Isnin, 21 April 2008

Film Review - The Forbidden Kingdom


Ye...buat julung kalinye aku membuat review tentang filem. Sebenarnya aku ni tak pandai sangat nak buat ulasan cerita.

Tapi untuk menjaga hati kengkawan semua, aku ceritakan laa serba sedikit.

Cerita ini berkisar ala-ala fantasi dengoeng dan mitos lagenda China tengang 1 Dewa Monyet (lakonan Jet Li) yang kehilangan tongkat sakti. Itu bab dongeng.

Bab menipu plak, nak dijadikan cerita sewaktu pertempuran Dewa Monyet ni dengan Panglima Perang tahap Dedewa-Dewi, Panglima Perang ni main tektik kotor untuk memerangkap Dewa Monyet ni. Kononnya cakap nak fight pakai tangan laa, tak main power, tapi die tipu.

Kelebihan Dewa Monyet ni pada masa tuh seolah-olah bergantung pada tongkat keramatnya. Tanpa tongkat tuh, die pon cam tak reti nak lawan lee.. Jadi Panglima perang ni menggunakan helah bertempur tanpa senjata sebagai teknik perangkap untuk membuang tongkat sakti Dewa Monyet ni. Lantasnya Dewa Monyet ni mudah termakan pujuk dan dihir manjadi batu. Manakala tongkat saktinya terpelanting ke alam manusia.

Ok, ni yang best part plak. Tah macam mane ade laa pulak sorang mamat omputeh ni, cukup minat nengok citer kungfu China, tak kire Bruce Lee ke ape ke.. semua teknik berlawan dia hafal. Malangnya tak reti kungfu. Selalu kene buli.

Mengikut lagenda kononnya akan ada seorang pengembara yang akan mengembalikan tongkat sakti Dewa Monyet dan lantas membebaskan Dewa Monyet ni dari sumpahan Panglima Perang yang jahat tadik. Pengembara tuh ialah mamat omputeh yang tak reti nak kungfu.

Tah macam mane bleh dapat tongkat sakti tuh kat kedai yang die selalu beli VCD cetak rompak Kungfu. Orang tua (lakonan Jackie Chan) yang jage kedai tuh yang kasih suruh die pulangkan tongkat tuh kepada pemilik asal.

Banyak kisah kisah kelakar dan aksi fighting yang best antara Jet Li dan Jackie Chan berlaku semasa proses untuk memulangkan tongkat sakti tuh kepada pemilik asalnya iaitu, Dewa Monyet tadik.

Kalau nak tau lebih lanjut, nkorang masih belum terlambat untuk menonton citer yang best gilak ni.

Oh..oh..oh.. hampir terlupe... Markah kalau dikira dari purata 5 bintang, aku bagi 4. Jalan cerita yang agak menarik, tak terlalu fantasi, tak terlalu realiti.

Apa yang kelakarnya, Dewa Monyet, sami budha, dan lain-lainnya dari asal cakap cine, tetibe bleh cakap omputeh... pecah perut aku kat panggung ngan awek aku....

Mesti tonton,
Kreuger®

2 ulasan:

  1. kreuger....best ke x cite tu? jacky chan jadik org tua? bila masa lawan dgn jet li? jet li jadik sapa? pahlawan monyet? ahli sihir? ahli parlimen tangga batu?

    BalasPadam
  2. wakakaka... zairel..
    best jugak citer-citer ni. ala-ala fantacy sket + modern.

    Tapi syok gak, layan ma.. mula-mula aku cakap kat awek aku, aku teman sambil tidok je. Alih alih tak jadik tidok sebab citernye best gilak~

    BalasPadam

---=[Prepare2Die]=---
Kreuger® since 2007 begin a blogger.
Kindly please leave your comments.
Thanks~

Blog Kegemaran Kreuger