Khamis, 27 Mac 2008

mIRC Scripts - Membuat Bot IRC - Pengenalan


Salam sejahtera semua.

Aku ade menerima pertanyaan dari kengkawan yang ingin untuk menjadikkan mIRC sebagai Bot atau dalam bahase aku sendiri:- Kahdam IRC.

Bleh kate ramai yang masih tak tau macam mane untuk jadikan mIRC ni sebagai bot yang akan menjaga dan memelihara Chanel kesayangan mereka.

Di sini aku akan terangkan serba sedikit kaedah-kaedah dalam pembuatan mIRC Bot.


Bagi anda yang berminat untuk membuat bot peliharaan :p anda mestilah mahir dengan arahan-arahan mIRC yang dah tersedia ada. Untuk mendapatkan segala arahan ini, anda boleh dapatkan/membaca mIRC.hlp.

Perkara asas yang anda perlu tahu bagi proses ini adalah:-
1. Remote
2. Identifier
3. Alias
4. Variable

1. Remote - berfungsi sebagai penjana/nadi kepada script² anda. Ianya berkait antara satu same lain, ia menggabungkan Identifier, Alias dan Variable kepada satu fingsi yang menjadikan mIRC anda seolah-olah dikandalikan oleh anda secara manual. Tetapi ia sebenarnya berlaku secara automatik berdasarkan kepada trigger² yang anda kehendaki.

2. Identifier - ianya adalah ringkasan kepada Alias² sama ada yang anda cipta sendiri mahupun dari alias (arahan mIRC) yang telah terbina dalam. Sebagai contoh mudah Identifier ialah seperti contoh berikut:-
Ciptaan Sendiri - $suka-hati, $tulis, $tendang.semua, dan sebagainya.
Terbina Dalam - $read, $time, $address, $server, $me dan sebagainya.

3. Alias - Adalah terdiri daripada satu arahan mIRC ataupun gabungan arahan-arahan mIRC yang anda telah kompile-kan untuk menjadi satu arahan baru. Anda boleh bezakan seperti yang tercatat dibawah:-
Arahan Terbina Dalam - /server, /say, /echo, /write, /me

Arahan Anda Cipta - ianya boleh jadi panjang atau pendek. Sila lihat dibawah.
***Cuba cut & paste dan letak code ini pada REMOTE mIRC anda (bukan paste dlm alias)***

alias percubaan {
echo -a Ini adalah percubaan dari saya
echo -a Percubaan untuk membuat script pertama
write -n cuba.txt Ini pula adalah percubaan untuk menulis ke dalam notepad secara auto.
write -n cuba.txt Barisan ke dua dalam percubaan menulis auto dalam notepad.
echo -a Selepas ini akan menjanakan fungsi membuka fail yang telah ditulis:- cuba.txt
run cuba.txt
echo -a Percubaan selesai dan tamat.
}
~Pada status windows mIRC anda, sila taipkan:- /percubaan
Perhatikan ianya dijana menjadi 1 kompilasi program yang menjalankan fungsi yang telah ditetapkan oleh anda tadi. Sebelum sesuatu script itu dijalankan secara online, ada baiknya anda membuat comand/arahan/alias ini secara offline. Ini juga bergantung kepada keadaan dan fungsi sesuatu arahan itu diwujudkan.

4. Variable - ianya berfungsi untuk menyimpan data-data pemboleh ubah supaya data ini dapat dicapai oleh script anda apabila diperlukan. Kebiasaannya Variable yang mudah mempunyai tanda % dihadapan perkara pemboleh ubah tersebut. Contoh dibawah ialah gabungan Alias dan Variable.
Contoh:-

alias variable-test {

echo -a *** Ini adalah contoh membuat variable
echo -a Mula-mula setkan variable anda.
set %cubaan1 Saya suka
set %cubaan2 makan ayam
echo -a Apa yang anda set pada % $+ cubaan1 = %cubaan1
echo -a Apa yang anda set pada % $+ cubaan2 = %cubaan2
echo -a --->Sekarang gabungkan 2 variable<---
echo -a Cubaan1 + Cubaan2 = %cubaan1 %cubaan2
}


***Cuba anda cut & paste kedalam REMOTE anda.
~Pada status windows mIRC anda, sila taipkan:- /variable-test

Diharap dengan pendahuluan kite pada kali ini, dapat la kengkawan semua betul-betul memahami tentang fungsi sebenar ape yang orang lain selalu katekan tentang:-
Remote, Identifier, Alias dan Variable.

Semoga anda semua takkan terpinga-pinga lagi selepas ni.
Nasihat aku supaya nkorang boleh menjadi IRC scripters yang berjaya. Percayalah, membuat mIRC Script ni adalah satu yang menyeronokkan bagi aku. Banyak fungsi mIRC Script yang dapat nkorang janakan supaya mIRC Script ini boleh bertukar daripada sesuatu yang membosankan kepada aplikasi komputer yang anda gemari.

Aku telah berjaya membuat database program hanya dengan menggunakan mIRC Script dan ditokok tambah dengan advance skill iaitu menggunakkan mirc DLL. Rase macam best lepas dah berjaya untuk aku gunakan dipejabat aku.


Jangan tak percaya.... ianya telah berjaya aku buat. Transform your bored mIRC to your best favorite application.

Semoga umur panjang dan kite akan bertemu dalam siri akan datang.
Kreuger®

Isnin, 24 Mac 2008

Computer - Kaki Download.Com








Salam Bahagia.

Tentu ramai antara kengkawan semua yang gile download.
Kepada kaki-kai download semua, anda boleh mendapatkan perisian yang nkorang idamkan tak kire ape jenis sekali pon melalui 2 website yang aku intro ni.

Download.Com - adalah salah satu website untuk kaki-kaki gile download untuk mencube sebarang perisian yang nkorang minat sebelum nkorang membeli secara sah. Untuk pembelian, nkorang boleh lakukan secara online ataupon nkorang boleh pegi beli sendiri kat kedai-kedai komputer yang menawarkan perkhidmatan membekal perisian yang sah.

Phazeddl - website ini plak agak jahat skit. Menawarkan perkhidmatan untuk mencari perisian Lanun (Pirates Software). Tapi bukanlah tujuan utama website ini dibuka untuk matlamat tersebut. Ianya adalah untuk kegunaan persendirian dan sebagai pembelajaran semata-mata. Jangan pulak nkorang download kat website ni, pastuh pegi install kat komputer opis nkorang pulak. Kompom kalau kementerian buat sportcheck nkorang kantoi.

Untuk link kedua-dua website ni nkorang boleh dapati di:-

1. www.download.com
2. www.phazeddl.com

Bercerita tentang download-mendownload ni, pastikan lah setiap kali nkorang download sesuatu perisian tu, nkorang scan dulu. Manelah tau kot-kot ade backdoor, spyware ataupon virus.
Jangan terlalu yakin dengan kate-kate manis dari penulis website tersebut yang menyatakan website mereka bebas dari segala ancaman berikut. Sentiasalah ambik langkah waspada.

Ini pernah terjadi kat diri aku sendiri. Habis punah pc aku. Terpaksa format semula gara-gara mendownload WAREZ SOFTWARE.

Tips Download:-
1. Sentiasa scan file yang anda download sebelum install ke dalam komputer anda.
2. Jangan download file yang tibe-tibe popups suruh nkorang download.
3. Sekiranya semasa proses download, anda terjumpa ade perisian mencurigakan, terus delete.
4. Update antivirus anda selalu.
5. Jangan sesekali menggunakan keygen, crack, patch dsb untuk mencari kat search engine. Percayalah... nkorang akan menyesal~

Semoga hasil pencarian anda menemui 1 perubahan yang baru.

Selamat Mencuba,
Kreuger®

Computer - XP to Vista Look

Salam sejahtera untuk kengkawan semua.

Pernah tak nkorang terpikir untuk upgrade PC nkorang dari Windows XP ke Windows Vista? Nak upgrade... tapi tak cukup bajed....

Ini berita gembira untuk nkorang yang berhajat demikian. Dari ape yang nkorang tengok kat gambar yang aku publish ni adalah desktop themes aku yang dah aku berjaya konvert dari Windows XP kepada Windows Vista.

Website yang menawarkan perkhidmatan secara percuma ini boleh nkorang dapati di:-
http://www.crystalxp.net

Secara puratanya website ni memang best bagi anda penggemar menghias Desktop PC kepada design yang lebih menarik serta unik.

Sekarang PC aku dah tak payah nak beli Windows Vista yang kekadang macam sengal, susah nak detect plug n play. Still maintain main engine aku WinXP SP2 tapi dengan Vista Look.

Website ni dijamin selamat dari backdoor. Sebab semenjak aku pasang software ni, so far tak pernah lagi ade gangguan kat PC aku. Tapi kalau nkorang tak caye, bleh scan dulu tiap kali korang mendownload ape-ape software dari Website ni.

Autobots...Transform,
Kreuger®

Sabtu, 22 Mac 2008

KERJAYA - Cold Storage

Berita terkini dan peluang kerjaya untuk nkorang.

Aku mendapat tahu GCH Retail Cold Storage (link with GIANT Malaysia) telah membuat 1 offer yang bagi aku sangat baik untuk nkorang yang belum mempunyai pekerjaan tetap.

Ade banyak jawatan yang ditawarkan. Sempena pembukaan Cold Storage di Mont Kiara dijangka pada penghujung bulan 4 ni, pihak pentadbiran mereka memerlukan anda yang berpengalaman untuk tampil di sesi temuduga.

Sila tampil ke tempat temuduga seperti yang dinyatakan di dalam gambar di atas. Kalau gambar tuh kecik sangat, korang boleh klik kasik beasr.

Jangan tunggu lagi.. dari nkorang memperabih duit mak bapak, dok bertenet tak tentu hala.. baik nkorang carik duit. Boleh laa sara keluarga.

Rebutlah peluang ketika masih ada. Jangan nkorang nyesal kendian sudah. Korang pikir lah sendiri. Ape nak jadi......

Kreuger®

Jumaat, 21 Mac 2008

BERITA - Melayu Bersatu

Satukan Melayu -- Deklarasi 25 NGO sepakat tubuh Barisan Bertindak Perpaduan
KUALA LUMPUR 20 Mac – Sebanyak 25 pertubuhan dan badan amal Melayu/Islam sepakat menubuhkan Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) yang akan memainkan peranan menyatukan orang Melayu tanpa mengira fahaman politik demi menjaga kepentingan bangsa dan memelihara kesucian agama Islam.

Dipetik dari Utusan Malaysia Online 22 March 2008 Jam 12.00pagi.

Sedikit ulasan dari aku:-
Alhamdulillah, akhirnya dah ade persatuan khas untuk orang Melayu membela nasib Melayu. Semangat yang aku pendam selame ni nampaknye kembali berkobar untuk Membela bangsa sendiri dari dicerca dan ditindas.

Tapi, ini tidak bermakna bile dah ade persatuan NGO macam ni, kite bebas untuk mengkritik dan menjatuhkan maruah bangsa lain. Dari segi moralnya... lu orang pikirlah sendiri~

Semoga bangsaku terus maju dan berdaulat dibawah panji Duli Tuanku.

Hiduplah TUAH, Kembalilah JEBAT. Kami semua menanti kedatangan kalian untuk bersama membela nasib bangsa yang kian hari kian ditindas tanpa disedari.

Bangkitlah Bangsaku,
Kreuger®

Selasa, 18 Mac 2008

Computer & Internet - New DYNDNS Updater

Ok kengkawan semua, rasenye lame dah aku menulis kat blog ni.

Entri aku kali ni nak promote pasai tools untuk update IP PC nkorang ke DNS Hostname yang nkorang minat.

Ceritenye macam ni, kepada sesiape yang berhajat untuk menjadikan pc
nkorang sebagai server, nkorang boleh la mendownload DNS Updater ni dialamat:- http://www.dyndns.com/ tapi nkorang mesti laa register
dulu. Register adalah percuma!

Dengan perkhidmatan yang disediakan oleh DYNDNS ni nkorang
boleh transform IP nkorang yang nak dijadikan webserver seperti:-
http://215.41.3.12 kepada http://warirc2.ath.cx

Apa menariknya perisian DNS Updater Tool ini diberi secara
percuma oleh DYNDNS. Ini bertujuan supaya setiap kali
nkorang restart pc, (Pengguna IP Dinamik) akan berubah IP, maka
dengan adanya perisian ni, IP Address nkorang akan sentiasa di-update
ke DNS Server.

Perisian ini adalah sah dari segi perlesenan oleh pihak DYNDNS dan ianya juga telah stable untuk versi 3.1.0.15 bagi pengguna Windows O.S.

Untuk pengetahuan nkorang jugak... DNS Domain yang diberi secara percuma
ni mempunyai pilihan-pilihan seperti berikut:-
  • ath.cx
  • blogdns.com
  • blogdns.net
  • blogdns.org
  • blogsite.org
  • boldlygoingnowhere.org
  • dnsalias.com
  • dnsalias.net
  • dnsalias.org
  • dnsdojo.com
  • dnsdojo.net
  • dnsdojo.org
  • doesntexist.com
  • doesntexist.org
  • dontexist.com
  • dontexist.net
  • dontexist.org
  • dvrdns.org
  • dyn-o-saur.com
  • dynalias.com
  • dynalias.net
  • dynalias.org
  • dyndns.biz
  • dyndns.info
  • dyndns.org
  • dyndns.tv
  • dyndns.ws
  • endofinternet.net
  • endofinternet.org
  • endoftheinternet.org
  • ftpaccess.cc
  • game-host.org
  • game-server.cc
  • getmyip.com
  • go.dyndns.org
  • gotdns.com
  • gotdns.org
  • ham-radio-op.net
  • hobby-site.com
  • hobby-site.org
  • home.dyndns.org
  • homedns.org
  • homeftp.net
  • homeftp.org
  • homeip.net
  • homelinux.com
  • homelinux.net
  • homelinux.org
  • homeunix.com
  • homeunix.net
  • homeunix.org
  • is-a-chef.com
  • is-a-chef.net
  • is-a-chef.org
  • is-a-geek.com
  • is-a-geek.net
  • is-a-geek.org
  • isa-geek.com
  • isa-geek.net
  • isa-geek.org
  • kicks-ass.net
  • kicks-ass.org
  • merseine.nu
  • mine.nu
  • mypets.ws
  • myphotos.cc
  • office-on-the.net
  • podzone.net
  • podzone.org
  • scrapper-site.net
  • scrapping.cc
  • selfip.biz
  • selfip.com
  • selfip.info
  • selfip.net
  • selfip.org
  • servebbs.com
  • servebbs.net
  • servebbs.org
  • serveftp.net
  • serveftp.org
  • servegame.org
  • shacknet.nu
  • thruhere.net
  • webhop.biz
  • webhop.info
  • webhop.net
  • webhop.org
Apa yang nkorang mesti tahu ialah setiap 1 pendaftaran user account
akan mendapat 5 domain secara percuma. Bagi pengguna yang suka kumpul domain sendiri, korang bleh daftar melalui DYNDNS dengan membuat pembayaran untuk domain berdaftar nkorang tu.

Bagi aku, secara keseluruhannya, website ni adalah selamat. Tapi mesti diingat, kalau nkorang pakai PORT Forwarding @ IP Forwarding, port anda terdedah kepada ancaman-ancaman anasir yang tak berpaedah. Ini kerana
sofrware ini boleh membuka bermacam-macam port pada sambungan internet
yang ada pada pc nkorang. Sila berhati-hati.

Maka dengan itu aku nasihatkan nkorang memasang perisian Firewall yang
power ranger
supaya pc yang nkorang host sebagai server menjadi selamat. Nkorang dinasihatkan supaya hanya membuka port 80 untuk webserver
atau6667,6668,6669,7000 bagi yang ingin menyediakan perkhidmatan
IRC Chat Server.

Selamat Berjaya,
Kreuger®

Isnin, 10 Mac 2008

Info Komputer - Real Player New Version

Akhirnya... kuar jugak Real Player Versi terbaru.
Versi kali ini adalah:- Version 11

Banyak jugak kelebihan yang ade pada Real Player kali ni. Antaranya nkorang boleh download cerite-cerite yang macam best direct ke pc nkorang. Pas tu, terus burn ke dvd.

Dengan kemudahan SuperPass mesti nkorang tak kecewa. Bagi trial version selama 14 hari, nkorang punye ability banyak.

Antaranya, Direct Download movie yang korang suke, muzik nengok series TV secara stream
dan banyak lagi laa... Kalau free version, keupayaan die agak limited laa skit.
Sape nak kasik nkorang free-free pas tuh dapat memacam :p kekkekekke.....

Jadi, kepada yang berminat untuk mendapatkan player ni, boleh le berbuat demikian
di talian hayat:- http://www.real.com

p/s:- Lupe nak kasik tau, yang player dari Real kali ni support memacam jenis
format video dan audio. Maknenye, nkorang tak payah lee lagi nak pening kaplak
carik warez converter untuk convert movie dari handset nkorang ke vcd @ dvd.
Memang macam best jer. Tapi tuh dieorang laa kate (Real Company)

Selamat Mendownload,
Kreuger®

Ahad, 9 Mac 2008

TIPS BANJIR - Timer Auto Ping

Kepada kengkawang ayang ade masalah dengan server laging,
atau nkorang tak sure...nkorang lagging atau server yang lagging.

Jadi aku sarankan nkorang pakai timer auto ping.
/timerping 0 5 ping $server
Ini bertujuan untuk kite set auto ping ke server untuk memastikan yang kite tak
lagging.

Kat mane nak letak? Nkorang bleh letak kat mane-mane event yang korang suke.
Sebagai contoh terbaik, nkorang boleh letak kat on connect.
Macam contoh kat bawah ni:-
on *:connect: { ns identify password | timerping 0 5 ping $server }
***Text berwarna hijau boleh ditukar

Semoga berjaya.
Kreuger®

Sabtu, 8 Mac 2008

Nombor Baik

Nkorang mesti ade hobi yang boleh dianggap pelik ataupon yang lain dari yang lain kan?

Bagi aku pulak, aku ade 1 hobi yang aku rase jarang orang suke. Suke menghabiskan lagi ade laa..

Hobi aku suke mengumpul duit yang mempunyai Nombor Siri yang aku anggap macam best untuk diri aku.

Sebenarnya nombor-nombor tuh tak membawa ape-ape makne pon. Lebih-lebih lagi kepercayaan kepada nombor bertuah. Semua tuh aku tak percaye. Tahyuuullll.....

Tapi disebalik susunan nombor siri yang ade pada sesuatu duit tulah yang menyebabkan aku menyebabkan aku sayang nak pakai duit tuh. Bebab kalau tengok nampak wallet aku berseri walaupon tengah tadek duit. Still maintain~

Lalu aku simpan jek dalam wallet aku untuk ditunjuk kat kengkawan. Upernye I'm not alone dalam hobi mengumpul duit ni.. Member tempat kije aku pon same naik.

So, memasing menunjukkan la diaorang punya duit diaorang. Chait... lagi cun upernye. Pas tuh aku nak beli, diaorang tak kasik. Hampeh punye kawan....

Jadi, kalau nkorang ade siri number cantek punya, jangan lupe tinggalkan note nkorang kat blog ni. Mane tahu kot-kot aku berminat, aku mungkin sanggup beli walaupon nilai tinggi!!!

Duit duit... dimana kau duuuiiittt....
Kreuger®

Khamis, 6 Mac 2008

Info Banjir - Berita Gembira

Akhirnye... ini adalah berita yang amat gembira untuk semua penghuni-penghuni Taman #Flood.

Server WarIRC2.Ath.Cx telah beroperasi sepenuhnya dan terus beroperasi secara 24/7.


Terima kasih diucapkan kepada Master Nazh kerana dengan sumbangan beliau untuk menghidupkan kembali suasana ceria di Daerah Banjir.

Jutaan Terima Kasih yang tak terhingga jugak untuk nkorang yang telah mengundi Parti Perikatan WarIRC2 dan PowerKICK sempena pilihan raye Daerah Banjir kali ini.

Untuk keterangan lanjut, sila berhubung di pusat khidmat pelanggan di talian:-
/server warirc2.ath.cx atau /server powerkick.ath.cx sambungan #Flood

Harap Maklum~
Kreuger®

Rabu, 5 Mac 2008

TIPS BANJIR - Scripting Line

Jutaan terima kasih kepada Nick:- FirstKick yang telah mengetest script aku
dan ternyata derdapat bugs yang aku tak perasan mase aku paste ke dalam
entri aku kat blog.

Kepada kengkawan yang suke buat script dalam 1 line, contoh:-
if ($nick !== $me) { raw -q kick $chan $nick $reason | mode $chan +b $nick }

Pastikan nkorang tak tertinggal tanda | <--- kalau nak buat 1 line. Kalau tak pandai buat 1 line, buat macam tips aku ni. buat banyak line pon tak pe. Sebabnye, kekadang kite akan keliru dengan 1 line sebab semua command sumbat atas 1 line. Tuh yang jadik miss { laa... tertinggal | laaa tinggal [ laa....
Care yang simple sebagai tips contoh banyak line:-

if ($nick !== $me) {
raw -q kick $chan $nick $reason
mode $chan +b $nick
}


Selamat Mencube,
Kreuger®


Ahad, 2 Mac 2008

XIPERIA - X1 dari Sony Ericson

Nampaknye sekarang ni syarikat pengeluar telekomunikasi memasing bersaing untuk mengeluarkan gajed-gajed diaorang yang kebanyakkannya bagi aku dah macam teknologi Filem Star Trek.

Ni aku baru terbace kat laman web
Utusan Online tentang Sony Ericson akan melancarkan telepon pintar mereka.

Kelengkapan yang ade pada telepon ni memang tak bleh nak dipertikan lagi. Fungsinya dah memadai dengan sebijik complete set PC multimedia yang ade kat umah.

Pendek kate, inilah laptop pesen terbaru untuk pengguna yang ade kat muke bumi ni.

Secare keseluruhannya bleh dikatekan aku kasik... kalau 5 bintang dikire penuh, aku kasik 4.5 bintang untuk handpon ni. Semua ciri-ciri yang aku memang idamkan ade kat handpon ni.

Spesifikasi XPERIA X1
Pemain Media, PlayNow, Windows Media Player, Mobile, Permainan 3D, Radio FM, Java, Video, Internet Explorer Mobile, RSS, Panggilan Video, E-mel, Mesej Bergambar (MMS), Reka Bentuk, Panel XPERIA, Papan kekunci navigasi, Navigasi sesentuh, Sambungan, GPS, Bluetooth, Modem, Synchronization, USB, WLAN, dan Sistem Operasi Windows Mobile 6.0 antara fungsi yang tak pernah 1 handpon kasik full pakage macam ni. Susah nak carik ni :p~

Dalam mase yang same, ia juga turut dilengkapi dengan:-
Microsoft Outlook Mobile, Microsoft Office Mobile: Word, Excel, PowerPoint, Internet Explorer Mobile, Windows Media Player Mobile, Windows Live, Exchange ActiveSync dan Kawalan suara

Tetapi yang mengecewakan aku adalah kameranya hanya 3.2 Mp. Sungguh sadih bagi sebuah telepon yang canggih manggih cume ade kamera 3.2Mp jek~ Tinggi lagi pixel N95 aku 5Mp

Disebabkan alasan ni... aku pon berkate di dalam hati:-
"Rilek dulu laa... toksah nak beli lagi, Kamera die 3.2"
itu yang membuatkkan aku pikir banyak kali ni....

Aku yang gile gadjet,
Kreuger®

Jamal - Saleem Bergabung Satu Pentas


Saleem dan Jamal Abdillah, dua ikon industri hiburan ini antara selebriti yang boleh dianggap sebagai bertuah. Mereka berdua bertuah kerana masih lagi diperlukan walaupun hakikatnya mereka hadir dengan pelbagai peristiwa hitam sepanjang melibatkan diri dalam bidang seni.

Malah masyarakat juga tidak pernah menyisihkan mereka sekali pun Jamal dan Saleem pernah ditahan akibat penyalahgunaan dadah.
(Utusan Online 02/03/2008)



Komen Penaja:- Sememangnya kehadiran otaimer berdua ni memang aku tunggu-tunggu tarutama apabila aku mendapat tahu yang mereka ni akan membuat Konsert Amal Kasih pada 11 April 2008. Bertujuan untuk mengutip derma bagi menyalurkan bantuan/dana kepada Persatuan Pengasih Malaysia (membantu mereka yang memerlukan untuk pulih dari menagih bahan terlarang) Mesti Best punyaaa~

Aku amat respek segala usaha mereka terutama dalam membebaskan diri mereka dari dibelenggu dengan ketagihan bahan terlarang. Setiap orang mesti melalui 1 pengalaman hitam yang mengajar diri untuk menjadi lebih tabah dan sentiasa bersedia menghadapi cabaran-cabaran yang bakal mendatang.

Tidak seharusnya kite semua menyisihkan dia kerana kesilapan yang telah terjadi, kerana sesuatu yang terjadi keatas umat manusia itu terdapat hikmah dah hidayah dari-Nya.

Bersama-sama kite mengambil ikhtibar atas setiap musibah yang menimpa, supaya pengajaran dari perkara yang berlaku dapat dijadikan iktibar untuk kite yang bergelar manusia.

So... untuk konsert Otaimer 2 orang ni, jom kite pakat pergi ramai-ramai. Sambil berhibur, sambil menderma. 2 dalam 1. Bertempat di Dewan Pleno, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Peminat juga boleh melayari laman web www.ticket2u.biz untuk membuat tempahan. Tiket-tiket dijual dengan harga RM90, RM135, RM215, RM285 dan RM350.

Tak sesabo nak tunggu 11 April 2008,
Kreuger®

Buat Kerja Sia-Sia


Aduishhh..... alangkah penatnye aku semalaman setelah sehari semalam mengerjakan PC lame aku untuk dihidupkan kembali, namun percubaan aku gagal setelah mendapati 3 hard-disk aku telah corupted.

Bikin panas betoi laa... Nasib baiklaa engkau ni Pentium II 233Mhz wakakakakakka!!!!!

Hari tuh aku dah reper dah, so dah elok. Tapi disebabkan anak sedare aku plak terlampau HACKERS, die bantai pegi off je switch pc aku ni tanpa meng-shutdown-kan dulu!

Ape lagi... terus laa pc ni kejung selepas aku cuba membuat CPR untuknye semula... Mula-mula haritu, mau jugak menatang ni idup dan maintain dengan Sistem Operasi WinXP SP2 dengan dijanakan dek kuasa Intel Processor Pentium II 233Mhz :p~ bersama-sama SD-RAM 64Mb

Kuakakakakka sungguh lawak... yang peliknye boleh plak hidup menatang pc ni. Tapi sekarang die dah merajuk. Pelbagai care aku cuba buat. Tapi still tak berjaya.

So harini, aku nak repair lagi sekali sampai boleh. Aku nak try swep motherboard die plak. Kalau tak boleh jugak hidup, aku lempaq kat Sungai Kelang.

Kalau nak ikutkan hati, dah lame aku campak engkau ni wahai pc-ku. Tapi disebabkan aku mengenangkan kau dah banyak berjase kat aku, aku berubah fikiran. Walaupon nko dah usang, tapi nko still penyelamat aku, sebab kalau nko rosak, nanti anak sedare aku mesti nak pakai pc aku plak. Mane Boleh~

Haru-Biru.
Kreuger®

Sabtu, 1 Mac 2008

Helper Aku Yang Cun Dan Helping

Ni sape plak ni? Ini lah die Namenye Baizura. Tapi sebelum nkorang buat kenyataan palsu, baik aku terangkan yang minah ni dah berpunya.

So, tadek chance laa ek~ termasuk le aku sendiri,
huahuahuahuahua!!!

Minah ni laa yang banyak menolong aku untuk setelkan semua paperwork aku yang dah carca merba cam haram jadah, tonggang langgang.

Tengok sekarang ni, die tengah buat promosi iklan Asam Boi Kecut. Cewah... siap lenggok cenggitu. Pandai le nko posing Bai~

Kerajinan minah ni, dalam menolong aku untuk menyetelkan paperwork aku yang tunggang-langgang cam orang nak terjun longkang, memang tak boleh dipertikai dan perlu direspek.

Nkorang jangan ingat minah yang sempoi ni skolah sampai tingkatan 5 ek...
Dia ni adalah lepasan GRADUAN yang SUCCESS dari UTM Skudai, Johor tuuu....

Kerajinan nko, aku ucapkan jutaan timer kasih lee Baizura! Jasamu tetap ku kenang sampai bile-bile.

Regards,
Kreuger®

www.suka-wayang.com


Salam sejahtera untuk kengkawan semua.... Ini dia antara salah sorang kawan baik aku yang sempat aku SNAP gambarnya untuk tatapan nkorang.

Mamat ni dipanggil dengan name Jones. Antara salah sorang player team futsal tempat kije aku. Kegemaran mamat ni plak ngular-ngular sambil wayang-wayang depan kamera cctv. Nkorang nengok je laa time nak snap... sempat plak posing konon tengah rajin bekerja. Kompom laa kau bulan ni bonos lebih Jones~

Tapi yang best mamat ni, die main futsal...perghh menangis beb... macam Ronaldinho :p~

So kepada sesiape awek-awek kat luar tuh... Jones masih single, dan dia mintak aku tolong promote untuk diri dia. Wakakakka... kalau nak kontek die, sila tinggalkan no telefon nkorang semase reply entri ni.

TQ,

Kreuger®

Sarang ANAKONDA

Kengkawan sekalian... jangan nkorang terkejut plak dengan entri aku kali ni.. Aku mempersembahkan kat nkorang Sarang Anakonda aku @ Bilik Server Aku.... wakakaka
Sadis betoi laa... aku memang tadek kesempatan lee nak buat senggaraan kat bilik server aku.

Bilik server aku ni, tadek laa besar sangat, tapi kalau sape masuk kompon tak leh nak jumpe jalan keluar.

Nkorang tengok je laa dengan wayar berselirat cam anakonda tengah mengawan, ditokok tambah plak dngan barang-barang GROCERY yang bebudak store aku pg taruk plak kat situ. Sesedap hati nkorang jek ek~

Kalau laa bombe datang buat inspection... jenuh aku nak menjawab ni. Kompom kene dende.
Oh aduhai... selamatkan laa bilik server aku dari tangan-tangan perosak ni!

Sadis Sungguh,
Kreuger®

Geng Futsal CSKL

Memperkenalkan inilah die, Geng Futsal CSKL tempat aku bekerja.
Kitorang bermain setiap hari Ahad.

Lepas penat-penat balik kije, memasing berderas pg tukar baju plak... transform
ke-ala-ala pemain Pro-Street Socker.

Kalau tengok dressing... masing-main dah macam pemain pro! Tapi... alangkah
bertuahnye kalau itu adalah kenyataan. Kekekekeke~

Tapi setiap minggu kami akan buat perbincangan tentang pasukan kitaorang. Kunun-kunun
macam postmoterm laa cenggituh.

Setakat ni, kami dah ade 2 team CSKL-A dan CSKL-B yang boleh dikatekan semakin
lame main, semain cun. Gua respek laa lu orang...
(nanti kite mintak supplier kasik sponser baju utk team kite ek....)

Majulah Sukan Untuk CSKL
Kreuger®

Blog Kegemaran Kreuger