Khamis, 19 Jun 2008

Nightmares On Elm’s Streets - Entri ke 100 Aku.

freddy-krueger Assalamualaikum dan Salam Bahagia.

Mesti ramai dikalangan anda yang mengenali Hantu Mimpi Ngeri ni kan? Watak Freddy Kreuger telah dilakonkan oleh Robert Englund sebanyak 7 siri koleksinya yang mesti tonton.

Kesahnya Freddy Kreuger bermula apabila dia ingin membalas dendam terhadap Ibu kepada Nancy yang mendakwa beliau adalah seorang pembunuh kanak-kanak di Elm Street.

Kreuger mati dibakar atas sebab orang kampung Elm Street tak puas hati kat die kerana die dibebaskan oleh mahkamah ketika perbicaraan atas tuduhan membunuh kanak-kanak.

Sebelum kematiannya, Krueger sempat membuat perjanjian dengan 3 ekor setan untuk membantunya membalas dendam terhadap seluruh keturunan penduduk Elm Street yang terbabit.

Dia merupakan syaitan mimpi yang paling ditakuti oleh penduduk Elm Streets. Menggaggu dan membunuh manusia sekitarnya hanya menggunakan mimpi yang dia telah kuasai. Semakin takut orang tuh dengan Krueger, maka semakin kuatlah kuasa yang dia dapat.

Rentetan Filem serta koleksi yang aku ada:-

  1. A Nightmare On Elm Street
  2. Nightmare On Elm Street 2: Freddy’s Revenge
  3. Nightmare On Elm Street 3: Dream Warriors
  4. Nightmare On Elm Street 4: The Dream Master
  5. Nightmare On Elm Street 5: The Dream Child
  6. Freddy’s Dead: The Final Nightmare
  7. Freddy vs Jason – yang terbaru keluaran tahun 2003.

Untuk mengetahui bagaimana rentetan sejarah Kisah Hidup Freddy Krueger yang bermula dari Ibunya Amanda Krueger anda boleh baca di:- anightmareonelmstreet

Note:- Ejaan nick aku adalah berlainan dari pemilik yang asal kerana nickname ni terlampau banyak digunakan dan sukar untuk didaftarkan. So aku terbalikkan saje ejaan Krueger (sebenar) --->kepada—> Kreuger (aku punya suka.)

Kreuger®

15 ulasan:

  1. Mr azman merupakan syaitan mimpi yang paling ditakuti oleh penduduk Elm Streets. Menggaggu dan membunuh manusia sekitarnya hanya menggunakan mimpi yang dia telah kuasai. Semakin takut orang tuh dengan Krueger, maka semakin kuatlah kuasa yang dia dapat.

    Wakaka. lawak ah. tapi citer Freddy lawan Jason paling best. tak boleh tahan jahat lawan jahat, puhhh...

    erm ni entri ke sratus kew? hebat jugak si azman ni. lepas ni buleh bukak isu zombie lak untuk pos yang ke 1000. jenuh la nak senaraikan filem zombie, hahaha

    BlogMenjerit - pusat kecantikan blog anda

    BalasPadam
  2. Cikgu BlogMenjerit -
    Amboih...amboih... BM, nampaknye cam nak menyaingi aku untuk membuat komentar ala-ala karangan STPM Bahasa Melayu ni.

    Nanti kite kene wujudkan tajuk Karangan Komentar Paling Panjang.

    Entri ke 1000, rasenya blom terpikir kot. Silap-silap entri citer pasai Kenduri Kawin aku... muahahah... citer lain pasai kawin? Kalau yang tuh... nko kene laa kawin gak, baru bleh tau.

    ekekeke.... macam macam kes...
    Kreuger®

    BalasPadam
  3. Hohoh...patutla tersalah taip name Kreuger ke Krueger time nak add link. dah agak dah amik dr citer nih...walaupon citer ni feymes,tp sy xnah tgk. maybe sbb time citer ni tgh popular dolu2 saya kecik lg n penakot nak mampos...Wakakaka...

    BalasPadam
  4. citEr niE mmg bEst..
    mana nak cari ek citER niE?

    BalasPadam
  5. Ryehanna -
    Tersalah taip tuh perkara normal. Sebab aku cuba nak menggunakan perkataan Krueger. Tapi macam aku dah jelaskan tadik, nickname tuh, terlampau banyak dan pames untuk dipakai. So susah pulak nko nak carik kat google nanti.

    Citer ni is my favaret horror serries movies... (ayat dah tunggang langgag dah ni) So aku masih menyimpan koleksinya dalam bentuk VCD. Rugi laa kalau tak menonton... best tau!

    Along Arman -
    Best...best sesangat, nak carik? Mudah saja, anda boleh dapatkan die kedai kedai Video Berhampiran terutamanya Speedy Video. Sebab kat situ kite boleh membuat tempahan. Serta salinan kualiti video-nya pada tahap yang amat memuaskan hati.

    (...tapi sekarang ni wujud lagi ke Speedy Video ek?)

    Cubalah mane tau ade rezeki.. boleh jumpe kat Ganu kiter~

    Kreuger®

    BalasPadam
  6. bro...mmg best gila citer ni...ingat nk letak link utk download ;)

    sibuk sikit la semenjak dua tiga empat menjak ni...nk update blog pn x sempat...kasi org umah je yg kecoh2 kat blog :)

    BalasPadam
  7. Zariel & Wife -
    Oh patut laa lame tak emndengar kabar beriter.

    Anyway citer ni saya tak boleh nak upload la, sebab terlampau panjang.

    Mungkin saya boleh cuba alternatif lain sepertu YouTube ke pas ni. Insyaallah.... jika berkesempatan.

    Kreuger®

    BalasPadam
  8. haha bm guna bahasa russia sebenarnya.

    BalasPadam
  9. wah...
    dah seratuss... cayalah...
    aku tak lama lagi satus ar..
    itupon kalau rajin..

    aku kena komen panjang2 jugak ker?
    hehe...
    xder idea la...

    BalasPadam
  10. SickChild -
    Ga..ga..ga.. Cikgu B.M ni memang macam tuh. Iye kan ajer lah... Die boleh komunikate macam macam bahase ma. Nasib baik die tak buat tutorial dalam bahase Jawa Selatan. kekekek...

    Menteil -
    Yup... dah ke seratus dah upenye. Kalau umur 100tahun mesti dah tua ganyut. Ape ape pon aku masih buda dalam arena blogger ni. Banyak mende perlu aku belajar, terutama dari Cikgu BlogMenjerit kite ni.

    Lalalala... komen panjang ke pendek, itu bukan menjadi ukuran. apa yang penting, luahan dan hasrat yang nko nak sampaikan jer.

    Timer Kepada Menteil jugak sebab support WarIRC2.Blogspot.Com.

    Kreuger®

    BalasPadam
  11. erm...seumo idup x pnah la kak esah tgok cte ni..

    x bape minat la cter antu orang putih..kalo citera antu thai best....seram giler!!!

    BalasPadam
  12. Salam..Jurnalcomot dah agak,mesti Mr.Kreuger tau citer Freddy Krueger..citer ni paveret Jurnalcomot jugak mr.kreuger..Koleksi terbaik dalam almari video kat rumah..yg tau pasal si Freddy ni,dia suka wat lawak tu yg jadi tak seram.hehe..

    Rasanya last year,kat Cinemax(channel astro)ada tunjuk citer dia jgk..

    Tahun awal 90's dulu,'ada series dia kat tv tapi tengah malam gitu..tengok gak walaupun seram..hehe..

    Mr.kreuger,ada beberapa lagi filem freddy tak tersenarai tapi dia bukan elm street,dia lebih tumpu kepada si-Nancy dan anak dia dalam real life dia..kira freddy ni ada betul2 lah..

    Ps:/dulu fobia tengok topi gaya dia dan ada org siap jual pisau tangan dia lagi..

    BalasPadam
  13. JurnalComot -
    Wah tak sangka jugak yang anda ni seorang peminat movie grenge seram.

    Xceli kesah Freddy Krueger ni seram + seabut perut + jokes pon ade jugak. Kekadang hantu Kureger ni macam sengal jer.

    Yang best nye die bleh control setiap mimpi orang yg die ndak bunuh tuh. Tapi tiap kali baru nak success, dah kene defeate balik.

    Tup tup... citer abis, kene la pulak masuk next CD. muhahaha...

    Lepas ni, aku nak carik koleksi DVD pulak. Baru best, 1 DVD ade semua koleksi. Kan sempoi.

    Ayat Freddy Krueger yang macam best:- "Prepare to Die"

    Kreuger®

    BalasPadam
  14. Ada satu lagi,dia punyer lagu theme suspen + satu lagi..
    1 2 Freddy's coming for you
    3 4 better lock you door
    5 6 grab a crufix
    7 8 better stay up late
    9 10 never sleep again

    mimpi yg seram..+_+

    BalasPadam
  15. JurnalComot -
    Amboih, siap hafal lagi tuh lirik lagu tuh... kalau ade lagu tuh, fready mesti datang karang.

    Tapi tiap kali die datang, meti buat muke poyo die, asah kuku die kat besi... kasik orang ngilu... hampes je.

    Kreuger®

    BalasPadam

---=[Prepare2Die]=---
Kreuger® since 2007 begin a blogger.
Kindly please leave your comments.
Thanks~

Blog Kegemaran Kreuger