Jumaat, 27 Jun 2008

Wasiat Nenek Ani

nenek ani

Assalamualaikum dan Salam Ceria Semua.

Hari ni mood ade sikit hepy. So ade la plak idea nak berceloteh bukan bukan.

Ni lagi satu kiriman email dari member sekerja aku yang ingin kiriman emailnya dipaparkan kat dalam blog aku.



Kesahnya bertajuk:- “Wasiat Nenek Ani”

Ada sorang tua, Nama dia Nenek Ani. Dia terlantar di hospital kerana sakit jantung, .... .
Keadaannyasemakin hari semakin teruk. Ani dah tak tau apa nak buat lagi.

So suatu hari tu dia panggil Pak Din untuk bacakan doa untuk Nenek Ani. Tapisemakin dibaca, semakin teruk sakit orang tua tu. Sampai terketar-ketardan termengah-mengah kerana terlalu sakit.

Nenek Ani dalam keadaan tak berdaya tu memberikan isyarat meminta pen dan kertas. Ani memberikan pen dan kertas kepada neneknya. Dengan sisa-sisa tenaga yang ada, Nenek Ani menulis dan memberikan kertas itu kepada Pak Din.

PakDin menganggap tak baik membaca wasiat di hadapan Nenek Ani sebelum Nenek Ani meninggal. Jadi dia pun masukkan kertas tu ke dalam poketnya.Tak lama kemudian Nenek Ani pun meninggal dunia.

Selepas seminggukematian Nenek Ani, Pak Din pun datang ke rumah Ani, dengan memanggil semua sanak saudara Nenek Ani, tujuannya tak lain dan tak bukan untukmenbaca wasiat dari nenek tersebut.

Pak Din pun berucap, menyatakan kesedihannya atas kematian Nenek Ani, dan di akhir ucapan itu Pak Din mengajak Ani dan saudara mara membaca wasiat itubersama-sama, yang antara lain isi itu ialah... ... ... ... ..

"Din, ... . kau janganlah berdiri di atas wayar oksigen aku tu, aku nak napas tak boleh… sengallll"

Wakakaka…. pecah perot aku bace email ni pagi tadi.


Kreuger®

6 ulasan:

  1. sapa kah nenek ani nih? apakah? btw, my opis kat menara telekom bangsar. rasa2 nak belanja saya, jerit je dari bawah. heeee

    BalasPadam
  2. Cikkai -
    Muahahah, ni just bual bual kosong.
    Kengkawan kasik email.

    Ooo... nko kijer kat menara telekom tuh ke? Ooo... kawasan merendek tuh... nanti kalau aku merayau ke sana aku info laa kat nko..

    Tapi... nak info macam mane? No tepon pon tadek :P~

    Kreuger®

    BalasPadam
  3. R-Care -
    Muahahaha.... ni macam citer ala-ala Mr. Bendul laa ni.

    Lurus bendul tak bertempat. Nesib kau laa Nenek Ani oit~

    Kreuger®

    BalasPadam
  4. Kalu betul jadik cani, mmg 2-3 keturunan kne sumpah. hahahah

    BalasPadam
  5. R-Care -
    Kekeke... bukan stakat 2-3 keturunan jer... kalau dah masuk 7 keturunan pon orang masih bercerite.

    Ni lah citer pak pandir moden zaman Information Techologi. Tapi dengal tak abes.

    Kreuger®

    BalasPadam

---=[Prepare2Die]=---
Kreuger® since 2007 begin a blogger.
Kindly please leave your comments.
Thanks~

Blog Kegemaran Kreuger