Petikan ini diambil dari Utusan Malaysia Online
KUALA LUMPUR 7 Jun - Dewan Pemuda Pas hari ini mencadangkan elaun yang dinikmati menteri dipotong sebagai salah satu langkah penjimatan wang kerajaan.
Ketuanya, Salahuddin Ayub berkata, berikutan peningkatan harga barang keperluan kini, langkah berjimat cermat sepatutnya tidak hanya diamalkan rakyat tetapi turut diikuti pemimpin kerajaan."Kerajaan tidak mengumumkan sebagai contoh nak kaji semula elaun semua menteri. Sepatutnya diumum pemotongan elaun, pemotongan pelbagai faedah yang mereka dapat, itu sepatutnya dipotong kalau sama-sama mahu melihat kita sama-sama berjimat.
"Jangan hanya meminta rakyat sahaja berjimat tetapi mereka (menteri) tidak mengamalkan kehidupan yang menunjukkan mereka berjimat," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Dewan Pemuda Pas di sini.
Komen Aku:-
Sebagai rakyat Malaysia, aku kat sini tidaklah menyatakkan bahawa aku anti kerajaan mahupun aku pro kerajaan.
Tapi adakah adil bagi kita semua mengamalkan amalan berjimat cermat, sedangkan menteri-menteri kerajaan kita hidupnya mewah. Elaun sana sini, subsidi sana sini. Nak bergerak kehulu-kemari boleh claim. Dah la macam tuh, setiap aktiviti yang mereka sertai/anjurkan diaorang dapat elaun.
Memang kurang wajar bagi kita sebagai rakyat Malaysia hanyak mengikut saranan yang membuta tuli. Lu orang pikirla sendiri, kita sekarang dah macam zaman Jepun memerintah Malaya. Kerajaan makan nasi, kita makan ubi kayu.
Dah terbukti, lepas kenaikan minyak, begitu banyak sekali rentetan senarai harga barang yang turut serta dalam kenaikan harga. Nak salahkan pembekal.... mane boleh, kalau sewa lori tak naik ekoran dari kenaikan minyak yang mendadak, dah tentu harga barangan pon tak akan naik jugak.
Anda sebagai pembaca/pengguna/pengundi/penyokong/penulis.... apa kata anda? Takkan nak berdiam diri?
Ekoran dari kenaikan harga minyak juga telah menyebabkan ramai Rakyat Malaysia menggunakan Blog sebagai alternatif untuk meluahkan perasaan mereka terhadap situasi yang berlaku sekarang.
Anda Bila Lagi? Takkan nak tunggu dan lihat? Kita sekarang semakin tertekan.... Mari semua bangkit dan menyatakan hasrat/matlamat kita sebagai Rakyat Malaysia.
Kehidupan dibandar pon tertekan, apatah lagi dikampung. Mane letak kepala otak diarang ni? Kalau kije kampung... berapa sangat pendapatan yang diaorang dapat. Kemudian ditambah tokok pulak dengan kenaikan harga minyak yang keterlaluan dan bagi aku melampau-lampau.
Kekecewaaan terhadap pentadbiran sekarang semakin jelas ketara. Aku yakin next punya pilihan raya, PASTINYA AKAN BERLAKU SATU PERUBAHAN YANG DRASTIK. Jika kerajaan sekarang masih terus mengekalkan corak pentadbiran mereka yang ala-ala KUKU BESI.
Lu orang pikirlah sendiri.
Kreuger®
Yabedabedooo, I'm first to comment.
BalasPadamEkceli bukan soal minyak atau petrol sahaja yg bisa menimbulkan kemarahan rakyat, tetapi lebih kepada sebab dan akibat serta rentetan benda2 yg berlaku selepas itu.
Kerajaan BN seolah2 tk dapat forsee (pralihat) apa yg akan berlaku sekiranya keputusan kenaikan harga minyak itu dibuat. Tu laa yang menyebabkan rakyat mendakwa bahawa Kerajaan buat keputusan tanpa berfikir jauh.
Sadly apa yg Kerajaan BN buat seolah2 Kerajaan tuh baru wujud dan bukannya telah berdiri kukuh selama 50 tahun di bumi Malaysia ini, cam tak der experience errkkk. Tu yang buatkan Tun mahathir hangin satu badan.
Aku terpikir balik, "sejahat-jahat" Tun satu ketika dulu, tapi rasanya rakyat tak merana macam sekarang ni. Rakyat cuma marah kat Tun di atas tindakannya menzalimi Anwar Ibrahim.....tu jer. Tapi sekarang orang marah kepada PLah & kabinet kerana telah menzalimi rakyat itu sendiri.....secara total.
Sorry to say, berikutan kenaikan reger minyak ni, puak2 UMNO tak pulak bising, seolah2 merestui tindakan Kerajaan BN walaupun depa sendiri turut dizalimi. Ini adalah kerana terlalu berpegang pada prinsip.....sampaikan rasa tak kisah terhadap kesusahan yang bakal dilalui. Kononnya "Ini boss kami punya keputusan....kena ikut".....
tak paham aku.
Dalam Utusan Malaysia hari ni penuh ngan citer barang tu naik ler....barang ni naik ler, amaran kepada peniaga ler, tindakan yg akan diambil kepada peniaga ler dan macam2 lagi yg sumernya terjadi disebabkan keputusan BANGANG Kerajaan Malaysia. Now uols boleh tengok, ni bukan persoalan minyak semata2 tetapi macam2 krisis yang terpaksa kita lalui.
Okaylah....dh terpanjang sgt ni, ada ker orang mao baca....heheheh
Macam aku kata semalam, jom kita pakat2 buat Sembahyang Hajat semoga pihak Kerajaan akan buat tindakan yg betul di masa2 akan datang dan akan segera menangani krisis kenaikan harga minyak ni.....Serah sumernya pada ALLAH.
ya..
BalasPadamdulu aku menyampah dgn pentadbiran kerajaan..
sekarang dah bertukar menjadi benci..
benci itu adalah suatu perasaan yang memang sukar nak dikikis..
aku tak tau bila dorang akan sedar kebencian rakyat semakin bercambah...
Cybernatic & Menteil
BalasPadamDiaorang akan sedar bile... tunggu la lagi 4 taun punye pilihan raye.
Tapi apa aku dapat gambarkan, pada taun tuh pulak, kilang babi sana sini, inflasi bertambah tambah, hak keistimewaan Bumiputra dihapuskan.
Tengok jer laa.... we vote, we ask for it, we'll got it~
Kreuger®