Sejak dah suku melangkah ke alam kompius ni, aku dah rase agak sedikit tenang dan lapang berbanding dulu.
Rase cuak dan nerves pon dah tadek lagi. Dalam pada tuh aku pulak pada mase ni amat sibuk dengan kijer aku yang ala-ala Multi Tasking nih.
Macam macam bende nak dibuat. Terutamanya bulan ni store aku akan diaudit. Sure bulan ni adalah bulan yang aku paling sebok sehingga akhir bulan Ogos.
Oh ye berbalik kepada topic kat atas, aku disni menyampai amanat dan pesanan dari sahabat aku yang telah menghantar email aku dan suruh aku hebahkannya utk kebaikan dan paedah bersama.
12 BARISAN MANUSIA .. MENUJU KE AKHIRAT
Barisan pertama:
Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki . keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T :
"Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat".
Firman Allah 'aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 ku(yg menunjukkan kekuasaan ku),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka".
Barisan ke-2:
Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah
"mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk."
Rasulullah saw bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu.
Barisan ke-3:
Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking
"mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan.
Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.
Barisan ke-4:
Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut
"Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.
Barisan ke-5:
Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman
"Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.
Barisan ke-6:
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.
Barisan ke-7:
Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka. Me reka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran.
Barisan ke-8:
Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas. M ereka adalah orang yg melakukan zina.
Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka".
Barisan ke-9:
Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.
Barisan ke-10:
Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. M ereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.
Barisan ke-11:
Diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan.
Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.
Barisan ke-12:
Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama.. mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat.
Datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan.
Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat
Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah S.W.T"
Diharap apa yang dipaparkan dapat dijadikan tauladan dan sempadan utk kite dan dapat menyampaikannya kepada rakan-rakan kita yang tak berpeluang utk membaca entri yang dipaparkan pada kali ni.
Assalamualaikum,
Kreuger®
best...
BalasPadamhehe..
mengingatkan orang malaysia yang sememangnye mudah lupa....
Humble&Modest -
BalasPadamKekeke... bukan stakat orang Malaysia jer, semua manusia. Kalau dah namenye: "Al-Insan" dah menjadi fitrahnye sebagai pelupe. Kene lah kite memperingti antara satu dengan yang lain. :D
Anysz -
Erm... tobat...tobat... jangan nakal-nakal. Skali skale tak pe :D *gurau
Nak update pasal futsal... muahahah malam kemarin kalah teruk. Sebab tuh laa tak mo nak update citer pasal futsal. Frust beb...
Kreuger®
dah berkali-kali insaf... then buat dose balek... adoiii
BalasPadamTerima kasih Man atas info yg dikongsi bersama utk panduan sesama insan..Moga kita semua tidak tergolong dlm barisan pertama hingga ke 11.. Insya Allah, kita semua tergolong dlm barisan ke 12.. Amin..
BalasPadamemmm...doa2kan aku errkk. Dan moga2kita sumer dapat masuk menjadi ahli BARISAN yang ke-12 tu, Amin :)
BalasPadam...bukan BARISAN NASIONAL taw...tak
relevan... :P
salam...
BalasPadamtq, tuk perkongsian ilmu ni...huhuuh...
moga yg terbaik buatku...huhuhu...amin...
owh, gerun daku mbaca yang kedua itu...
BalasPadammarilah sama2 menanamkan niat dan azam menjadi barisan ke 12..
Izzuddin -
BalasPadamPas ni jangan buat lagi dah tau...
Janji...jangan buat lagi.
Anysz -
Cheh... aku kalah nko seronok ek. Aku pulas telinge nko pakai bluetooth karang... baru nko tau. muahahaha....
KakIntan & Keluarga -
Amanat kengkawan, suruh saya hebahkan. Rasenye dengan care ni lagi berkesan dari saya dok spam peti mail orang... ade paedah jugak saya publish dalam entri. So dapat lah orang lain bace dan manfaat.
Bro CybernaticMind -
Insyaallah... barisan ke 12 tuh yang kite carik... barisan lain... takut... barisan yang ade CAPS Lock pada ejaannye tuh pon tak leh pakai jugak... muahaha... Lu pikir lah sendiri.
KamarHati -
Amin... Ya Rabbal Alamin.
Deennasour -
Insyaallah... kalau kite manfaat dan amalkan. Semoga Allah melindungi kite. Amin.
Kreuger®
insaf... baru jer nak mengorat pompuan kat 7 eleven dah tak jadik. baca entri cenggini
BalasPadambarisan ke 12, insya Allah.
BalasPadammoga Tuhan memberi petunjuk dan hidayahnya kepada kita semua.
amin.
wah insaf betul i baca entri nie
BalasPadamMeo188 -
BalasPadamHa... tak elok tuh... ekeke... tapi mau ingat, jodoh takkan datang melayang.
Berusaha untuk memperbaiki diri, tak salah mencarik pasangan hidup. Tapi biar kene dengan carenya. Hahaha..
Semoga success meo188.
Kamera -
Insyaallah... mari kite berusaha beramal apa yang kite pelajari. Berilmu dan beramal soleh. Amin..
LadyLikeMe -
Alhamdulillah~ Amin...
Kreuger®