Isnin, 21 April 2008

mIRC Advance - Database Project

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera buat kawan² semua.
Lame sungguh aku tak update blog. Sampai sahabat deen pon bertanya kenape lame tak update blog.

Terima kasih kepada saudara deen kerana mengunjingi laman blog yang tak seberape ni. Agak sebok jugak sejak kebelakangan ni. Mane taknye, selain sibuk dengan urusan kerja sendiri, aku terpaksa pulak topup kijer orang disebabkan kekosongan perjawatan di tempat kije aku.
(Maaf lee entri kali ni, kene pakai bahase pasar laa plak~)

Oh dalam mase yang same, aku jugak sambil sambil membuat project database menggunakan coding mIRC. Tak percaya??? Klik dan view laa besar-besar gambar kat atas ni.

Keseluruhan kaedah yang aku gunakan pada kali ni adalah 100% menggunakan mIRC script. Tools yang membolehkan aku buat dialog ni dengan cepat adalah mIRC Dialog Studio.

Kalau kengkawan berhajat untuk menggunakan projek ni untuk update database perkerja ditempat nkorang... sila kanlah... Tapi masalahnya ianya masih dalam proses pembinaan.

Aku berjanji kepada kengkawan semua, setelah siap... aku akan upload kat mane-mane sumber hosting yang percuma bagi memudahkan korang semua alter sikit-sebanyak untuk kegunaan harian nkorang.

Kepada sesiapa yang berminat untuk mempelajari cara membuat databse yang menyeronokkan menggunakan coding mIRC, jangan segan silu untuk membuat pertanyaan anda pada mana-mana posting yang berkaitan.

Harap Maklum...
Kreuger®

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

---=[Prepare2Die]=---
Kreuger® since 2007 begin a blogger.
Kindly please leave your comments.
Thanks~

Blog Kegemaran Kreuger