Ni lah akibatnya kalau tak reti tak mau nak tanye orang dulu... Aku pon heran semenjak 2 menjak ni, tiap kali aku nak update teplate blog je mesti kuar error.
Kali ni baru betoi-betoi macam "Tikus Baiki Labu". Udah rase tak bleh repair labu tuh... makan je terus.
Macam ni alkesahnye...
Tepat pukui 12.00am aku ni usha-usha laa blog kengkawan... mane lah tau diberi ilham untuk entri-entri mendatang... Dalam mase yang same jari jemari aku ni gatai dok godek template setting, sambil mengambil sample dan contoh dari blog sedara:- BlogMenjerit
Banyak laa jugak aku dah menimba ilmu blogging <-- (bleh pakai ke perkataan ni? wakaka) dari BlogMenjerit ni. Dengan kate lainnye sambil mendownload dan bertenet... aku pon merajin-rajinkan diri untuk me-makeup blog aku.
Tetapi alangkah sengal-nye aku apabila terlupa nak save dulu template lame.... Sungguh menyesalll tak sudahhhh!!! (...harem jadeh gatai tangan.)
Jadik aku sekarang ni dah jadik dalam dilema, sebab aku tak boleh nak pendekkan karangan aku dalam entri² yang aku post.
Kalau nak diikutkan pendapat umum... bukan semua orang nak bace entri kite 1 persatu. Jadi aku telah membuang mase pembace aku. Dengan ini pihak WarIRC2 ingin memohon maaf atas segala kesulitan yang tuan-tuan hadapi.
Aku akan cube sebaik mungkin untuk memperbetulkan keadaan ini seperti sedia kale... Blogger Oh Blogger... kenape lah tiap kali aku bermain template, aku plak bermain error dengan aku. Last minit plak tuh... sampai hari ni aku terpaksa tidur lambat untuk mencarik semula formula yang telah aku rosakkan.
Tapi gua suspek lain laa beb... aku rase memang Blogger punye site ni ade sikit buggys lagi laa..
Aku tak salahkan BlogMenjerit, die rock punya Blog.. Masta dan Sifu aku. Lagipon sebelum ni aku cut n paste tutorial dia "Bace Selanjutnya Versi 1" still ok je... Sampailah malam ni tah ape pekdahnye aku buat, aku pon tak tau. Abis jahanam hasil usaha aku....
Kepada otaimer² yang terbace entri ni, please la bantu aku yang lemah dalam blogging ini.
Sekian sahaja karangan aku untuk kali ini.
Total Exam Words:- ±1195 words
Kreuger®
PUTUS SELERA MAKAN DAPAT IKAN BAKAR PARI HANCING!
-
*PUTUS SELERA MAKAN DAPAT IKAN BAKAR PARI HANCING!*. Masih terasa-rasa akan
rasa ikan bakar pari hancing tu semalam!. Mual rasa tekak oiii!. Korang
pernah ...
4 jam yang lalu
nak kata ralat pun tak jugak... sume ni berpunca dari tukar template banyak kali (jgn tipu).
BalasPadampesanan kt war irc, masa nak tukar template sila backup template dan juga widget (contohnya shoutbox, archive, label, blogroll dan pelbagai lagi). jika masa tukar template tu ada ralat, sila buang sume widget tu dulu. lpas da tukar template baru letak balik widget tu.
kalau tak boleh jugak, sila guna template default dulu (minima, denim, rounder atau blabla), baru guna third party template (template yang da d godek, tak kisah la sape punya). lpas da setel, ikut tip yg kt perenggan atas balik.
dan kalau tak jadi gak, kalu BM on9, tanya la mlalui YM (marzuki_jalil).
dan ingat, sebelum save kna previu dulu. dan ingat sebelum godek backup dulu template n widget. dan ingat, kalu takut blog ni berulang ksilapan yg sama, sila create new blog utk testing.
dan ingat jangan takut godek template, blajar dari ksilapan lagi syok daripada belajar dari kejayaan orang lain.
jadilah kreatif, inovatif n produktif, kuikui. apa aku mengarut ni.
time kasih atas nasihat saudara... minggu ni, saya akan update mengukut tips yang saudara berikan. jutaan terima kasih. saya amat menghargai ilmu saudara bagi. Panjang sungguh karangan tuh.
BalasPadamTerika kasih.
Kreuger®
kuikui <-- paling pendek
BalasPadam