Rabu, 2 April 2008

mIRC Tips - Menukar Ikon Mirc


Assalamualaikum semua.

Pernahkah anda mendengar atau melihat file execute (.exe) mIRC mempunyai ikon yang bukan dari mIRC?
Proses perubahan ini boleh dilakukan dengan menggunakan satu alatan @ tools yang diberi nama ResourcesHackers.exe

Aplikasi ini bukanlah bertujuan untuk menggodam sistem komputer, tetapi kebolehan dan kemampuannya untuk menukarkan aksara-aksara yang terdapat didalam sesuatu aplikasi lain dengan mudah. Ianya juga mampu menukarkan IKON applikasi anda kepada ikon yang anda gemari.

Anda boleh memuat turun aplikasi ni di:-
http://rapidshare.com/files/104265880/ResHack.rar.html

dan koleksi ikon-ikon yang menarik di:-
http://rapidshare.com/files/104269837/alienmindPC.rar.html

Secara keseluruhannya applikasi/tools ini mampu mengubah aplikasi kegemaran anda seperti:- Winzip, mIRC, dan banyak lagi kepada paparan antaramuka yang anda sukai.

Tetapi harus diningat, setiap pengubahsuaian adalah mestilah mendapat kebenaran dari pengeluar produk aplikasi tersebut.

Sesetengah aplikasi juga mempunyai ciri-ciri keselamatan sepeti apa yang dikenali dengan panggilan "RIP-Protection". Ini bertujuan untuk mengekalkan ciri-ciri asal applikasi tersebut. Sekiranya anda berdegil dan masih ingin membuat perngubahsuaian terhadap sesuatu applikasi seperti ini, adalah tidak mustahil aplikasi tersebut gagal dijalankan/dilaksanakan.

Untuk membuat pengubahsuaian terhadap ikon mIRC anda, anda disarankan menggunakan mIRC versi 6.03 sahaja. Sekiranya anda ingin membuat pengubahsuaian dengan menggunakan versi yang terkini, percubaan anda adalah sia-sia. Ini kerana versi terbaru mIRC mempunyai ciri-ciri "RIP-Guard".

Apabila pengubahsuaian dilakukan, aplikasi mIRC versi terbaru ini akan menghilangkan paparan-antara-muka-nya. Dengan kata lain, aplikasi ini berjalan seperti biasa, tetapi anda gagal untuk mengendalikannya kerana ianya telah hilangkan paparan utamanya (User-Interface).

Satu ketika dahulu, aku berjaya menukarkan hampir keseluruhan paparan bahasa mIRC ini kepada Bahasa Melayu dengan menggunakan ResaurcesHackers ini. Tetapi, ini hanya bertujuan sebagai pembelajaran sahaja.

Anda adalah dilarang mengubah nama pencipta sesuatu aplikasi!!!
Sila hargai usaha mereka yang telah memberi anda menggunakan produk mereka dengan percuma. Melainkan anda mendapat kebenaran dari pencipta tersebut.

Matlamat pendedahan ini adalah bertujuan pembelajaran, dan bukan untuk mengajar anda manjadi seorang RIPPERS.

Ingat..... RIPPERS - No Respect!

Selamat Mencuba,

Kreuger®

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

---=[Prepare2Die]=---
Kreuger® since 2007 begin a blogger.
Kindly please leave your comments.
Thanks~

Blog Kegemaran Kreuger