Rabu, 2 April 2008

mIRC Tips - Mencipta Dialog Box dengan Dialog Studio



Mesti ramai dikalangan kengkawan semua yang sakit kaplak untuk mencipta dialog box, betul tak?

Mane taknya nak membuat dialog box ni bukan satu kerja yang mudah. Nak letak koordinat X dan Y bleh sakit jiwa tau....

Sekarang, dengan adenya applikasi Dialog Studio ni, anda boleh tersenyum untuk mencipta pelbagai jenis Dialog Box.

Apa yang hendak aku jelaskan di sini, pastikan anda semua telah mahir dengan segala macam jenis arahan mIRC sebelum mengorak langkah menggunakan applikasi ini. Aku khususkan aplikasi ini untuk pengguna mIRC yang dah boleh dikatakan mahir dalam arahan mIRC.

Untuk memuat-turun aplikasi ini anda boleh dapatkan di:-
http://rapidshare.com/files/104281786/dstudio.rar.html

Secara amnya, dengan menggunakan applikasi ini, anda dapat menjimatkan mase. Berbanding dengan care lame dimane pengguna terpaksa mengagak perletakkan koordinat X dan Y. Seperti apa yang dikatakan "main agak-agak je"

Ianya menggunakan kaedah WYSIWYG same seperti kaedah membuat Website, tetapi yang membezakannya adalah ianya hanya boleh dilancarkan menggunakan platform pengaturcaraan bahasa mIRC atau mIRC Scripting Language.

Pendek kata, kalau anda bercadang mengubah mIRC anda menjadi satu aplikasi seperti Database pon boleh. Tetapi anda haruslah mendalami dahulu kesemua penggunaan bahasa/arahan mirc supaya penghasilan aplikasi anda bedasarkan platform bahasa pengaturcaraan skrip mIRC ini membuahkan hasil yang sempurna.

Satu lagi pesanan dari aku, supaya rajin-rajinlah membelek mIRC.hlp. Kalau anda semua nak tahu, kebiasaannya aku akan membuka mIRC.hlp semasa aku membuat mIRC scripting. Sampai lah sekarang ianya menjadi kebiasaan bagi aku sebagai rujukan. Ingat paling penting mIRC.hlp.

Selamat Maju Jaya.
Kreuger®




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

---=[Prepare2Die]=---
Kreuger® since 2007 begin a blogger.
Kindly please leave your comments.
Thanks~

Blog Kegemaran Kreuger