Rabu, 9 April 2008

Computer - Wireless Network



Tentu ramai dikalangan anda yang mempunyai niat untuk membuat Networking secara Wireless dirumah. Sekarang kite boleh lupakan soal serabut kepala dengan wayar yang berselirat. Dengan adanya kemudahan teknologi Wireless Networking, anda mampu untuk menghubungkan PC yang ade dalam bilik anda untuk mencapai Internet dari PC dekat ruang tamu rumah anda.

Ini adalah kaedah murahan yang mampu dikongsi oleh ahli keluarga anda dirumah mahupun jiran-jiran yang berada dalam lingkungan liputan PC Host anda.

Bagaimana caranya? Contoh kali ini adalah sekiranya anda menggunakan perkhidmatan selain dari TMNet Streamyx.

Apa yang anda dapat perhatikan dari rajah 1 adalah cara penyambungan bagi perkhidmatan internet yang menggunakan USB Modem seperti Maxis Broadband, Celcom Broadband dan lain-lain. Tetapi anda harus ingat, sekiranya anda bercadang untuk host Internet secara 24jam, maka PC Utama/Host PC mestilah sentiasa di-ON-kan. :p~

PC Utama/Host PC
mestilah terlebih dahulu disambungkan ke capaian Internet. Apabila Host PC telah menpunyai capaian internet, anda boleh menyambungkannya kepada Local Network Port iaitu kepada Router anda.

Terdapat pelbagai jenis Router Wireless dengan 4 local port yang anda boleh perolehi dengan kadar yang berpatutan. Saya menggunakan Jenama ZyXEL 320. Ianya amat mudah untuk dikonfigurasikan. Apa yang anda perlu ingat, ROUTER mempunyai default IP yang kebiasaannya 192.168.1.1.

Bagaimana untuk melakukan konfigurasi ROUTER? Masukkan ip address tersebut pada kotak alamat yang terdapat di Browser anda. Ikuti langkah Wizard untuk memudahkan anda memahami cara-cara mengkonfigurasi Router anda.

Saya sarankan supaya anda tidak membuat Internet Connection Sharing Gateway melalui tetapan window.

Apa yang anda perlu lakukan ialah menggunakan perisian CCProxy. Apa yang menarik tentang perisian ini adalah, ianya membolehkan anda untuk mendaftar pengguna yang akan menggunakan perkhidmatan internet yang anda sediakan. Amat berbaloi sekiranya anda rasa mahu menamatkan perkhidmatannya, anda boleh Disable/Menamatkan akaun user yang anda cipta pada tetapan CCProxy ini.

Anda boleh memuat turun applikasi ini di:- CCProxy
Aplikasi ini mempunyai had limit penggunaan kepada 3 pengguna sahaja sekiranya anda menggunakan secara Trial/Versi Percuma. Untuk melepaskan sekatan pengguna, anda boleh beli aplikasi ini di laman web tersebut....
(PPppssss.... patch dan keygen boleh didapat sekiranya anda rajin)

Jadi pendek kate selepas ini semua orang yang berada dalam linkungan anda boleh berkongsi Rangkaian Tanpa Wayar anda tetapi tidak boleh mengaksess internet, kecuali mereka mendaftarkan diri dengan anda... Buat duit laa kawan!!!

Saya dapat rasakan, penerangan saya pada kali ini terlalu ringkas. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh menghantarkan komen & pertanayaan anda melalui blog ini.

Diharap kekurangan dari penerangan saya, saya memohon jutaan ampon dan maaf. Segala kekurangan adalah berpunca dari saya.

Selamat Maju Jaya
Kreuger®

2 ulasan:

  1. aku suka lagi sorang2..tak nak kongsi2..hehe

    BalasPadam
  2. wakakaka... yang ni nak kasik awek sebelah umah join chatting sekali ma!
    :p~

    BalasPadam

---=[Prepare2Die]=---
Kreuger® since 2007 begin a blogger.
Kindly please leave your comments.
Thanks~

Blog Kegemaran Kreuger