Khamis, 31 Julai 2008

All My Life – My Love Story

image

I will never find another luva sweeta than you,
Sweeta than you
And I will never find anutha luva more precious than you
More precious than you
Girl you are
Close to me you're like my mother
Close to me you're like my father
Close to me you're like my sister
Close to me you're like my brutha
You are the only one my everything and for you this song I sing
And all my life
I've prayed for someone like you
And I thank God that I, that I finally found you
All my life
I've prayed for someone like you
And I hope that you feel the same way too
Yes, I pray that you do love me too
I said you're all that I'm thinkin' of.....baby
Said, I promise to never fall in love with a stranger
You're all I'm thinkin' of, I praise the Lord above
For sending me your love, I cherish every hug
I really love you
And all my life, baby, baby, I've prayed for someone like you,
And I thank God that I, that I finally found you, baby
All my life I've prayed for someone like you
And I hope that you feel the same way too
Yes, I pray that you do love me
You're all that I ever known
When you smile, on my face, all I see is a glow
You turned my life around
You picked me up when I was down
You're all that I ever known
When you smile on your face all I see is a glow
You picked me up when I was down
You're all that I ever known
When you smile on your face all I see is a glow
You picked me up when I was down
And I hope that you feel the same way too
Yes I pray that you do love me too
All my life
I've prayed for someone like you
And I thank God that I, that I finally found you
All my life I've prayed for someone like you
Yes, I pray that you do love me too
All my life I've prayed for someone like you
And I thank God that I, that I finally found you
All my life I've prayed for someone like you
Yes, I pray that you do love me too

Artist:- K-Ci & Jojo

Reviewed by:- Kreuger®. I dedicated this song to My Love.

Isnin, 28 Julai 2008

Dial-Up Broadband – Connection Lebih Laju, Tak Caye? Test!!!

open-network connection 11

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Agak lame jugak aku ketinggalan dalam proses megupdate blog. Dikesempatan pembukaan entri pada kali ni aku nak mintak maaf kepada kengkawan yang selalu lawat blog ni. Aku mengucapkan terima kasih bebanyak kat nkorang.

Atas alasan ni, aku gagahkan jugak utk menjawab soalan dari sorang blogger iaitu Humble&Modest mengenai Membuat Sambungan Broadband Menggunakan Kaedah Dial-Up.

Jadi, kepada anda yang dah tau… aku amat mengharapkan komen anda mengenai kaedah ini. Dari apa yang aku perhatikan, jika dibandingkan (ambil Contoh Celcom Broadband dan Hua Wei USB Modem) default usb modem connection dan Dial-Up connection, apa yang dapat aku lihat perbezaan speednya jauh lebih laju connection jenis Dial-Up. Ini berdasarkan kepada pengalaman aku sendiri. Lagipon kaedah ini tidak lah meneyebabkan anda terpaksa membayar caj tambahan.

So, Kaedahnye secara langkah-demi langkah adalah seperti dibawah ini:-

open-network connection 1

Klik START button dan buka Control Panel

network connection icon

Double KLIK ikon Network Connection.

Create New Connection

Daripada kekotak window Control Panel, Klik Create A New Connection.

connection wizard 1

Daripada sini, kekotak New Connection Wizard dibuka, sila klik Next.

open-network connection 2

Daripada sini, pilih pilihan Connect to the Internet dan klik butang Next.

open-network connection 3

Selepas itu, buat pilihan Set up connection manually dan klik butang Next.

open-network connection 4

Kemudian wizard akan menunjukkan selection modem. Contoh di atas ialah aku menggunakan modem dari pembekal internet U-Mobile – modem:- ZTE Proprietary USB Modem. Sekiranya anda menggunakan modem Hua Wei, maka pilih lah modem tersebut.

open-network connection 5

Sekarang adalah proses untuk kasik nama sama nkorang punya internet connection. So, kat sini tiada syarat diperlukan. Letak la ape nama yang nkorang suke. Contoh kat sini, aku letak:- Internet Suka Hati. At least nkorang paham yang itu adalah internet connection nkorang. Jangan lupa butang Next.

open-network connection 6

So, sekarang ni pulak, anda diminta supaya mengisi nombot Dial-up. Masukkan no:- *99**1# kemudian tekan butang Next.

open-network connection 7

Erm… sekiranya anda berkongsi PC dengan kawan atau keluarga, dan ingin membenarkan mereka menggunakan Internet anda, maka pilih pilihan Anyone’s use dan My use only sekiranya anda tidak bercadang utk berbuat demikian. Butang Next jangan lupe.

open-network connection 8

Daripada sini, apa yang anda perlu buat ialah klik butang Next.

open-network connection 9

So dah selesai pon. Jangan lupa lirik untuk klik kotak Add a shortcut to this connectionto my desktop dan klik butang Next sekali lagi.

open-network connection 10

Hahaha… selesai jugak akhirmya. So, macam mane nak pakai connection yang dicipta tadi? Ingat tak nkorang ade letak shortcut kat Desktop? Kalau shortcut tu hilang… nkorang boleh jugak access connection tadi di:- Start –> Control Panel –> Network Connection –> Internet Suka Hati.

open-network connection 11

Kekotak dialer ini akan muncul. Jadi apa yang anda perlu buat hanyalah dengan klik butang Dial. Abaikan ruangan User Name dan password.

open-network connection 12

Paparan status akan menunjukkan seperti rajah di atas. Jeng jeng jeng… dah siap Broadband Connection Kaedah Dial-Up.

Jadi kepada yang masih menggunakan default modem dialer, dan merasekan connection internet nkorang seolah-olah macam siput belitung… apa kate nkorang cuba pulak kaedah ni. Selamat Mencuba dan Selamat Maju Jaya.

Kreuger®

Rabu, 23 Julai 2008

Penawar Bertukar Pasangan???

Assalamualaikum dan Salam Ceria.

Erm.. ape kes? Nkorang sendiri dah sedia maklum.. Sekiranya kerap bertukar pasangan ni memang mudah dapat penyakit berjangkit.

Haaa… tuh laa.. dah tau tapi masih tak ambik langkah keselamatan. Bebaru ni, semase aku buat sedikit research kat internet, aku dah menjumpai vaksin dan penawar kepada mereka yang suka bertukar pasangan. Ianya amat berkesan untuk kaum lelaki mahupon kaum perempuan yang suka tukar-tukar pasangan….

So…ceritanya bermula apabila anda bertukar-tukar pasangan antara Pendrive anda dan Komputer sekeliling... maka tersebarlah virus yang akan sakitkan kepala hotak anda.

Muahaha.... so jangan marah dulu. Sebab aku akan bagi penawar tersebut kat nkorang sekarang jugak. Gambar tuh hanya perhiasan semate mate... so utk download mende alah ni... klik laa kat link Disini :-D~

Nama filenya adalah Flash Disk Disinfector.exe. Pernah tak nkorang mengalami pendrive tak boleh nak double klik? Sebelum ni pakai kat PC lain ok... then tetibe kat PC nkorang tak bleh nak open secara double klik plak. Mahupon secara open manual... Kan leceh...

Jadi hilangkan pening kepala nkorang tuh dengan mende kecik nih. Simple... kecik, mudah dibawa dan dikendalikan. Hanya dengan care Double Click kat Flash Disk Disinfector.exe, maka penyakit seperti yang aku cakap kat atas tadi akan segera diubati kat PC anda.

Lepas penyakit dah baik... sila lah ambik langkah berjaga-jaga lepas ni. Kalau nak main...
bertukar pendrive atau pc tuh, ambil lah langkah keselamatan.

Selamat Mencuba dan Jangan Tukar Pasangan.... kekeke

Kreuger®

Ahad, 20 Julai 2008

Internet Services – Lu pikir lah sindiri…..

image

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ni mood aku agak ceria. Hahaha.. masalah kelmarin pon dah setel.

Oleh itu hari ni aku nak ulas sikit pasal persoalan yang kerap kali diajukan kepada aku oleh kengkawan mengenai perkhidmatan internet.

Ok, kat sini aku akan menceritakan serba sedikit pasai Internet Service yang ade kat Malaysia ni. Sama ada yang dah lame bertapak mahupon yang SETAPAK KL punye liputan… wakaka…

Untuk pengetahuan nkorang semua 4 service Internet ni aku pernah daftar dan pernah gunakan. So, based on my experience pasal citernye aku akan share dengan nkorang.

1. TM-Net Streamyx – Selalunya subscribernye akan menyifatkan TM-Net Streamyx sebagai TM-Nut. Aku pon heran. Dah la fixed line pon still ade gangguan talian. Ramai jugak subscriber merungut pasal services TM-Nut dah tak berape nak best.

  • Daftar agak leceh… berbaris panjang kat Kedai Telekom aka TM Point. Nak tunggu line masuk, nak tunggu cabling… nak tunggu Streamyx services lagi… lalala modem? Router? erm…
  • Bayar memang murah. Sekarang ni dah buat iklan mengatakan tiada sewa talian tetap.
  • Penggunaan tanpa had (unlimited)
  • IP Address – Dinamic, maknanya kite boleh download torents & Rapid Share secara direct. Best ma…
  • Kawasan Liputan - Seluruh Malaysia.
  • Meter Puas Hati - 6/10

2. Izzi – The very expensive first registeration. Fuh.. berpeluh. Tapi mobility. Syarikat iZZi ni dakwa kate diaorang pakai teknologi 4G… mane tah terbitnye.

  • Register - Utk pakage langganan 1 tahun iZZi-You ialah RM1.2k. Register kat Low Yat Plaza, B. Bintang KL
  • Bulanan - RM98.00
  • Penggunaan – Tanpa Had
  • Modem - USB Modem tanpa penggunaan SIM KAD... pelik.. tapi benar.
  • Dial Up - PPPoE Terminal
  • IP Address - Dinamik, boleh download RapidShare.
  • Kawasan Liputan - Masih lagi terikat kat kawasan Lembah Kelang, tapi semakin meluas.
  • Meter Puas Hati - 8/10

3. Celcom Broadband - Tetibe ingat iklan BIRU Celcom... ye biru.. macam jersi Man ni? Semua biru? 1 Rumah biru?.... iiiiyeee..... Biru... wakaka... Celcom service paling caring customer services. Aku memang kagum dan puas hati.

  • Register - Pakage DATA-CARD ialah RM68.00 tidak termasuk USB Modem. Aktivation 1 - 2 hari. Register kat Celcom Center
  • Bulanan - RM68.00 jugak. Tiada charge tersembunyi.
  • Penggunaan - Tanpa Had.
  • Modem - Dijual berasingan. Kalau ambik pakage... agak mahal, larat ke nak beli sampai RM4-rat???
  • Dial-Up - USB Modem Dialer atau Dial up terminal (no telefon utk 3G modem dialer ialah:- *99**1#)
  • IP Address - Iseymen... kantoi pulak...FIXED IP @.k.a Sharing IP dengan semua pengguna broadband Celcom. Jadi... tadek la RAPISSHARE... tak sharing laa macam nih.
  • Kawasan Liputan - Ketara dan memang berpuas hati.
  • Meter Puas Hati - 7/10

4. U-Mobile - La... takkan tak tengok ilkan kat TV??? Orang lain shopping besar-besar, ade mamat sorang tuh beli air can 1 biji jer. Entah... Aku tak reti nak komen iklan tuh.

  • Register - Memang murah dan termampu. RM50.00. Apa dapat? Modem free. Tapi kontract service mesti 2 tahun. Kalau tak kene bayar modem RM700± Aktivation service memakan mase 2± hari. Register kat Berjaya Times Square B. Bintang KL
  • Bulanan - RM68.00 dan tiada carge tersembunyi.
  • Modem - Kasik free mase register. Tapi mau service contract 2 taun. Ada pakai DATA-SIMCARD. Modem nipis dan kecil giler~ Kale hitam. Cun!!!!
  • IP Address - Kojol.... same jugak, tak boleh download RapidShare sebab kongsi IP dengan pengguna Broadband lain (pengguna setalian)
  • Kawasan Liputan - Masih terhad kepada pengguna yang berada disekitar Lembah Kelang. (Klang Valley)
  • Meter Puas Hati - 7/10

Diharap nkorang semua dapat manfaat dari apa yang aku paparkan pada kali ni.

Kreuger®

Khamis, 17 Julai 2008

Marah Tapi Rindu….

image Salam bahagia utk semua.

Lame jugak aku tak menulis entri. Hahaha… sejak sekian lame ade sedikit moody. Sebenarnya tadek ape pon nak diceritakan kan sini. Entri kali ni pendek jer.

Pada kali ni aku just nak share dan nak mintak pendapat nkorang pasal topic aku kat atas nih. Dah nkorang pon sedia maklum…. Alam bercinta ni mane ade tak pernah gadoh, mane ade tak pernah salah faham kan??? Macam tuh jugak laa dengan keadaan aku nih.

Bak kate Bro aku CybernaticMind & BrotherLove, ni cume dugaan celah kuku jer…. sungguh pon dalam keadaan marah… sekali-sekale aku usha telepon aku… manelah tau kot-kot ade msg dari si dia.

Aiiiihhh…. memang aku marah… tapi aku rindu…sentiasa mengharapkan mesej dari si dia. Eeeerrrmmm….(kekeke) Perlukah aku yang hantar mesej kat die? Atau teruskan Ego aku???

*** Nota:- Gambar diatas sekadar hiasan… tadek kene-mengene dengan npon aku. ***

Kreuger®

Ahad, 13 Julai 2008

12 BARISAN MANUSIA .. MENUJU KE AKHIRAT

Assalamualaikum dan Salam Bahagia.

Sejak dah suku melangkah ke alam kompius ni, aku dah rase agak sedikit tenang dan lapang berbanding dulu.

Rase cuak dan nerves pon dah tadek lagi. Dalam pada tuh aku pulak pada mase ni amat sibuk dengan kijer aku yang ala-ala Multi Tasking nih.

Macam macam bende nak dibuat. Terutamanya bulan ni store aku akan diaudit. Sure bulan ni adalah bulan yang aku paling sebok sehingga akhir bulan Ogos.

Oh ye berbalik kepada topic kat atas, aku disni menyampai amanat dan pesanan dari sahabat aku yang telah menghantar email aku dan suruh aku hebahkannya utk kebaikan dan paedah bersama.

12 BARISAN MANUSIA .. MENUJU KE AKHIRAT
Barisan pertama:
Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki . keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T :
"Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat".
Firman Allah 'aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 ku(yg menunjukkan kekuasaan ku),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka".

Barisan ke-2:

Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah
"mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk."
Rasulullah saw bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu.

Barisan ke-3:

Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking
"mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan.
Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.

Barisan ke-4:

Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut
"Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.

Barisan ke-5:

Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar
"Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.

Barisan ke-6:

Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.

Barisan ke-7:

Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka. Me reka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran.

Barisan ke-8:

Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas. M ereka adalah orang yg melakukan zina.
Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka".

Barisan ke-9:

Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.

Barisan ke-10:

Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. M ereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.

Barisan ke-11:

Diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan.
Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.

Barisan ke-12:

Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama.. mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat.
Datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan.
Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat.
Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah S.W.T"


Diharap apa yang dipaparkan dapat dijadikan tauladan dan sempadan utk kite dan dapat menyampaikannya kepada rakan-rakan kita yang tak berpeluang utk membaca entri yang dipaparkan pada kali ni.

Assalamualaikum,
Kreuger®

Rabu, 9 Julai 2008

Hadiah Misteri - Happy Belated Day To ME

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kemarin, tak tau lah ape pasal aku nak sangat balik umah cepat-cepat. Rase dalam hati aku ni semacam ade "Such a good feeling waiting for me at home" <-- sekali omputeh :-P~ Wah setibenye aku kat umah, pling..... bende dalam gambar tuh ade atas meja PC aku. So aku tanyelah dengan anak sedare aku, bile sampainye tuh? Katenye t/hari tadi... Erm.... Dari sape lah agaknye ek... aku tadek laa plak pesan barang nih. Kompius.... Salah alamat ker? Eh... name aku laa... tak salah alamat nih... then aku belek betoi-betoi alamat yang ditujukan... memang sure ni alamat kediaman aku. Ejaan name aku pon betoi 100%. Sape plak laa kasik pos laju nih.

Ape dah kuno sangat... check jer laa alamat kat belakang tuh. Jeng..jeng..jeng... Upenye Bro gua yang kasik:- CybernaticMind

Muahhahaha... betapa GUMBIRANYA aku... So dengan tak sesabornya aku memperkemaskan diri aku selepas balik kijer. Lalau membuka bungkusan pos laju tersebut.

Maka terserlahlah isi yang terkandung dalam POS Laju tuh:-
Sebuah buku yang bertajuk "Aku Terima Nikahnya..."

Sebenarnya aku lom abis lagi mentelaah buku ni. So isi kandungannya tak dapat laa nak dipaparkan... Kasik lee chance aku study dulu buku nih.

First time in my life aku terima hadiah buku dari sorang sahabat yang aku anggap macam abg aku sendiri. Terharunya aku, sikap ambik berat die. Kredit utk CybernaticMind sekali lagi.

Kreuger®

Selasa, 8 Julai 2008

Kedah Jurney Part 3 - Nervous Begin

Assalamualaikum dan Salam Ceria.

Sungguh tak sangka la pulak "Kedah Jurney Part2" mendapat sambutan hangat.

Ramai antara kengkawan blogger yang tak sabar sabar suruh aku release kan part 3. Entri part 2 aku takut terlalu panjang sampai membosankan orang.

Tapi... tup tup... ramai plak yang menunggu utk nak tahu kesah selanjutnya. Aku ucapkan jutaaan ketima kasih kepada kengkawan yang support aku selama ni.

Sedutan episod lepas:-
Peluang baik nih~ Dalam bersembang-sembang tuh... tetiber Abg Long bukak mulut.....

"Man, Abg Long ni nak tau jugak kesah sebenarnye kedatangan Man ni..."
(gulp... tertelan air liur... alamak) Muahaha.... tetiber jerm aku~



Dalam hati aku, alamak... apesal cepat sangat laa abg long ni tanye?? Cam ne nih? Aku pandang kiri-kanan. ...Aik mane habis pegi orang nih? Semua tadek!!! Tinggal aku dengan Abg Long jer. Ni macam dah planing nih~

Aku pon beranikan diri bertanya kat Abg Long, "Mana abis orang semua?"
Die jawab... "Oh.. depa pi umah mak kat taman sebelah nun... jadi macam mane ceritanye Man???"

Abg Long memperbetulkan kedudukannya yang tadi nampak macam sambil lewa, sekarang ni dah macam nak nak menurun Ilmu Kepahlawanan kat aku. Macam kate org tua-tua "Bersila Lutut Bertemu Lutut" <-- bleh imagine?

Mau tak gabra.... Iseymen... dah 2 kali ni, lantas aku pon berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w dalam hati kemudian terus memberanikan diri membukan mulut ku untuk bercerita.... Lantas aku menjawab...

"Macam ni Abg Long. Saya rase Abg Long dan sedia maklum tujuan kedatangan saya kat sini. Pertama sekali saya ni sebagai wakil kecik orang tua saya. Saya datang ni dengan hajat nak bg tau Abg Long sekeluarga yang saya nak ambil adik Abg Long, (lalu aku sebutkan name awekku) sebagai isteri saya."

"Hahaha..." gelak kecil Abg Long macam dah kuduga....
"Erm.. macam tuh ka? Memang Abg tau dah hajat Man datang sini. Tapi cuma nak dengaq dari mulut Man sendiri. Man dah berpikiaq abis abis dah ka? Perkara ni bukan boleh buat main-main...."

Dengan sepantas kilat aku menjawab "Sebab dah abis pikiaq laa saya mai sini."
Lambat jawab karang... cansel plak.... Muahahahah....

"Apa kate mak ayah man dah pasai ni? Depa dah tau ka?" tanye Abg Long seolah-olah nak menduga aku.

"Jangan buat keputusan sendiri, Man dah berbincang dengan depa ka?" Sekali lagi aku di-uji bakat oleh Abg Long.

Dengan perasaan yang masih gugup tuh aku menjawab... "Sebenaqnya Abg Long, mak & ayah saya yang suh datang sini dulu berbincang dengan keluarga Abg Long. Depa cakap saya kene bersemuka dulu dengan keluarga kat sini."

"Depa suh saya mintak izin dengan Abg Long sekeluarga apa-apa hal dulu." tambah aku lagi untuk mengukuhkan fakta.... dan bukannya auta yang dibuat-buat.

...tambah aku lagi, "Jadi kat sini jugak saya nak bagi tau dan mintak lah izin Abg Long sekeluarga yang saya akan bawak balik (nama awekku) ke kampung pada bulan depan (means Ogos 2008) untuk berjumpa dengan keluarga saya pulak."

"Haha.." Abg Long sekali lagi gelak. Aku dah jadik malu-malu alah dah ni. Alamak, die gelak ni tanda boleh ke... tanda macam nak memain aku nih... cuak jugak kalau kene cam ni. Nasib baik beradap sorang jer. Kalau ramai... sure aku pitam kat ruang tamu nih.

Lepas tergelak kat aku dan tersenyum, Abg Long pon menyambung kate-katenya, "Sebenarnya Man, Abg Long terharu sebab Man ni berani, bersungguh dan ikhlas."

Pergh..... cam tak caye dapat pujuan dari Otaimer cam nih.... berbangga plak aku. Rase gugup terketar-ketar tadi hilang perlahan-lahan... rede balik jantung aku.

...sambung Abg Long "Macam ni lah Man, bila cadang nak tunangnya? Kalau boleh kite buat cepat la. Lepas raye ketiga ke? Macam mane Man cadang dengan belanja hantaran dan mas kawin? Berapa yang Man berani?"

Amboih.... lagi advance... alamak cepatnya!!! Nasib le aku dah prepare barang² penting. Lepas Raya ke3? ...Belanje? ...Berani??? Ish ish ish.... pening jugak ni.

"Sebenaqnya macam ni Abg Long, seperti kami (aku dan awekku) dah bincangkan, hantaran RM#k termasuk mas kawin. Tapi dari apa yang mak saya bg tau, Org Kedah ni mas kawin tinggi. Jadi saya nak tau gak harga mas kawin??"

Kemudian Abg Long menerangkan satu persatu, "Man... jangan salah paham. Hantaran ni, belanje hangus. Mas kawin ni pulak tebusan harga diri untuk diri org yg nak dinikahi. Jadi bab mas kawin si (nama awekku disebut) meletakkan sebanyak RM#.5k"

Tambahnya lagi, "Ni bermakna RM# yang Man maksudkan tadi adalah termasuk la mas kawin. Mas kawin ni adalah hak Si Isteri. Jadi kalau lagu tuh Mas Kawin RM#.5k + RM#.5k hangus = RM# yang macam Man cakap tadi..... Kalau macam tuh yang Man mampu dan setuju, kami sekeluarga tak mendesak asalkan hangpa berdua bahagia."

Lalalalalal.... hepi tak terkate laa aku time nih....
Wah... cam ni upenye susah nak merisik anak dare orang. Nkorang hengat senang ke?? Dah laa aku ni mude dan tak berpengalaman langsung dalam bab nih... semua main redah dan tawakal jer.... tapi Alhamdulillah, syukur berjalan lancar.

Tengah-tengah hepi mengelamun sambil borak-borak kosong dengan Abg Long, tiba-tiba Abg Long mencelah minda aku yang seolah-olah manjadi angkasawan negara no-3...
"Man jom cargas... lapaq dah ni. Depa dah siap masak kot...."


Hahahaha... time ni lah aku dapat rasekan kemesraan dan keakraban antara aku dan ahli keluarganya. Sembang bukan main tak hengat.

Mengenangkan kesah lame Abg Long dan isterinya. Upenya Abg Long lagi gamble dari aku... segala urusan perkahwinan die, die sendiri yang aturkan dari:- Merisik, Meminang dan Bernikah.

Perghhhh~ Respected. Patut laa die senyum jer mase aku cakap aku nak merisik adik die. Upenye die lagi makan garam dari aku. Sekarang perasaan gugup dah pon hilang.

Bile dah kenyang makan, mate pon agak mengantok laa plak. Maklum laa semalaman aku drive sorang diri. Dengan prihatinnya bakal Mak Mertua plak suruh aku pergi berehat baring-baring... sebabnya dia bercadang nak ajak aku pg ke rumah bakal akak ipaq aku sorang lagi kat Aloq Staq petang tuh.

So aku pon baring laa... buat selamber kodok macam umah aku.... (JGN SALAH PAHAM... time ni awek aku kene kunci dengan mak die kat dalam bilik lain... kekekkekeke... ampeh lu orang.)

So, lepas berehat dan minum petang... kami bertolak la p umak bakal akak ipaq aku pulak untuk berkenal-kenal dengan bakal biras.. muahaha... kire ok laa semua famaly die so sporting. Tapi sebelum bertolak ke Aloq Staq, bakal Mak Mertua plak ajak bergambaq.

Best ni. Aku pon tanpa berlengah suh laa awekku tangkap gambaq aku pakai N95 aku. Kllliiiiikkk~ Malam minggu aku kat Aloq Staq, kat umah bakal akak ipaq aku, bersembang tak hengat.

Kene pulak malam tuh ade bola:- Perlis vs Perak. So... layan jer dengan bakal biras laa jawabnya... Zzzaaazz~

Al-Kesahnya Jurney aku ke Kedah Darul Aman telah disempurnakan dengan jayanya. Alhamdulillah Syukurku kepada tuhan kerana menyempurnyakan niat dan cita-cita aku.

Ucapan terima kasih jugak kepada semua blogger yang turut membantu aku tak kire laa dari moral support, pandangan dan idea.

Semua sekali yang terlibat secara langsung dan tak langsung, aku berdoa agar tuhan sahaja membalas jasa baik kalian, serta melimpahkan rezeki atas segala yang nkorang hajatkan. Insyaallah~

Sekian lah sudah Kedah Jurney Part 3 - Nervous Begin has ending.
Kreuger®

Ahad, 6 Julai 2008

Kedah Jurney - Part 2, (Kreuger Reveil)

Assalamualaikum dan Salam Bahagia Semua.

Alhamdulillah, dikesempatan yang diberikan oleh Allah S.W.T ni, aku memanjatkan kesyukuran yang tak terhingga atas selesainye peristiwa yg paling bersejarah dalam perjalanan hidupku.

Secara keseluruhannya, perjalananku ke Kedah berjalan lancar. Begituh juga setibanya aku dirumah bakal abg ipar aku yg sulung. Kedatanganku ke sana memang amat disenangi dan dialukan. Tetapi......

Pepatah orang berpengalaman memang tepat:- "Niat yang baik, mesti ade dugaan yang datang mencuba." Mane tak nye... dalam perjalanan aku untuk menjemput awek aku @.k.a bakal isteri aku di MidValley, aku boleh tersalah jalan plak.... Habis merate jalan aku kona. (...takkan gabra kot)

Tetibe... salah jalan lagi....menyirap plak aku. Salah sape???.. Haaiiaik... ni susur keluar ke Bangsar. Iseymen... aku pon call awek aku cakap aku salah jalan. Tungguuuuuu~ Nasib baik le dapat orang penyabor. (Kalau aku laa menunggu orang berjam², kompom berbakul aku marah)

Lepas tuh nak ambik akak die, aku tersesat lagik sekali. Ni betoi-betoi nevers ni..... Minda agak bercelaru mase tuh... tak boleh nak kosentret dengan perjalanan.

Elok jer masuk highway. Fuh legee... mase ni aku layan bersembang dengan awek aku. (akak die tak amik port...kekadang jer menyampok.)

Lagu Tema:- Sentuhan Kecundang - Ekamatra. <--- eh ape dah lagu ni plak bleh keluar... Aku pon skip lagu ni, tak sesuai betoi laa... Muahahaha~ Ubah lagu rancak.... Lagu Tema:- Memburu Impian - Kristal.mp3 Baru layan.... kekeke~ Maintain speed:- 100-110km/j Mate engantok... dangeres nih. Kene carik R&R dengan segera. Lagipon isyak pon tak setel lagik mase tuh. So cargas aku laa aku menuju R&R terdekat.

Tiba di rumah warisnya:- Abg Sulung.
Masa:- 05.48am (gambar tuh hari dah siang)
Jantung macam nak tercabut sementara menunggu pintu dibuka. Pergh... aku kuatkan semangat....

Teringat pesan kengkawan bloggger termasuk la pesanan Otaimer aku:- CybernaticMinds yang menyuruh aku stay calm & relax...

Sesampai melangkah dalam umah Abg Long, aku dipelawa duduk. Pergh... tak sangka pulak layanan yang aku terima berbeza dari ape yg aku celarukan dalam pale otak aku.

Muahaha... apa dah... tuh laa pikir bukan bukan. Abg Long memang metured dalam bersembang. Die dah tau tujuan aku datang, so die memang mengontrol keadaan aku yang mungkin die tau aku gabra tak tentu pasal. Sembangnya bersahaja.

Dalam pada tuh dia selit selit bertanyakan tentang background aku. Aku pon membalas dengan bertanya keadaan die dan pekerjaannye sekarang. Kirenye kami berdua bersembang agak ligat la... tak dek laa tersangkut sangkut. Macam org kekeringan idea nak bersembang.

Ade jer topik perbualan yang kami bincangkan. Erm.. tengok jam tangan dah pukui 06.10am. Abg Long memberi laluan utk aku memperkemaskan diri untuk solat Subuh. Katenye lepas subuh nanti kite sambung lain.

Aku pon rase gabra dan cuak aku hilang perlahan-lahan, setelah dapat membaca care utk berinteraksi dengan Abg Long. So, manteliti, dah boleh tuning laa... dah tau laaa ape nak ditanye lepas ni.

Wah... ingat lepas subuh nak kene soal memacam.... (aku dah imagine macam kene soal dengan munkar nankir plak...) wakaak... last-last Abg Long tengok mate aku yg rabak pasal ngantok, die suh aku pg berehat dulu. Pucuk dicita... pizza hut yang sampai... ape lagi... aku pon redah laa tidok.

Mate macam dah berkelo-kelo pasir masuk. Baru nak terlelap... dapat call urgent dari office aku... Ahh~ persetan semua tuh... muahaha... aku layan balik tidok... pas tuh bunyik lagi... adeh tention aku. So aku pon jwb ar. Hampes... lupe password PC pon nak tanye aku.

Kekeke... Dah alang-alang bagun... mane bleh nak lelap dah. Walaupon still ngantok, tapi control... kang saham jatuh... Elok lepas bersiap-siap, aku pon bersembang-sembang balik dgn Abg Long, kali ni topic perbincangan agak best, pasai bidang kerja die. Die pakar repair Peralatan Elektrik & Elektronik. Maknenye.... sealiran laa dgn aku.

Peluang baik nih~ Dalam bersembang-sembang tuh... tetiber Abg Long bukak mulut.....

"Man, Abg Long ni nak tau jugak kesah sebenarnye kedatangan Man ni..."
(gulp... tertelan air liur... alamak) Muahaha.... tetiber jerm aku~


Nak tau kesah lanjut???
Tunggu:- Kedah Jurney Part 3 - Nervous Begin.
Note:- Entri kali ni terlampau panjang. Aku takut nkorang boring bace karang.

Thanks To All,
Kreuger®

Sabtu, 5 Julai 2008

Jurney Begun - First Time In My Life

Assalamualaikum dan Salam Bahagia Semua.

Dikala saat nkorang membaca entri ni, Aku sudah pon berada dalam perjalanan untuk menempuh satu lagi pengalaman yang teramat penting dan baru dalam hidup aku.

Bermacam macam perkara sekarang sedang bermain dalam pikiran aku. Tapi aku ucapkan jugaan terima kasih tak terhingga kepada rakan-rakan blogger sekalian yang tak jemu-jemu memberi pandangan dan pendapat kat aku.

Seriusly aku mengaku, aku memang terharu dengan sikap ambil berat yang nkorang semua tunjukkan. Nkorang semua dah macam adik beradik aku didunia maya ni. Terutama bro aku CybernaticMind, AkuSape, KakIntan & Keluarga, BlogMenjerit, Deennasour, MEO188, JurnalComot dan tak lupa jugak kepada mereka semua yang mempunyai link dekat blog yang tak berape nak complete ni.

Jasa Baik saudara/saudari semua takkan aku lupakan sampai akhir hayat ku.

Di kesempatan ini, doakan lah kesejahteraan aku bersama teman tersayang yang ditemani bakal kakak ipar menuju perjalanan ke Kedah Darul Aman. Semoga perjalanan kami selamat tiba disana seterunya menyempurnakan hajat dihati serta pulang dengan selamat. Amin....

Terima Kasih Semua.
Kreuger®

Selasa, 1 Julai 2008

Aku Nervous – Kedah Journey…. adusss~

image

Salam bahagia semua.

Seperti yang nkorang dah sedia maklum bahawa aku akan mengorak langkah ke alam konfusing (alam kahwin) tak berapa lame lagi.

Ini adalah first step aku, dimana aku disuruh oleh abah aku untuk pergi ke umah keluarga bakal isteri aku untuk pergi berjumpa dengan keluarganya. Tujuannya tak lain dan tak bukan adalah untuk bersemuka antara aku dan keluarga bakal isteri aku secara solo mission. Nak mintak izin untuk bawak balik ke kampung aku, Nak bawak tunjuk bakal menantu laaa ni….

Seriously, perkara ni memang mencuakkan aku. Walaupon aku cube kontrol perasaan cuak ni, tapi still macam tak terkontrol… Bile aku teringat tarikh ni…. jantung aku berdenyut laju. ….ish nak laksanakan niat murni ni. Tapi apesal laa jadik takut semacam..

Aku harap, dengan entri pada kali ni, aku dapat sedikit buah fikiran dan idea dari rakan-rakan blogger untuk membantu aku supaya tenang dan rileks semasa menghadapi situasi ni, terutama CybernaticMind dan rakan² First time in my life menjadikkan aku terlalu cuak tercungap-cungap.

Harap dapat segala idea dan tunjuk ajar dari nkorang. Tarikh aku ke Kedah pada:- 05 Julai 2008. Alahai…. dah tak beraper hari jer lagik… Help me bloggers~

Kreuger®

Blog Kegemaran Kreuger