Ahad, 13 April 2008

New Wireless Broadband - U Mobile


Salam bahagia kengkawan semua.

Sememangnya anda sedia maklum yang saya ni seorang yang gile Wireless Broadband. Setakat ni saya sudah mencuba dan menggunakan 3 jenis perkhidmatan broadband yang jenis Wireless.
1. Celcom Broadband.
2. iZZi Broadband (4G Broadband)
3. U-Mobile - terbaru saya gunakan

Jadi disini saya nak berkongsi sedikit kelebihan yang saya dapat dari setiap ISP yang telah saya langgani sekarang ni. Apa yang penting bagi saya sebagai pengguna Internet Addict adalah kelajuan capaian internet.

Celcom Broadband
~IP - Share IP. Maksudnya anda tak bleh nak download kat RapidShare. Sebab pengguna Broadband Celcom semua IP sama. Boleh...tapi ade caranya!
~Port Forwarding - Tak boleh. Sebab kalau dah share IP nak bukak port pon orang still tak boleh connect ke PC anda. Contoh Applikasi:- VNC, Virtual Web Server dan sebagainya.
~Capaian/Kelajuan - Boleh mencecah ke HSDPA Speed, Kawasan HSDPA selalunya begantung kepada kawasan yang anda duduk. Tempat aku:- Area Keramat, setakat UMTS je.
~Cara Penyambungan - Menggunakan USB Modem, Handpone pon boleh.
~Point daripada 5 Bintang:- 2.5/5
Note - Kalau nak ambik pakage, abikla jenis data card. Kalau anda tak suka, boleh terminate bile-bile mase.

iZZi Broadband
~IP - Dinamik. Maksudnya anda mempunyai 1 dinamik IP, tak berkongsi dengan pengguna lain. Dengan kata lain, anda semua bebas mendownload dari Rapidshare.
~Port Forwarding - Dibenarkan. Sebab anda tidak berkongsi IP, maka anda layak untuk membuat/host Web Server, IRC Server, guna VNC dari pejabat untuk connect ke PC anda di rumah.
~Capaian Kelajuan - Bagi saya, sala labelkan dengan perkataan "Boleh la" kadang kadang membawa tahap, boleh blah terus (laju), kadang kadang plak tak bleh blah langsung
~Cara Penyambungan - Menggunakan kaedah PPPOE untuk menghubung ke server.
~Point daripada 5 bintang:- 3.5/5
Note - Sakit jiwa mase nak subscribe, jumlah anda terpaksa bayar mencecah RM1.3k untuk modem iZZi-You.

U-Mobile
~IP - Kantoi... sharing IP. Maknanya tak bleh download kat Rapidshare. Tapi starting IP 12*.***.*** laa kan. Sendiri mau ingat laa speed dia!
~Port Forwarding - Same je macam Celcom Broadband. Korang tak bleh nak host server kat PC nkorang.
~Capaian Kelajuan - Bagi saya yang ni paling best jika berbanding Celcom. HSDPA. Laju sampai terbabas. Sebelum connect, dialer akan menunjukkan UMTS status, lepas connect, terus jadi HSDPA. Macam mane diaorang buat aku pon tak tau.
~Cara Penyambungan - Menggunakan USB Modem yang diberikan pakage semasa saya mendaftar. Kelajuan Modem sehinggan 7.5Mbps. Pendaftaran masa kat PC Fair tempoh hari adalah RM50 sahaja. Dapat USB Modem, USB Cable 2 jenis, untuk laptop dan desktop. 1 Umobile Simkad. Bayaran bulanan RM78 sahaja.
~Point daripada 5 bintang:- 4.5/5
Note -
Murah, cepat, pantas dan berkesan. Amat sesuai untuk blogger!

Selamat mencuba segala jenis perkhidmatan yang ada!
Kreuger®

2 ulasan:

  1. kwn deen guna celcom mcm apa jerk..
    slow mcm siput jerk..
    org skarang guna maxis broadband..best2 eh

    BalasPadam
  2. cam tuh ke???
    Sebabnye.. plak member aku kate maxis broadband ni selalu disconnect. Palk dah.. mane satu nak dengar!

    BalasPadam

---=[Prepare2Die]=---
Kreuger® since 2007 begin a blogger.
Kindly please leave your comments.
Thanks~

Blog Kegemaran Kreuger