Ahad, 2 Mac 2008

Jamal - Saleem Bergabung Satu Pentas


Saleem dan Jamal Abdillah, dua ikon industri hiburan ini antara selebriti yang boleh dianggap sebagai bertuah. Mereka berdua bertuah kerana masih lagi diperlukan walaupun hakikatnya mereka hadir dengan pelbagai peristiwa hitam sepanjang melibatkan diri dalam bidang seni.

Malah masyarakat juga tidak pernah menyisihkan mereka sekali pun Jamal dan Saleem pernah ditahan akibat penyalahgunaan dadah.
(Utusan Online 02/03/2008)



Komen Penaja:- Sememangnya kehadiran otaimer berdua ni memang aku tunggu-tunggu tarutama apabila aku mendapat tahu yang mereka ni akan membuat Konsert Amal Kasih pada 11 April 2008. Bertujuan untuk mengutip derma bagi menyalurkan bantuan/dana kepada Persatuan Pengasih Malaysia (membantu mereka yang memerlukan untuk pulih dari menagih bahan terlarang) Mesti Best punyaaa~

Aku amat respek segala usaha mereka terutama dalam membebaskan diri mereka dari dibelenggu dengan ketagihan bahan terlarang. Setiap orang mesti melalui 1 pengalaman hitam yang mengajar diri untuk menjadi lebih tabah dan sentiasa bersedia menghadapi cabaran-cabaran yang bakal mendatang.

Tidak seharusnya kite semua menyisihkan dia kerana kesilapan yang telah terjadi, kerana sesuatu yang terjadi keatas umat manusia itu terdapat hikmah dah hidayah dari-Nya.

Bersama-sama kite mengambil ikhtibar atas setiap musibah yang menimpa, supaya pengajaran dari perkara yang berlaku dapat dijadikan iktibar untuk kite yang bergelar manusia.

So... untuk konsert Otaimer 2 orang ni, jom kite pakat pergi ramai-ramai. Sambil berhibur, sambil menderma. 2 dalam 1. Bertempat di Dewan Pleno, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Peminat juga boleh melayari laman web www.ticket2u.biz untuk membuat tempahan. Tiket-tiket dijual dengan harga RM90, RM135, RM215, RM285 dan RM350.

Tak sesabo nak tunggu 11 April 2008,
Kreuger®

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

---=[Prepare2Die]=---
Kreuger® since 2007 begin a blogger.
Kindly please leave your comments.
Thanks~

Blog Kegemaran Kreuger