Sabtu, 13 Disember 2008

Part Time Blog Server – Part 2

image Assalamualaikum dan Salam Bahagia Semua~

So macam dengan cuti-cuti malaysia nkorang??? Worait.. tanpa membuang mase, hari ni Kreuger nak sambung balik pasal pelajaran yang lepas… *ekeke macam cikgu tadika plak~ Subjek kite ialah Part Time Blog Server.

Sebelum tuh… Kreuger nak tanye kepada sesapa yang nak mengikuti KURSUS ni… dah download ke blom WAMP SERVER? WAMP Server ni adalah Windows Base Web Server yang akan menjalankan fungsi pHpMyAdmin kedalam komputer anda tanpa perlu pening kepala nak godek pHp….

Ok… tutorial ini adalah BASED on Kreuger punye experien tempoh hari.. Kalau ade tak kene dan silap… Kreuger mintak maap dan sedia menerima teguran dari TAIKO² semua.

Tutorial Untuk Setup Web Server Engine – Windows Based (Self PC Hosting)

image1. Setelah download WAMP Server di atas, so kite nak kene EXTRACT pada mane mane folder/ROOT directory. Kat sini Kreuger cadangkan anda memiliki 1 partition untuk server tersebut. Supaya tak ganggu pengoperasian Windows OS.

image2. Sebagai contoh untuk tutorial ini Kreuger install ke dalam D:\

image3. Setelah selesai… installation akan meninta anda untuk mengkonfigurasi beberapa perkara. Sila klik pada butang [NEXT] sekiranya anta tidak pasti apa-apa. Kreuger sarankan pon cam tuh gak… Tetapan ini boleh dilakukan dikemudian hari~

image4. Setelah selesai…. Klik la pada butang finish… dan ikon program wamp server akan berada pada TASKBAR anda.

image 5. Sekarang server dah siap on… apa yang anda semua perlu ialah seting pHp plak… bukak web browser anda (Firefox, Opera, IE dan sebagainya) dan taip:- http://localhost/phpmyadmin pada address-bar. Anda akan nampak main page seperti di atas.

image 6. Dengan menambil contoh WORDPRESS adalah database anda…. maka masukkan perkataan Wordpress pada kotak Create New Database

image 7. Setelah selesai, kita akan set KESELAMATAN untuk  pHp kita supaya pHp page hanya boleh diaksess oleh komputer kite sahaja. Daripada sini, sila klik pada PRIVILLAGE

image8. Kat sini kite akan remove semua access database yang tidak berkenaan. Kite hanya membenarkan database diaksess daripada LOCAL (only this PC) sila tengok gambar betoi-betoi… takut nanti nak kene start dari mula kalau silap~ kekekeke. Tolong jangan tanda check pada:- Drop the databases that have the same names as the users. Kemudia tekan butang [GO]

image9. Ok.. sekarang ni cume ade localhost jer untuk dabase SQL. Nampak tak gambar pen tuh… itu ar untuk seting password. Sekarang la mase nak set SQL Password. Klik pada ikon tersebut yang sebelah GRANT-YES tuh….

image 10.  Sekarang ni pada ruangan CHANGE PASSWORD, masukkan password anda. Jangan lupe untuk RE-TYPE password. Seterusnya klik pada butang [GO] yang terdapat pada hujung ruangan ini~

image 11. Setelah selesai kat atas ni… anda kene perhatikan kembali pada Database Spesific Privillage –> dan select pada Wordpress –> [GO]

image 12. Kemudian.. daripada sini, klik seperti rajah yang Kreuger paparkan kat atas ni ok~

image 13. Worait… lepas ni, nkorang kene plak edit pakai Notepad pada file  D:\wamp\apps\phpmyadmin2.11.6config.inc.php sebab kalau tak edit… nkorang haram tak bleh access dah mende ni.

image 14. Carikan perkartaan ini:- $cfg['Servers'][$i]['password']      = 'password-tadi';

15. Sekarang save. Worait… sekarang ni.. dah abes part yang susah. Sekiranya anda rasa, kurang faham.. anda boleh merujuk tutorial ini dalam Bahasa Inggeris di sini.

16. Sekarang??? Hahahah… part yang paling senang nak install Wordpress Engine kedalam server yang kite dah setup tadi. Macam mane? Sila perhatikan folder ini:-
D:\wamp\www

17. Sekarang download dulu Wordpress Engine 2.7

image 18. Kemudian EXTRACT file wordpress tadi ke dalam folder D:\wamp\www\ dan ianya akan nampak seperti rajah diatas~

image 19. Worat…. lege… lepas ni cume tinggal nak setup wordpress jer la. Caranya, pergi ke browser anda dan taip address ni:- http://localhost/ <—sahaja~ dan main-page configuration wordpress akan muncul. Perhatikan rajah diatas… Itu adalah WIZZARD PAGE… wallaaa~

20. So kalau tak sabar… bleh laa terus tekan Create Configuration File. keh keh keh keh~

Ok ar… semua Kreuger hentikan dulu tutorial ni buat sementara waktu. Untuk pelajaran akan datang… kite akan belajar cara-cara untuk Setup Wordpress Configuration File.

Selamat Mencube~

kreuger-sign-small

12 ulasan:

  1. waahh...
    sy nak try esok la bro..
    he3..
    ayway..
    nice blog
    nk donlod bende2 alah tu dulu
    tapi esok la..
    sy nak try sesaje..keh3

    BalasPadam
  2. --------------------------------------------------

    Loque
    Ok ok... try laa... kalau tak paham, nanti
    bleh tanye ok... semua tutorial kat atas adalah
    percuma... tapi untuk kegunaan sendiri jer.
    Bukan untuk diperdagangkan... keh keh keh~

    --------------------------------------------------

    BalasPadam
  3. aku nk try tp tak paham hehee tp nk komen gak ;)

    BalasPadam
  4. --------------------------------------------------

    Bro Zariel
    Keh keh keh.. bro, buat jer kat pc tuh.
    atlease boleh jadik offline blog ma. cume
    kite sorang je ar yang bace. seswai utk
    mereka yang baru nak mula kenal WP kire cun gak~

    --------------------------------------------------

    BalasPadam
  5. Hmm nampaknya ko dah tahu apa nk buat dgn pc ko tuh. gud2. kalau ko pkai linux, aku kasi link utk ko blaja.
    V-TecH

    BalasPadam
  6. uiks..akak dah la bute IT....xpelah..bacalah ekkk

    BalasPadam
  7. pening kepala bab2 komputer ni..adehhhhhhh

    BalasPadam
  8. lame dah mar tak singgah sni.. salams...

    BalasPadam
  9. -------------------------------------------------

    Akak LadyLIKEMe
    Kekeke... lepas ni kalau sambung belajar..
    sure tak buter dah... tak sesuai laa perkataan
    bute... pakai laa.. rabun ke.. ape ke... ekeke~

    Akak Cendawan
    Tak pe akak.. slow slow laa, belajar stakat
    termampu.. kalau force sangat bleh mereng gak.

    Ungu Violet
    Huhuhu... mereka datang dan mereka pergi.
    Tadek sape bleh sekat kebebasan manusia lain.
    Even kalau kene kurung pon depa still bleh
    berkate-kate.

    BalasPadam
  10. aku mula2 dulu..guna benda ni la nak wat site or blog...

    BalasPadam
  11. ...kruger lame tak update blog ni..heheee

    BalasPadam
  12. --------------------------------------------------

    Skid
    Erm... mende alah ni simple jer.. tapi bukan
    dari jenis hard core... sebab server window
    based ni kebanyakkan manja.. dan renyah nak
    maintenance.

    Jai - AkuSape
    sorry ler jai... aku sejak kebelakangan ni
    sebok skit la... tak sempat pon nak sharing ape
    ape kat sini... nanti bile dah free, bleh ar~

    ------------------------------------------------

    BalasPadam

---=[Prepare2Die]=---
Kreuger® since 2007 begin a blogger.
Kindly please leave your comments.
Thanks~

Blog Kegemaran Kreuger