertai/anjurkan diaorang dapat elaun.

Memang kurang wajar bagi kita sebagai rakyat Malaysia hanyak mengikut saranan yang membuta tuli. Lu orang pikirla sendiri, kita sekarang dah macam zaman Jepun memerintah Malaya. Kerajaan makan nasi, kita makan ubi kayu.

Dah terbukti, lepas kenaikan minyak, begitu banyak sekali rentetan senarai harga barang yang turut serta dalam kenaikan harga. Nak salahkan pembekal.... mane boleh, kalau sewa lori tak naik ekoran dari kenaikan minyak yang mendadak, dah tentu harga barangan pon tak akan naik jugak.

Anda sebagai pembaca/pengguna/pengundi/penyokong/penulis.... apa kata anda? Takkan nak berdiam diri?

Ekoran dari kenaikan harga minyak juga telah menyebabkan ramai Rakyat Malaysia menggunakan Blog sebagai alternatif untuk meluahkan perasaan mereka terhadap situasi yang berlaku sekarang.

Anda Bila Lagi? Takkan nak tunggu dan lihat? Kita sekarang semakin tertekan.... Mari semua bangkit dan menyatakan hasrat/matlamat kita sebagai Rakyat Malaysia.

Kehidupan dibandar pon tertekan, apatah lagi dikampung. Mane letak kepala otak diarang ni? Kalau kije kampung... berapa sangat pendapatan yang diaorang dapat. Kemudian ditambah tokok pulak dengan kenaikan harga minyak yang keterlaluan dan bagi aku melampau-lampau.

Kekecewaaan terhadap pentadbiran sekarang semakin jelas ketara. Aku yakin next punya pilihan raya, PASTINYA AKAN BERLAKU SATU PERUBAHAN YANG DRASTIK. Jika kerajaan sekarang masih terus mengekalkan corak pentadbiran mereka yang ala-ala KUKU BESI.

Lu orang pikirlah sendiri.
Kreuger®

Khamis, 5 Jun 2008

Advance TAG:- mIRC Encode + Documen Dalam Image

Salam bahagia untuk sahabat sekalian.

Sememangnya nkorang semua dah tau yang aku ni kaki TAG kengkawan. Maka dengan ini aku umumkan nama TAG terbaru aku ialah mIRC Decode + Document Dalam Image.

TAG ini merupakan advance Tag daripada episode TAG PERTAMA aku tempoh hari.

Untuk menjawab tag ini, anda yang terpilih dikehendaki membuat beberapa perkara sebelum anda dapat meletakkan nama anda dalam file EXCEL yang telah aku sembunyikan dalam gambar ini.

*** Perhatian kepada anda, password telah di
ENCODE. Kalau nkorang masuk password ni, sure nkorang tak bleh nak jawab TAG ni. ***


Apa yang pentingnya, password kali ini bukanlah 1234 mahupun senarai nombor siri duit yang terdapat pada gambar tersebut. Sebaliknya password utk menjawab TAG ini telah di ENCODE menggunakan perisian sembang maya atau lebih dikenali sebagai mIRC.

Sebelum itu aku umumkan PENJAWAB TAG:-
1. CybernaticMind - Gua yakin lu boleh.
2. Kermits - Lu pikirlah sendiri.
3. Terpulang kepada sesiapa yang ingin meneruskan TAG.

Password WINRAR:-
.8FQO9R!A:W4@:6%L86@`

Password EXCEL :-
-;6%L87ES:6$@:VEN:0``

Untuk menjawab TAG ini, anda perlu mempunyai:-
1. mIRC - Boleh download disini
2. WINRAR - dapatkan disini

Tips.
i. Setelah anda install mIRC di PC anda, (sila abaikan segala connection setting dan popups)
ii. Klik button remote seperti rajah dibawah untuk memasukkan code.
iii. Masukkan code cut n paste seperti dibawah ini:-

alias f2 code.encode

alias code.encode {
set %text $input(Sila masukkan kod cut & paste bagi kata laluan,165,Kata Laluan)
set %encode $decode(%text)
win.password
}

alias win.password {
window -aod +b @test 200 200 250 150
echo @test Password Decode:-
echo @test -[ %encode ]-
echo @test $chr(160)
echo @test Right-click
echo @test then
echo @test select close.
}

menu @test {
Close:/window -c @test
}


Save kan code ini dibahagian Remote TAB. Jadi... bagaimane nak dapatkan password sebenar untuk misi TAG kali ini? Apa anda perlu buat setelah selesai paste CODE di atas kedalam bahagian Remote TAB mIRC anda...

Anda hanya perlu tekan F2 untuk mengaktifkan applikasi penyah-ENCODE-an yang nkorang CUT & PASTE tadi terhadap password-password yang telah aku beri gambaran seperti di atas. (password yang tulisan cecacing tuh~)

***Untuk password pertama ianya merupakan gambaran tentang sesuatu.
*** Manakala password kedua - nkorang taip je apa yang dipaparkan selepas DECODE

Ini adalah penerangan lengkap. Kalau ikutkan hati... malas aku nak kasik tips... muahahahhaha.... dengan ini wahai sedare-sedare ku sekalian, selamat mencuba~

Kreuger®

Rabu, 4 Jun 2008

Minyak oh Minyak.... ape kessss???

:snow40:Salam Sejahtera Semua. :snow25:
Dalam tengah kekalutan dan kesebokkan Harga minyak naik, sejauh manekah inisiatif anda dalam menangani perkara ini? Kesan dari kenaikannya~





Apabila Minyak Naik:-
1. Harga barang kompon akan menyusul naik - sakit kulit laa pas ni.
2. Harga Getah Asli pon naik - Sebab nak buat getah tiruan kene pakai minyak. ~Bagus
3. Kadar Tarif Elektrik - aku tak percaya kalau tak naik.
4. Kos penghantaran/servis khidmat - mesti effect sekali.
5. Harga kereta mungkin akan jatuh mendadak - ade baik ade buruk.
6. Kereta tempatan mesti kurang laku - sebab parak minyak.
7. Pelbagai laa masalah nye - minyak naik, kos penghantaran naik, harga bahan mentah akan naik sebab kos nak hantar mahal, lagi jauh destinasi lagi macam gile harga barang.
8. Lepas ni memacam bil yang tak pernah wujud akan keluar.
9. Nak makan pon susah - kedai mamak pon naik harga.
10. HANTARAN KAHWIN MESTI MELAMBUNG PUNYA :snow26:

Aduhai Malaysia kini, sabor jer laa.....
Kreuger®

Selasa, 3 Jun 2008

My Best Birthday Present...

Salam sejahtera semua.

Tanggal 01 June 2008 merupakan detik paling bermakna bagi diri aku pada tahun ni. Nampaknya begitu banyak prubahan drastik yang berlaku secara mendadak tak kira lah sama ada yang telah kuduga atau yang tak terjangka.

Hahaha... sepertemuan degan Si Dia pada tanggal 01 June 2008 tempoh hari dengan excitednya aku mendengar sendiri luahan keikhlasan dari hatinya bahawa dia telah bersetuju dan bersedia menjadi teman hidupku sehidup dan semati. (wah wah wah... time ni le aku rase macam duk kat langit)

Kalau sebelum ni kami sekadar bersembang melalui khidmat pesanan ringkas (sms) je, tapi pada hari tuh... live beb. Susah nak caye... tapi ni lah kenyataannya.

Akiu sebenarnya dah lame bg tau kat si Dia. Tapi nak dapat kate putus... alahai.... rupanya dia nak kasik suprise time besday aku~

Kepada yang belom pernah melamar anak dara orang tuh... nkorang cubalah kalau dah berkemampuan dari segi mentaliti, fizikaliti, dan jugak ehem...ehem... aha ha ha ha.

Korang akan rase macam... uih... betoi ka ni? Cam mimpi beb. Macam nkorang tengok citer kat tv... Apa yang best dan tak boleh dilupakan bila ianya berlaku time besday nkorang. Peeeerrrghhh... orang yang pernah mengalaminya saja mampu gambarkan.

Nasihat aku kepada blogger laki ataupon pompuan yang still single, (yg dah kawen, main jejauh) cepat-cepat laa berpikir untuk mase depan nkorang.

Selain tuh... aku dapat juga hadiah ni dari Si Dia yang special untuk ku. Walaupon nampak tak seberapa, tapi maknanya diwaktu hari lahirku + diterima lamaran ku = gila bayang :p~

P/S:- Harap maklum, Si Dia untuk aku tuh bukan kaki blogger mahupon kaki Internet.. dia tak suke tak suke tak suke... (seperti iklan cat dalam tv tuh)

Kreuger®

Isnin, 2 Jun 2008

Internet TIPS - YouTube Downloader

Salam Bahagia Semua,

Sudah tentu pastinya ramai dikalangan kaki blogger mempunyai hobi yang suka melayan perasaan sambil menonton klip-klip video kesukaan mereka di YouTUBE.

Sekarang anda boleh berjimat masa dan menonton cerita kegemaran anda tersebut berulang kali tanpa perlu membuka website/host klip video berkenaan.

Baru-baru ni ketika aku menjalar-jalar diseluruh pelusuk blog dan website, aku menjumpai aplikasi yang dinamakan YouTUBE Downloader.

Berikut adalah rating yang aku cut & paste tanpa kebenaran dari Download.Com
Download Now (3.39MB) Tested spyware free
License: Free
Editor's Rating: 4 star editors rating
Average User Rating: 3 star user rating (out of 208 votes) Rate it!
Downloads: 1,516,135
Requirements: Windows 2000/XP/Vista
Limitations: No limitations
Date Added: February 25, 2008
Selamat mencuba. Kepada sesiapa yang dah tau dan pernah mencuba tuh, sila la kasik komen anda tentang aplikasi ini.

Kreuger®

Ahad, 1 Jun 2008

Happy Birthday To Me

Assalamualaikum dan Salam Bahagia Semua.

Dengan lafaz Bismillah Hirrahman Nirrohim dan Alhamdulillah aku bersyukur kerana dipanjangkan umurku setahun lagi.

Meneruskan perjalanan yang berliku di alam kehidupan ku selama ini, begitu banyak dugaan yang telah aku tempuh dan aku hadapi. Dalam masa yang sama juga, masih banyak lagi yang belum aku terokai.

Pernah disatu ketika dahulu aku hampir gagal dalam mencari matlamat diriku sendiri. Mujurlah diketika aku diambang keterlewatan itu, masih ada yang sayang padaku.

Kini kutinggalkan kisah lalu agar ia dapat dijadikan pedoman dan tauladan untuk generasi pada masa akan datang. Pengalaman yang lepas mengajar aku menjadi lebih matang. Matang dari segi pemikiran dalam membuat keputusan menentukan soal kehidupan dan masa depan.

Wassalam~
Kreuger®

p/s:- Jangan marah semua, sebenarnya aku merapu jer kat atas tuh. Aku ni mane nak reti besastera. Aku sebenarnya tengah tention laa, time Brithday kene kerja laa plak~ Siot betoi....:snow43:

Blog Kegemaran Kreuger