Isnin, 30 Jun 2008

Entri Terpilih – Penutup Bulan Besday Aku.

Happy Birthday To Me

01 June 2008 – Entri time bosan, sebab hari tuh hari ahad. Aku kene kerja. Sebelah petang aku berjumpa awek aku utk melamar die sebagai isteri aku.

Komen = 11 termasuk aku.



image

My Best Birthday Present..

Menceritakan kegembiraan aku apabila lamaran time brithday aku diterima oleh gadis tercinta dan dia sudi menjadi teman keahkir hayat. :p~

Komen = 8 termasuk aku.



Selangkah Ke Alam Kompius

Berkisar tentang persediaan aku dalam menempuh Alam Paling Kompius dalam kehidupan aku iaitu Persediaan Berumah Tangga.

Komen = 18 termasuk aku



Kuat Cemburu – Lelaki atau Perempuan???

Mengajak rakan-rakan blogger membincangkan Siapa Paling Kuat Cemburu antara Lelaki atau Perempuan.

Komen = 39 termasuk aku.



Imbas Kembali Sejarah WarIRC2 – Isu 101

Menceritakan pengalaman aku untuk menjadi seorang blogger secara sampingan. Asal usul dan alkesah Aku sebagai Blogger.

Komen = 26 termasuk aku.


Terima Kasih Kepada Semua Sahabat-Sahabat Blogger.

Kreuger® June 2008 Dalam Kenangan

Jumaat, 27 Jun 2008

Wasiat Nenek Ani

nenek ani

Assalamualaikum dan Salam Ceria Semua.

Hari ni mood ade sikit hepy. So ade la plak idea nak berceloteh bukan bukan.

Ni lagi satu kiriman email dari member sekerja aku yang ingin kiriman emailnya dipaparkan kat dalam blog aku.



Kesahnya bertajuk:- “Wasiat Nenek Ani”

Ada sorang tua, Nama dia Nenek Ani. Dia terlantar di hospital kerana sakit jantung, .... .
Keadaannyasemakin hari semakin teruk. Ani dah tak tau apa nak buat lagi.

So suatu hari tu dia panggil Pak Din untuk bacakan doa untuk Nenek Ani. Tapisemakin dibaca, semakin teruk sakit orang tua tu. Sampai terketar-ketardan termengah-mengah kerana terlalu sakit.

Nenek Ani dalam keadaan tak berdaya tu memberikan isyarat meminta pen dan kertas. Ani memberikan pen dan kertas kepada neneknya. Dengan sisa-sisa tenaga yang ada, Nenek Ani menulis dan memberikan kertas itu kepada Pak Din.

PakDin menganggap tak baik membaca wasiat di hadapan Nenek Ani sebelum Nenek Ani meninggal. Jadi dia pun masukkan kertas tu ke dalam poketnya.Tak lama kemudian Nenek Ani pun meninggal dunia.

Selepas seminggukematian Nenek Ani, Pak Din pun datang ke rumah Ani, dengan memanggil semua sanak saudara Nenek Ani, tujuannya tak lain dan tak bukan untukmenbaca wasiat dari nenek tersebut.

Pak Din pun berucap, menyatakan kesedihannya atas kematian Nenek Ani, dan di akhir ucapan itu Pak Din mengajak Ani dan saudara mara membaca wasiat itubersama-sama, yang antara lain isi itu ialah... ... ... ... ..

"Din, ... . kau janganlah berdiri di atas wayar oksigen aku tu, aku nak napas tak boleh… sengallll"

Wakakaka…. pecah perot aku bace email ni pagi tadi.


Kreuger®

Terbaru Di E-Mail Aku – Cikgu Bodoh!!!

stupid-teachSalam Bahagia semua….

Nampak tajuk macam ade kontervesi kan??? Ini cume tajuk email yang aku terima. Memang layak lah cikgu macam ni dikategorikan bodoh. Nasib le cikgu tuh cikgu tadika. So tahap pemikiran die pon macam budak tadika laa…. maka tak mau merepek panjang, jom layan kesah cikgu dengan anak muridnya.



Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...
Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan ?
Murid-murid : Ada cikgu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu
ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..

Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.

Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...

Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh,mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : nampak.
Amin : cikgu ada kan ?
Murid-murid : ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : tak nampak.
Amin : cikgu ada otak tak?
Murid-murid : tak ada.


Hahahaha….. macam macam kesah cikgu tadika ni. Memang bodoh!!!



Kreuger®

Isnin, 23 Jun 2008

STRESS Tahap Tenuk Bergulung

stress

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua.

Sebelum aku nak mulakan cerita aku pada kali ni. Terlebih dulu aku nak bagi tau, entri kali ni mengandungi perkataan yang berunsur kesat, marah dan tention.

Diharap kepada sesiapa yang rase mual dan rase kurang sesuai untuk membaca, anda diminta segera meninggalkan blog ni. Aku takut nkorang plak strees dengan aku.

Al-Kesah bermula pada Hari Pertama Kerja pada minggu ni…

  1. Hari ni tention sebab banyak kerja. Kerja ber-double.
  2. Dah la kerja ber-double, aku terpaksa pulak buat kerja orang, masalah tak cukup staff.
  3. Ade pulak staff macam haram jadah, mulut macam celake… bawak citer sana sini pasai aku. Tak puas hati jom la jumpe manager. Sengal punye orang.
  4. Bile dah berdepan dengan boss, die bermuka dua pulak. Memang macam kimak punye orang.
  5. Depan boss cakap lain, belakang boss cakap lain. Babi punya orang~
  6. Kononnye kat situ dia-lah backbone untuk kompeni. Macam orang lain ni dah tak dek function. Kalau die takdek, kompeni boleh drop lah konon. Boleh blah ar~
  7. Dah la bodoh, lepas tuh kerek nak mampos. Name jer kerja lame. Dapat naik pangkat pon sebab kaki bodek.
  8. Pastuh, jenis main perkauman. Lagi satu lancau, Mentang-mentang big boss satu bangsa dengan die, suka-suka jer perkara PNC pasal enviroment pejabat pon abis keluar die citer.
  9. Lagi boleh nak carik salah aku. Kijer kau pon tak setel, lagi mau campor urusan kijer aku. Kalau nko tadek pon, aku lagi happy. Tak senak kepala otak aku.
  10. Kalau aku dapat offer cun, aku pon tak hengin nak kijer same dengan nko yg bodoh cam lembu tuh.

Orang yg memang celake tuh ade 3 orang, 2 org 1 bangse berkroni gagak, 1 berbangsa sendiri. Jenis yang bangsa sendiri ni lagi mulut macam gampang…. Ikutkan hati tadi, nak jer aku bagi pelempang sorang-sorang. Tapi, periuk nasi punya pasal…. so aku rilek buat sementara waktu. Cukup time meletup…. itu jam:- “Lu Orang Pikirlah Sendiri”

Kesah sebenar telah terjadi ditempat kejaku macam haram jadah bodoh tak tentu arah.

Kreuger®

Futsal Addict – Hari Minggu Punya Kesah.

22062008095

Salam Bahagia Semua.

Nkorang mesti ramai yang dah tau yang aku ni pantang hari Ahad malam Isnin mesti nak pergi main putsal.

Futsal ni merupakan antara indoor game kesukaan aku selain dari Snooker. (tadek la terer mane pon). Sekadar hobi dan rutin mingguan aku serta kawan-kawan sekerja aku.

Gambar ni dirakamkan selepas sesi pertama perlawanan selesai. Baru nak masuk sesi ke 2, member aku memberi cadangan dan menyuruh aweknya tangkap gambar kitaorang menggunakan NPON aku. Aku berdiri di kalangan player yang berdiri. Kepada yang dah kenal tuh, shhhhh……muahahah!!!

Minggu ni kami main futsal selama 2 jam. Berenti rehat 10 minit, then sambung main kat padang lain pulak.

Kitaorang pon tak la bercadang untuk membuat perlawanan. Just sekadar nak keluarkan peluh. Maklumla… memasing kije pon duk berkabuk dalam tempat aircond.

Kalau dah namenye tempat aircond, peredaran darah dan peluh kurang teratur. Dengan alasan yang tak berapa nak munasabah tuh, aku ajak member aku layan futsal setiap minggu. So diaorang kate:- “Deal” Cantek~

Kreuger®

Jumaat, 20 Jun 2008

Imbas Kembali Sejarah WarIRC2 – Isu 101

warirc2

Salam ceria untuk semua rakan-rakan sekalian.

Dalam sedar tak sedar, entri aku dah pon mencecah ke 101. Kesah permulaan aku sebagai blogger akan aku paparkan pada entri kali ni.

Al-Kesah Daerah Banjir Di Satu Ketika Dahulu:-

  1. Tajuk - Al-Kesah di atas diambil sempena hobi aku yang suka mIRC Flood dan WarIRC Coding.
  2. Logo – Hasil gabungan kengkawan seangkatan mase Perang WarIRC sedang hangat ketika dulu.
  3. Ahli WarIRC2 – Nazh, Lag, Netter, dan Kreuger (aku lah ni) serta ramai lagi.
  4. Server mIRC Banjir Code – nazh.mine.nu

--=[Kesah Aku menjadik Blogger]=--

Faveret-site

  1. Pada mulanya aku ni hanya minat untuk download lagu MP3, aku terjumpa Blog AkuSape.Blogspot.Com. Lame-kelamaan aku tertarik untuk menulis blog sendiri, dengan entri sendiri yang berkisarkan kepada Kod-kod mIRC Script dan komputer saja.
  2. Care penulisan aku pada permulaannya memang terikut dengan stail AkuSape.Blogspot.Com yang jenis selamber kodok dan sempoi~
  3. Usha kat senarai link die terjumpa pulak link Pusat Kecantikkan Blog Anda sape lagi kalau bukan BlogMenjerit.
  4. Dalam khusyuk belajar kat BlogMenjerit, then aku jumpa seorang penulis blog yang bagi aku kategori matured dari segi gaya penulisannya, nak tau? Of course la Bro aku:- CybernaticMinds
  5. Selain itu, banyak juga laman blog rakan-rakan yang lain telah aku jadikan sebagai tempat dan rujukan. Tapi tak termampu nak menceritakan kesemuanya.

Dari ketiga-tiga blog ni lah yang menjadikan aku semakin lame semakin addict dengan berblog. Kemudian 1 per 1 aku menambahkan koleksi link aku untuk dijadikan rujukan dan tempat untuk bertukar-tukar pendapat.

Tak lupa juga kepada yang lain-lain. Jasa anda semua amat aku hargai.

Kreuger®

Khamis, 19 Jun 2008

Nightmares On Elm’s Streets - Entri ke 100 Aku.

freddy-krueger Assalamualaikum dan Salam Bahagia.

Mesti ramai dikalangan anda yang mengenali Hantu Mimpi Ngeri ni kan? Watak Freddy Kreuger telah dilakonkan oleh Robert Englund sebanyak 7 siri koleksinya yang mesti tonton.

Kesahnya Freddy Kreuger bermula apabila dia ingin membalas dendam terhadap Ibu kepada Nancy yang mendakwa beliau adalah seorang pembunuh kanak-kanak di Elm Street.

Kreuger mati dibakar atas sebab orang kampung Elm Street tak puas hati kat die kerana die dibebaskan oleh mahkamah ketika perbicaraan atas tuduhan membunuh kanak-kanak.

Sebelum kematiannya, Krueger sempat membuat perjanjian dengan 3 ekor setan untuk membantunya membalas dendam terhadap seluruh keturunan penduduk Elm Street yang terbabit.

Dia merupakan syaitan mimpi yang paling ditakuti oleh penduduk Elm Streets. Menggaggu dan membunuh manusia sekitarnya hanya menggunakan mimpi yang dia telah kuasai. Semakin takut orang tuh dengan Krueger, maka semakin kuatlah kuasa yang dia dapat.

Rentetan Filem serta koleksi yang aku ada:-

  1. A Nightmare On Elm Street
  2. Nightmare On Elm Street 2: Freddy’s Revenge
  3. Nightmare On Elm Street 3: Dream Warriors
  4. Nightmare On Elm Street 4: The Dream Master
  5. Nightmare On Elm Street 5: The Dream Child
  6. Freddy’s Dead: The Final Nightmare
  7. Freddy vs Jason – yang terbaru keluaran tahun 2003.

Untuk mengetahui bagaimana rentetan sejarah Kisah Hidup Freddy Krueger yang bermula dari Ibunya Amanda Krueger anda boleh baca di:- anightmareonelmstreet

Note:- Ejaan nick aku adalah berlainan dari pemilik yang asal kerana nickname ni terlampau banyak digunakan dan sukar untuk didaftarkan. So aku terbalikkan saje ejaan Krueger (sebenar) --->kepada—> Kreuger (aku punya suka.)

Kreuger®

Selasa, 17 Jun 2008

Daily Rutin as A Blogger.

routines-blogger Salam sejahtera.

Sebagai seorang blogger nkorang mesti dah menetapkan waktu-waktu yang sesuai untuk aktiviti harian anda sebagai seorang penulis jurnal yang ala-ala profesional bukan?

Dalam situasi ni, aku pon tak ketinggalan jugak dalam meletakkan jadual harian aku sebagai blogger yang tak bertauliah. Hehehehehe….

Secara Am-nya apa yang selalu aku buat setibanya aku kat umah setelah balik kerja? Berikut adalah aktiviti yang aku lakukan dalam mengharungi tugas sebagai seorang blogger yang tak beraper nak terer ni.

Erm... Rutin Balik Kije:-

1. Bukak tenet, check kotak jerit kat blog aku.
2. Pastuh follow sape yang kuat jerit kat blog aku. Then aku jerit balik kat blog diaorang.
3. Pergi chek kat blog org suke jerit kot kot ade entri terbaru. Kalau ade, lepas makan baru kasik komentar.
4. Lawat hampir 85% link yang ade kat blog aku selepas makan malam.
5. Kalau ade entri terbaru kat blog kengkawan, aku bangga jadik org pertama yang bg komentar. muahaha~ Pastu aku suke kasik komen panjang panjang untuk 1st komentar.
6. Kalau aku orang ke 2 ke 3 ke 4 dan ke-ekekekekek....aku komen tak bleh nak panjang. Sebab idea dah banyak orang taip.
7. Pas abis komentar, aku suke lawat balik blog kengkawan, untuk menjerit sebelum tidur.

Dengan ini aku berpesan, kepada kengkawan semua, tolong letak kotak jerit kat blog nkorang. Kalau tak, nanti aku tadak port nak singgah sementara nak menunggu makan malam.

Terima Kasih Saudara/Saudari Semua.
Kreuger®

Sabtu, 14 Jun 2008

Kuat Cemburu – Lelaki atau Perempuan???

jeles Assalamualaikum dan Salam Bahagia.

Pasti ramai dikalangan anda yang mempunyai masalah dengan pasangan masing-masig bukan. Ada cemburu tak tentu pasal, ade terlalu suka comparison, ada pulak yang dapat jenis materialistik…. boleh sakit kepala jugak kalau dipikirkan lame lame.

Pokok persoalannye sekarang terletak di tangan kita sendiri. Mencarik kesempurnaan berpasangan? Herm… tengoklah diri kite dulu kawan…. Kite ni sempurna ke utk die?

Hahahaha… berbalik kepada topik asal kite. Siapa sebenarnya yang kuat cemburu. Adakah anda atau pasangan anda? Lelaki atau perempuan?

Mari kita bincangkan bersama. Dengan ini saya menjemput ahli-ahli panel kita yang berbahagia Saudara CybernaticMind – Org Berpengalaman, Saudara BlogMenjerit, Saudara Deennasour, Saudari Kelat, Cik Puan Intan dan rakan-rakan blogger yang lain untuk turut serta membincangkan isu ini.

Kreuger®

Jumaat, 13 Jun 2008

Mengenali Personaliti Diri


Assalamualaikum dan Salam Ceria Semua.

Mengenali personaliti diri bukannye mudah, lebih-lebih lagi kalau anda tuh bukan seorang Ahli Nujum Negara... ha ha ha.

Apa yang aku paparkan kat sebelah ni ialah Carta Perangai yang telah direka Khas oleh seseorang yang tak mau nanyenye disiarkan.

Nkorang semua hanya perlu memasukkan tarikh lahir nkorang berdasarkan format YYYY\MM\DD.

Eh lupe. Care nak download mende alah ni? aku kepilkan/attachkan menggunakan kaedah TAG Document Dalam Image.

So kepada sesiapa yang blom tahu cara nak download file ni, anda boleh mempelajarinya berdasarkan kaedah TAG Document Dalam Image tempoh hari.

Tapi memang kebetulan laa pulak bende alah ni. Kebanykkannya, apa yang tertulis tuh macam kene jer pada batang hidung aku sendiri. Wakakakak... aku tak la percaya pon. Just sekadar nak menghilangkan keboringan yang kekadang melanda diri.

Terima Kasih.
Kreuger®

Rabu, 11 Jun 2008

ISU Panas WarIRC2 - Carta ke 4 Google??

Salam Sejahtera Semua.

Baru-baru ni aku saje saje laa gatai untuk search entri sendiri kat GOOGLE untuk memerhatikan kat mane letaknya entri aku dalam senarai GOOGLE.

Verry suprise apabile entri ISU Panas aku merupakan tajuk ke 4 dalam carta carian tersebut. Hahahahha... nkorang prepared laa bebaik wahai manusia-manusia yang dipertanggungjawabkan diluar sana. Arena Blogger semakin panassss sekarang.

Apa yang anda perlu buat, taip kat kotak search Google.Com:- Isu Panas Elaun Menteri. Dari sini Blog WarIRC2 menduduki senarai ke 4 dalam senarai carian. Bukan nak bangga~ Ini menunjukkan Blogger semakin berkuasa di Alam Maya beb...

Nasihat aku kepada para Blogger.... Teruskan berblog. Hebahkan pendapat anda yang media lain tak mau terima.

Kreuger®

Selasa, 10 Jun 2008

Selangkah Ke Alam Kompius


Salam Bahagia untuk semua kengkawan.

Semenjak 2 menjak ni, aku tadek sangat perkara nak diceritakan. Sebenarnya aku sekarang sibuk nak buat buat preparation untuk bertunang.

Walaupon jangkamasa tuh lambat lagi. Tapi aku dah menyiapkan persediaan aku untuk melamar seklaigus bertunang dengan pilihan hati aku ni.

Kedua-dua famaly untuk kedua-dua belah pihak dah mengetahui akan kesah tersebut. Hanya menunggu green light dari kami la pulak.

So aku mengharapkan doa dari kengkawan Blogger semua agar cita-cita murni aku tercapai dan berbahagia hingga ke akhir hayat bersama.

Bercerita tentang gambar di atas. Memenuhi hasrat hati untuk memiliki Si Dia Gadis Pujaan Hatiku.....
1. Dari Kiri - Cincin Pertungangan.
2. Tengah - Cincin Merisik.
3. Kanan - Gua "langkah bendoi laa beb."

Kepada yang still Solo Rangers tak kire laki atau perempuan.... cepat-cepat laa... bile lagi kengkawan blogger yang lain nak merase nasik minyak nkorang pulak....

Nanti kalau aku kawin... aku publish kad jemputan aku kat blog ni. Insyaallah.... Semoga Allah makbulkan niat dan usaha ku. Amin....

Kreuger®

Ahad, 8 Jun 2008

ISU PANAS - Syor Elaun Menteri Dipotong

Salam Bahagia dan Salam Sejahtera semua.

Petikan ini diambil dari Utusan Malaysia Online

KUALA LUMPUR 7 Jun - Dewan Pemuda Pas hari ini mencadangkan elaun yang dinikmati menteri dipotong sebagai salah satu langkah penjimatan wang kerajaan.

Ketuanya, Salahuddin Ayub berkata, berikutan peningkatan harga barang keperluan kini, langkah berjimat cermat sepatutnya tidak hanya diamalkan rakyat tetapi turut diikuti pemimpin kerajaan.

"Kerajaan tidak mengumumkan sebagai contoh nak kaji semula elaun semua menteri. Sepatutnya diumum pemotongan elaun, pemotongan pelbagai faedah yang mereka dapat, itu sepatutnya dipotong kalau sama-sama mahu melihat kita sama-sama berjimat.

"Jangan hanya meminta rakyat sahaja berjimat tetapi mereka (menteri) tidak mengamalkan kehidupan yang menunjukkan mereka berjimat," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Dewan Pemuda Pas di sini.
:snow03:Komen Aku:-:snow40:

Sebagai rakyat Malaysia, aku kat sini tidaklah menyatakkan bahawa aku anti kerajaan mahupun aku pro kerajaan.

Tapi adakah adil bagi kita semua mengamalkan amalan berjimat cermat, sedangkan menteri-menteri kerajaan kita hidupnya mewah. Elaun sana sini, subsidi sana sini. Nak bergerak kehulu-kemari boleh claim. Dah la macam tuh, setiap aktiviti yang mereka sertai/anjurkan diaorang dapat elaun.

Memang kurang wajar bagi kita sebagai rakyat Malaysia hanyak mengikut saranan yang membuta tuli. Lu orang pikirla sendiri, kita sekarang dah macam zaman Jepun memerintah Malaya. Kerajaan makan nasi, kita makan ubi kayu.

Dah terbukti, lepas kenaikan minyak, begitu banyak sekali rentetan senarai harga barang yang turut serta dalam kenaikan harga. Nak salahkan pembekal.... mane boleh, kalau sewa lori tak naik ekoran dari kenaikan minyak yang mendadak, dah tentu harga barangan pon tak akan naik jugak.

Anda sebagai pembaca/pengguna/pengundi/penyokong/penulis.... apa kata anda? Takkan nak berdiam diri?

Ekoran dari kenaikan harga minyak juga telah menyebabkan ramai Rakyat Malaysia menggunakan Blog sebagai alternatif untuk meluahkan perasaan mereka terhadap situasi yang berlaku sekarang.

Anda Bila Lagi? Takkan nak tunggu dan lihat? Kita sekarang semakin tertekan.... Mari semua bangkit dan menyatakan hasrat/matlamat kita sebagai Rakyat Malaysia.

Kehidupan dibandar pon tertekan, apatah lagi dikampung. Mane letak kepala otak diarang ni? Kalau kije kampung... berapa sangat pendapatan yang diaorang dapat. Kemudian ditambah tokok pulak dengan kenaikan harga minyak yang keterlaluan dan bagi aku melampau-lampau.

Kekecewaaan terhadap pentadbiran sekarang semakin jelas ketara. Aku yakin next punya pilihan raya, PASTINYA AKAN BERLAKU SATU PERUBAHAN YANG DRASTIK. Jika kerajaan sekarang masih terus mengekalkan corak pentadbiran mereka yang ala-ala KUKU BESI.

Lu orang pikirlah sendiri.
Kreuger®

Khamis, 5 Jun 2008

Advance TAG:- mIRC Encode + Documen Dalam Image

Salam bahagia untuk sahabat sekalian.

Sememangnya nkorang semua dah tau yang aku ni kaki TAG kengkawan. Maka dengan ini aku umumkan nama TAG terbaru aku ialah mIRC Decode + Document Dalam Image.

TAG ini merupakan advance Tag daripada episode TAG PERTAMA aku tempoh hari.

Untuk menjawab tag ini, anda yang terpilih dikehendaki membuat beberapa perkara sebelum anda dapat meletakkan nama anda dalam file EXCEL yang telah aku sembunyikan dalam gambar ini.

*** Perhatian kepada anda, password telah di
ENCODE. Kalau nkorang masuk password ni, sure nkorang tak bleh nak jawab TAG ni. ***


Apa yang pentingnya, password kali ini bukanlah 1234 mahupun senarai nombor siri duit yang terdapat pada gambar tersebut. Sebaliknya password utk menjawab TAG ini telah di ENCODE menggunakan perisian sembang maya atau lebih dikenali sebagai mIRC.

Sebelum itu aku umumkan PENJAWAB TAG:-
1. CybernaticMind - Gua yakin lu boleh.
2. Kermits - Lu pikirlah sendiri.
3. Terpulang kepada sesiapa yang ingin meneruskan TAG.

Password WINRAR:-
.8FQO9R!A:W4@:6%L86@`

Password EXCEL :-
-;6%L87ES:6$@:VEN:0``

Untuk menjawab TAG ini, anda perlu mempunyai:-
1. mIRC - Boleh download disini
2. WINRAR - dapatkan disini

Tips.
i. Setelah anda install mIRC di PC anda, (sila abaikan segala connection setting dan popups)
ii. Klik button remote seperti rajah dibawah untuk memasukkan code.
iii. Masukkan code cut n paste seperti dibawah ini:-

alias f2 code.encode

alias code.encode {
set %text $input(Sila masukkan kod cut & paste bagi kata laluan,165,Kata Laluan)
set %encode $decode(%text)
win.password
}

alias win.password {
window -aod +b @test 200 200 250 150
echo @test Password Decode:-
echo @test -[ %encode ]-
echo @test $chr(160)
echo @test Right-click
echo @test then
echo @test select close.
}

menu @test {
Close:/window -c @test
}


Save kan code ini dibahagian Remote TAB. Jadi... bagaimane nak dapatkan password sebenar untuk misi TAG kali ini? Apa anda perlu buat setelah selesai paste CODE di atas kedalam bahagian Remote TAB mIRC anda...

Anda hanya perlu tekan F2 untuk mengaktifkan applikasi penyah-ENCODE-an yang nkorang CUT & PASTE tadi terhadap password-password yang telah aku beri gambaran seperti di atas. (password yang tulisan cecacing tuh~)

***Untuk password pertama ianya merupakan gambaran tentang sesuatu.
*** Manakala password kedua - nkorang taip je apa yang dipaparkan selepas DECODE

Ini adalah penerangan lengkap. Kalau ikutkan hati... malas aku nak kasik tips... muahahahhaha.... dengan ini wahai sedare-sedare ku sekalian, selamat mencuba~

Kreuger®

Rabu, 4 Jun 2008

Minyak oh Minyak.... ape kessss???

:snow40:Salam Sejahtera Semua. :snow25:
Dalam tengah kekalutan dan kesebokkan Harga minyak naik, sejauh manekah inisiatif anda dalam menangani perkara ini? Kesan dari kenaikannya~





Apabila Minyak Naik:-
1. Harga barang kompon akan menyusul naik - sakit kulit laa pas ni.
2. Harga Getah Asli pon naik - Sebab nak buat getah tiruan kene pakai minyak. ~Bagus
3. Kadar Tarif Elektrik - aku tak percaya kalau tak naik.
4. Kos penghantaran/servis khidmat - mesti effect sekali.
5. Harga kereta mungkin akan jatuh mendadak - ade baik ade buruk.
6. Kereta tempatan mesti kurang laku - sebab parak minyak.
7. Pelbagai laa masalah nye - minyak naik, kos penghantaran naik, harga bahan mentah akan naik sebab kos nak hantar mahal, lagi jauh destinasi lagi macam gile harga barang.
8. Lepas ni memacam bil yang tak pernah wujud akan keluar.
9. Nak makan pon susah - kedai mamak pon naik harga.
10. HANTARAN KAHWIN MESTI MELAMBUNG PUNYA :snow26:

Aduhai Malaysia kini, sabor jer laa.....
Kreuger®

Selasa, 3 Jun 2008

My Best Birthday Present...

Salam sejahtera semua.

Tanggal 01 June 2008 merupakan detik paling bermakna bagi diri aku pada tahun ni. Nampaknya begitu banyak prubahan drastik yang berlaku secara mendadak tak kira lah sama ada yang telah kuduga atau yang tak terjangka.

Hahaha... sepertemuan degan Si Dia pada tanggal 01 June 2008 tempoh hari dengan excitednya aku mendengar sendiri luahan keikhlasan dari hatinya bahawa dia telah bersetuju dan bersedia menjadi teman hidupku sehidup dan semati. (wah wah wah... time ni le aku rase macam duk kat langit)

Kalau sebelum ni kami sekadar bersembang melalui khidmat pesanan ringkas (sms) je, tapi pada hari tuh... live beb. Susah nak caye... tapi ni lah kenyataannya.

Akiu sebenarnya dah lame bg tau kat si Dia. Tapi nak dapat kate putus... alahai.... rupanya dia nak kasik suprise time besday aku~

Kepada yang belom pernah melamar anak dara orang tuh... nkorang cubalah kalau dah berkemampuan dari segi mentaliti, fizikaliti, dan jugak ehem...ehem... aha ha ha ha.

Korang akan rase macam... uih... betoi ka ni? Cam mimpi beb. Macam nkorang tengok citer kat tv... Apa yang best dan tak boleh dilupakan bila ianya berlaku time besday nkorang. Peeeerrrghhh... orang yang pernah mengalaminya saja mampu gambarkan.

Nasihat aku kepada blogger laki ataupon pompuan yang still single, (yg dah kawen, main jejauh) cepat-cepat laa berpikir untuk mase depan nkorang.

Selain tuh... aku dapat juga hadiah ni dari Si Dia yang special untuk ku. Walaupon nampak tak seberapa, tapi maknanya diwaktu hari lahirku + diterima lamaran ku = gila bayang :p~

P/S:- Harap maklum, Si Dia untuk aku tuh bukan kaki blogger mahupon kaki Internet.. dia tak suke tak suke tak suke... (seperti iklan cat dalam tv tuh)

Kreuger®

Isnin, 2 Jun 2008

Internet TIPS - YouTube Downloader

Salam Bahagia Semua,

Sudah tentu pastinya ramai dikalangan kaki blogger mempunyai hobi yang suka melayan perasaan sambil menonton klip-klip video kesukaan mereka di YouTUBE.

Sekarang anda boleh berjimat masa dan menonton cerita kegemaran anda tersebut berulang kali tanpa perlu membuka website/host klip video berkenaan.

Baru-baru ni ketika aku menjalar-jalar diseluruh pelusuk blog dan website, aku menjumpai aplikasi yang dinamakan YouTUBE Downloader.

Berikut adalah rating yang aku cut & paste tanpa kebenaran dari Download.Com
Download Now (3.39MB) Tested spyware free
License: Free
Editor's Rating: 4 star editors rating
Average User Rating: 3 star user rating (out of 208 votes) Rate it!
Downloads: 1,516,135
Requirements: Windows 2000/XP/Vista
Limitations: No limitations
Date Added: February 25, 2008
Selamat mencuba. Kepada sesiapa yang dah tau dan pernah mencuba tuh, sila la kasik komen anda tentang aplikasi ini.

Kreuger®

Ahad, 1 Jun 2008

Happy Birthday To Me

Assalamualaikum dan Salam Bahagia Semua.

Dengan lafaz Bismillah Hirrahman Nirrohim dan Alhamdulillah aku bersyukur kerana dipanjangkan umurku setahun lagi.

Meneruskan perjalanan yang berliku di alam kehidupan ku selama ini, begitu banyak dugaan yang telah aku tempuh dan aku hadapi. Dalam masa yang sama juga, masih banyak lagi yang belum aku terokai.

Pernah disatu ketika dahulu aku hampir gagal dalam mencari matlamat diriku sendiri. Mujurlah diketika aku diambang keterlewatan itu, masih ada yang sayang padaku.

Kini kutinggalkan kisah lalu agar ia dapat dijadikan pedoman dan tauladan untuk generasi pada masa akan datang. Pengalaman yang lepas mengajar aku menjadi lebih matang. Matang dari segi pemikiran dalam membuat keputusan menentukan soal kehidupan dan masa depan.

Wassalam~
Kreuger®

p/s:- Jangan marah semua, sebenarnya aku merapu jer kat atas tuh. Aku ni mane nak reti besastera. Aku sebenarnya tengah tention laa, time Brithday kene kerja laa plak~ Siot betoi....:snow43:

Blog Kegemaran Kreuger