Sabtu, 31 Mei 2008

Sabun Bukan Lagi Di Bilik Mandi...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat teman-teman se-blog dan seangkatan sekalian.

Percaya atau tidak, sabun sekarang ni bukan lagi letaknye di bilik mandi, malah kebolehannye meletakkan diri di segenap ruang pelisuk rumah. Betapa kreatifnya manusia yang mengorek-ngoruk sabun ni sampai bleh jadik bentuk-bentik macam ni.

Terer betoi laa... dashat, cantik, comel, kiut, dan yang pentingnya wangiiiii.......serta buih membuih dalam apa jua keadaan... wahahaha.. saksikanlah~









Ceria bersama WarIRC2,
Kreuger®

Catatan Tertinggi - Thanks 2 All Blogger Friends

Salam Sejahtera Semua.

Dalam aku tengah kekeringan idea pada malam ni, aku pon menggataikan jari aku untuk tengok aku punya Page Analytic kat Nuffnang Malaysia

Wow sekali aku telah mendapati bahawa kelmarin merupakan dalam catatan sejarah untuk Blog WarIRC2

Setakat ini catatan maksimum untuk blog ini adalah pada kadar 100 user sehari. Tapi ini tidaklah bermakna setiap hari = 100 user :p~

Dikesempatan yang diberikan pada malam yang mulia ini, aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih aku kepada semua kengkawan blogger.

Bagi mengenangkan jasa baik nkorang, ini adalah entri khas untuk aku mempamerkan link kengkawan blogger seangkatan.

Link Otaimer², Master², Sifu², Taiko², All The BEST Bloggers
Adflin Shauki - Sifu, Master & Segala Taiko~ | Afham - Malaysian Patriotik Blogger | AkuSape? - MP3 Download | AkuSeorang... | Along-Arman - Life's So Complicated | BlogMenjerit - SifuBlogs | Cybernatic Minds - Less Emotion... | CypherHackz - Xpert PC in Eng. | Dean - Isu Semasa | Deennasour - Otaimer Review | E-Zoodeen - Blog Perspektif Berbeza | Eriyza - Tajuknya Slalu Berubah | Friendly81 - Aku Tak Sehebat Hang... | HakimTea - Info Bloger From Indon | Idham - Potret Online | Information Technology | Kak Aishah-Koop - Ini Kehidupanku~ | Kaki Komputer - Untuk Kaki Komputer | Lag @.k.a Anarchee - Blog Supporter | Loque - Pencinta Muzik Sejati | Menteil - Menteilsm Rules | Meo - Komic Digital | Nazri | New Blog Tips - Indonesian Lang. | Princess89 - Missing Everything Already | R-Care - Mod Your Life | Romzi... | Sarah - PC Formula | SembangKomputer - Xpert OS | Siti Rufaidah - Chocolate Luver~ | Webmilenia - Gerbang Info Dunia IT | Zariel & Azziey - Cebisan & Kenangan

Jasa baik kengkawan seblogger ku semua takkan dilupakan.
Kepada yang belum link, boleh menjerit di kotak shout box aku untuk pertukaran link.

Terima Kasih.
Kreuger®

Jumaat, 30 Mei 2008

Hari Tanpa Tembakau 2008 - Bersediakah Anda?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua~

Petikan ini diambil dati Utusan Online:-
HARI Tanpa Tembakau Sedunia 2008 akan disambut untuk julung kalinya pada 31 Mei ini (Sabtu). Bagaimanapun, di manakah kita dalam usaha memerangi rokok dan produk tembakau kini?

Bercakap pasai merokok ni secara terus terang saya katekan yang sama semangnya seorang perokok. Bila nak berenti... erm... masih belum buat keputusan.

Susah ke nak berenti merokok ni. Wargh.. lagi susah ma. Tapi bak kate iklan kat TV; "Behenti merokok lebih mudah jika anda tahu caranya."

:snow26:Aku pon tak tau kenape boleh jadik susah sampai tahap adict cam ni. Mungkin kerana alasan seperti yang di bawah menyebabkan seseorang itu setia menjadi seorang perokok:-

1. Dah kije - Duit tak mintak kat orang
2. Dah lepas umur larangan - Dah lebih dari 18thn ke atas laa ni~
3. Kurang kesedaran - Bukan tak sedar, tapi buat buat jer tak sedar.
4. Orang dah tak larat nak melarang - Kalau marah kang kene sound balek.
5. Keras Kepala - Kaitan dengan yang atas.
6. Memang hidupnya untuk rokok - Ni lagi parah.
7. Rase dirinya MACHO/GANEH kalau isap rokok - Perasan tak sudah.
8. Genetik/Keturunan Merokok - Langsung tak bleh pakai punya formula.
9. Kalau tak merokok tak boleh menaip - Ni alasan utk kaki PC, nak tiru SWORD FISH
10. Lagi tak masuk hospital tak mau berenti - Ko berenti laa time nko mati besok~

:snow35:Wakakakaka.... nkorang ade pendapat laen ker? Sebab ape ar?:snow01:

Anda pula bagaimana?
Kreuger®

Rabu, 28 Mei 2008

Membuka Kod Kawalan - Nokia Sahaja

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.

:snow30:Sebelum aku meneruskan kepada topic perbincangan pada hari ni, kat sini aku nak buat 1 Declaration terlebih dahulu.

Versi Bahasa Malaysia:- Saya tidak akan bertanggung jawab sekiranya tutorial ini disalahgunakan oleh orang yang tidak bertanggung jawab mencuri handpone NOKIA anda dan membuka KOD Kawalan yang terdapat padanya. Handpone sepatutnya berada di tangan dan bukan di atas meja, di jamban, dan jugak diletakkan di depan pintu umah. Kalau hilang kene curik, lu orang pikir lah sendiri.

English Version:- I won't responsible if this tutorial was used by unresponsiveness's person for wrongly used which he/she have stole your NOKIA and unlock your Security CODE. Handphone suppost to be at your hand not on a desk, toilet or been displayed at infront of your main door. If lost, you've to think by yourself.

Berbalik kepada topik asal setelah aku merasakan aku selamat untuk berhujah dengan entri pada kali ni.

Sudah tentu ade dikalangan kita amat gemar untuk menetapkan KOD Kawalan pada telefon mereka. Lebih-lebih lagi kalau hanfone tersebut adalah handfone baru lagi mahal.

Setelah sekian lame menetapkan kod kawalan, maka tiba disatu hari anda ingin TRADE-In handfone tersebut. Apalah malang bagi nasib anda bila ditanya oleh tokey kedai handfone tuh mengenai KOD Kawalan telefon.

Sambil anda menggaru-garukan kepala, "Gua lupa laa tokey" kemudiannya dengan muka tak bersalah dan selamber tokey kedai tuh menjawab, "Kalau mau buka boleh, tapi kita kena tolak RM50.00 la" ....adus dah laa die ambik harga trade in murah, lepas tuh kene tolak lagi RM50.00. Ini dah kire kes naya diri sendiri. Kua kua kua kua....

Lupakan itu semua~ Dengan menggunakan perisian ini (boleh muat dalam disket/pendrive) yang saiz kapasitinya tak sebesar mana. Anda mampu untuk menbuka KOD Kawalan handfone Nokia anda dengan hanya memasukkan No IMEI telefon tersebut.

No IMEI?? Pasti masih ramai yang kurang tahu untuk mencari nombor tersebut bukan. Saya boleh bagi sedikit tips dan kaedahnya.
1. Buka casing telefon tersebut, cabut bateri dan anda akan nampak teks:-
IMEI - XXXXXXXXXXXXXXX.
2. Atau jika sewaktu handfone dihidupkan, anda boleh menaip kekunci:- *#06#
Skrin akan memaparkan IMEI - XXXXXXXXXXXXXXX

*** Sila perhatikan nombor tersebut dan salin. Ianya merupakan 15 digit angka.

Bagaimakah untuk membuka kod kawalan tersebut?
1. Dapatkan no IMEI tadi.
2. Gunakan perisian Nokia MasterCODE dari PC anda.
3. Masukkan 15 digit angka IMEI yang anda perolehi tadi.
4. Seterusnya tekan butang POMOC <--Bahase ape pon aku tak tau.
5. Kemudian anda boleh menetapkan semula nombor kawalan anda dengan menggunakan nombor yang telah digenerate itu tadi.

*** Nombor KOD Kawalan standard bagi Nokia adalah 5 digit. Tetapi sebagai langkah keselamatan, nokia telah menetapkan 10 digit nombor kawalan yang tetap/default MasterLockCODE untuk kesenangan mereka.

*** Untuk memindah-turun aplikasi ini, saya telah memindah-naik di RapidSHARE.
*** Akan tetapi adalah malang sekali bagi pengguna broadband untuk mendownload aplikasi ini. Ini kerana Maxis, Celcom dan Digi broadband menggunakan teknologi kaedah perkongsian IP. RapidShare akan mengesan yang anda masih belum menyempurnakan proses memindah-turun fail sebelumnya.
*** Berita baiknya pula, saya akan ajarkan anda semua pada entri akan datang tentang bagaimana untuk mengatasi masalah ini. Diharap dapat bersabar.

Diharap entri pada kali ini akan dimanfaatkan oleh anda semua dengan sebaik mungkin.

Sekiranya anda berpuas hati dengan penerangan saya pada kali ini, diharap dapatlah meninggalkan sedikit komen yang membina.

Dengan cara ini saya dapat memperbaiki mutu dan kaedah penyampaian saya pada masa akan datang.

Terima Kasih,
Kreuger®

Pemenang:- "Dokumen Dalam Image" - UPDATED

:snow35:Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua.:snow20:

Wah.... Nampanya semakin ramai yang telah tampil menunjukkan ketererran mereka untuk menjawab tag dari Mr. Kreuger a.k.a Mr. Azman (..aku la tuh)

Maka dengan ini aku umumkan pemenang menjawab TAG "Dokumen Dalam Image" mengikut Tokey TAG:-

1. BlogMenjerit
a. Mr. Kermit's
i. Fendi Fazely
b. Adinda Anne
2. Cybernatic Mind
a. Komando_TRG
b. Nadira
c. Nadz
3. Hana_TRG
a. C-Ha Nasiha
b. AhYIN - Advance Replace Imnage
4. E-ZooDeen - Advance Edit Image
5. KakiKomputer
6. JurnalComot
7. --Masih Menunggu---


Kepada yang belom berjaya... diharap tingkatkan usaha keras anda.

Selamat Mencuba.
Kreuger®

Isnin, 26 Mei 2008

Pemenang Peraduan:- "Dokumen dalam Image"

:snow35:Maka dengan ini aku umumkan pemenang-pemenang kontest "Dokumen Dalam Image" untuk tag aku pada kali ini.

*** Sesiape yang tadek Winrar boleh download disini.

Sory dalam posting semalam. 3 Orang genius sudah membuktikan. Anda Bila lagi?

Anda memang terer. Password untuk letak nama:- 1234

Bil Nama Alamat/Bandar Negeri E-Mail Website/Blogsite
1 Muhamad Azman B. Ishak K/Lumpur - freadykreuger@gmail.com http://warirc2.blogspot.com
2 Cybernetics Mind Seri Manjung Perak acdc3110@yahoo.com http://akupunyalife.blogspot.com/
3 Along Arman K/Terengganu Terengganu hana_trg@yahoo.com http://hanatrg.blogspot.com
4 Marzuki B. Jalil Dungun Terengganu blogmenjerit@gmail.com http://blogmenjerit.blogspot.com


Good Luck kepada yang masih mencuba.:snow14:
Kreuger a.k.a Mr. Azman

Cara Untuk Membuat Dokumen Dalam *.jpg

:snow16:Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua.:snow03:
Jangan pening dan jangan gundah gulana. Aku sedia membantu nkorang untuk membuat dokumen seperti yang dipertajukkan di atas.

Untuk membuat dokumen yang aku TAG kengkawan aku ni, nkorang semua bolehlah mempelajari cara-caranya secara Step by Step di blog Pasal-IT

Aku telah membuat deal dengan AkuSape untuk buat tutorial supaya dapat dikongsi bersama kengkawan semua. Harap dapatlah manfaat ilmu yang diberi dan meninggalkan sedikit komen anda. Owner Blog tersebut adalah:- AkuSape?
:snow14:
Selamat mencuba dan selamat maju jaya~
Kreuger®

TAG No 2 - Dokumen dalam Image

Salam Sejahtera Kengkawan Semua,
Ini adalah Tag Kedua ciptaan aku.
Penddekkan cerita macam ni:-

Dalam gambar ade dokumen,

Dokumen tersembunyi tak boleh lihat,
Pelbagai kaedah menyorok dokumen,
Cuba lah carik jangan penat.

Tips:- Sila Klik Gambar disebelah ni dulu. Kemudian...save gambar ni pada format *.jpg. Gunakan kaedah open with --> Winzip @ Winrar untuk melihat kandungan fail ini. Isikan nama anda dalam fail yang dikepilkan, kemudian tag 10 orang kengkawan anda lah~ Dengan ini senarai nama semakin bertambah....

Maka dengan ini aku serahkan Kuasa Tag kepada:-
1. http://blogmenjerit.blogspot.com/ - Blog Menjerit - Lu mesti boleh la~
2. http://akupunyalife.blogspot.com/ - Cbernatic Mind - Aku tau bro terer
3. http://deennasour.terbaek.com/ - Deenasour - Sabor Bro~
4. http://blogo.e-zoodeen.co.cc/ - E-ZooDeen - Good Luck
5. http://www.myxcom.org/kakikomputer/ - KakiKomputer - muahah~
6. http://www.menteil.net/ - Menteil - Hamik nko~
7. http://akusorang.blogspot.com - AkuSorang yang tak tentu hala..:p~
8. http://pc-formula.blogspot.com/- Sarah Formula PC ~mesti terer ni!
9. http://hanatrg.blogspot.com/ - HanaTrg - Cube sampai dapat.
10. http://r-care.blogspot.com - R-Care - Pikir-pikir....

*** Special TAGGER to:-
http://anysz.terbaek.com/ - Anysz Sengalnerdz. Sory sebab lupa nak letak link nko. Disebabkan aku owner TAG maka kene lebih 1 la~
(... ayat kaver sebab lupe nak taruk yang ke 11 :p~)

Selamat Menjawab Tag.
Kreuger®

Jumaat, 23 Mei 2008

Tadek Kerja + Tadek Idea

Darth Kreuger.. sedutan dari filem Starwars Episode VII
muahaha.....
:snow20:
Pemesnye laa aku. Siap orang lekat poster gambar aku kat
butique tuh.

Nak tau care membuatnye?
Anda Boleh lawati ProBlogger kite:- Encik AkuSape?

Terima Kasih Semua.
Kreuger®

Khamis, 22 Mei 2008

TIPS - G-MAIL Melaui Microsoft Outlook

Assalamualaikum dan salam bahagia semua.

Nkorang ade tak aplikasi Microsoft Outlook? Ade saje tapi tak pakai.. ibarat cam pc tadek monitor laa ceriternye.

Soalan ke dua: Nkorang ade email GMail? Kompon ade kalau nkorang ni blogger. wakaka....

So rugilah kalau nkorang tak setup Outlook nkorang untuk membaca secara offline email dari Gmail tuh.

Entri kali ni aku nak kasik sedikit tutorial tentang care-care untuk setup Outlook nkorang supaya boleh membace e-mail dari Google/Gmail atau pon lain lain email yang ade menyediakan perkhidmata POP Mail.

Segalanya bermula dari sini.........................

1. Pastikan anda mempunyai Ms Outlook dan akaun Gmail
2. Pastikan akaun Gmail anda telah di aktifkan POP/IMAP Forwarding.
Sekiranya masih belum aktif,

  • Login di Gmail mengikut akaun anda sendiri. Jangan pakai orang laen~
  • Klick pada Settings kat atas dalam tetingkap Gmail tadik sebelah kanan.
  • Klick pada Forwarding and POP/IMAP.

    Gmail POP Settings
  • Pilih Enable POP for all mail atau Enable POP for mail that arrives from now on.
  • Pilih pilihan yang sesuai sekiranya anda mahu GMail menyimpan email anda yang terdahulu atau sebaliknya.
  • Seterusnya anda klik pada butang Save Changes.

Habis satu bab. Bab seterusnya pula adalah bahagian OUTLOOK anda.

Buka Outlook.
  1. Klick pada menu Tools, dan piliht E-mail Accounts...
  2. Klick pada Add a new e-mail account, dan klik Next.
  3. PilihPOP3 sebagai jenis mail server anda dengan meng-klik butang radio pada pilihan tersebut (POP) dan klik Next.
  4. Sila isikan maklumat anda seperti contoh dibawah.
    Informasi Pengguna
    Your Name: Masuk jer name ape pon yang nkorang suka.
    Email Address: masukkan alamat penuh email (kreuger-cth@gmail.com)

    Server Information
    Incoming mail server (POP3): pop.gmail.com <--penting
    Outgoing mail server (SMTP): smtp.gmail.com <--penting

    Login Information
    User Name: Masukkan user id untuk Gmail anda (termasuk @gmail.com)
    Password: Masukkan password Gmail anda


  5. Klik pada More Settings... dan kemudian pada tab Outgoing Server.
  6. Tandakan pada kotak My outgoing server (SMTP) requires authentication dan pilih Use same settings as my incoming mail server.


  7. Klik pada tab Advanced, dan tandakan pada kotak This server requires an encrypted connection (SSL) dibawah Incoming Server (POP3).


  8. Tanda pada kotak This server requires an encrypted connection (SSL) dibawah Outgoing Server (SMTP), dan taipkan 465 dalam kotak Outgoing server (SMTP).
  9. Kemudian, klik OK.
  10. Klik pada Test Account Settings... selepas menerima Congratulations! All tests completed successfully, anda boleh klik pada butang Close.
  11. Klik Next, dan kemudiannya klik pada butang Finish.
  12. Untuk download message dari peti mail GMail kepada Outlook anda, pada tetingkap Outlook --> Pergi kepada menu --> Tools --> Send/Receive --> "All Account Group"

Tahniah! Anda telah berjaya mengkonfigurasi Outlook anda yang hampir menjadi tukun kepada sesuatu yang mampu mengubah cara anda berkominukasi di alam siber.

Dengan outlook juga E-Mail anda yang mengandungi attachment adalah merupakan source yang dipercayai oleh Perkhidmatan Email lain, daripada anda terus direct send email kepada majikan yanda yang mempunyai domain email selamat (Secure Mail Protocol.)

Sebagai contoh kalau aku nak hantar email kepada boss aku (boss pakai email kompeni), pastu pulak aku nak send attachment melalui direct web mail, kompom tak lepas email aku. Email aku akan di anggap sebagai spam.

Care nak setel masalah ni dengan menggunakan Outlook, then baru boss aku bleh dapat email yang ade attachment tadi.

Sekiranya nkorang semua merasakan ayat aku tonggang langgang... nkorang bleh belajar secara online melaui website Gmail.

Selamat Mencuba. Harap maklum.
:snow35:Kreuger®

Selasa, 20 Mei 2008

BACA DAHULU SEBELUM TENGOK GAMBAR

:snow26:Salam Bahagia Kengkawan Semua~:snow40:
Baru-baru ni aku telah menerima satu artikel dari sumber yang boleh dipercayai mengenai STRESS.

STRESS ni banyak kategori dan banyak tempat tak kire lah dimana anda berada ia kengkadang boleh berlaku secara spontaniusinasi mahupon disengajakan.

Oleh itu cube peramati petikan ini dan perhatikan betoi-betoi gambar yang akan dipaparkan ini sebagai standard pengukuran tahap STRESS yang anda hadapi sekarang.

-------------=-[Mari Analisa Stress Anda]-=----------------



Gambar dilampirkan ini adalah satu bahan yang digunakan untuk satu kajian STRESS, di hospital St Marry, Birmingham, London.... lihat kedua dua dolphin yang melompat dari air tersebut, kedua dua dolphin tersebut sebenarnya serupa , penyelidik mendapati, jika seseorang itu mendapati kedua dua dolphin tersebut berbeza, bermakna ia telah stress.............. lagi banyak perbezaan dilihat, lagi berat stress yang ada pada mereka.

Jadi sesiapa yang melihat terlalu banyak perbezaanya, dinasihatkan kemas barang, shutdown komputer dan balik untuk berehat..............


:snow16:wakakakka..... kompom nkorang sedang STRESS dengan entri aku kali ni kan...
Muahahahaha....:snow20:

Kreuger®

Ahad, 18 Mei 2008

TARIKH LAHIR ( BETUL ATAU KEBETULAN)


Salam sejahtera semua. Mungkin ade dikalangan anda pernah mendengar, terbaca @ diceritakan orang mengenai tarikh lahir mencerminkan perspektif diri kita?

Erm.. mari kita hayati. Terlebih dahulu apa kate kita buat penilaian terhadap diri kita sendiri. Adakah ciri-ciri berikut Betul atau Kebetulan ataupon Tak Betul Langsung.

Check it out~

1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24
Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya.

Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yangtelah terjalin lama.


2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30
Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar dicintainya.

Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu- buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba.Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.

3. Tarikh Lahir pada 3, 17 & 29
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul.

Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk di mengertikan.

4. Tarikh Lahir pada 4, & 13
Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri.Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain
kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah.

Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.

5. Tarikh Lahir pada 5 & 18
Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi. Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan.Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain.Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.

6.Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27
Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani. Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya. Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya. Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani. Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya. Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.

7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31
Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur. Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.

8. Tarikh Lahir pada 8 & 23
Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman- teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian.Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela
berkorban.

9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21
Suka bekerja keras, memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya. Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung. Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan. Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau
jahat dia merupakan orang yang paling jahat.

10. Tarikh Lahir pada 12 & 19
Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji. Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi. Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukan penampilannya. Dalam kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya. Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan. Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.

11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26
Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini. Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal
percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.

12. Tarikh Lahir pada 22 & 25
Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya. Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab
itulah dia diberi jolokan seniman asmara.

Entah betoi ke tidak... buat peninalian terhadap diri anda dan pasangan anda. Lepas tuh kan... lu orang pikir lah sendiri~
Kreuger®

Sabtu, 17 Mei 2008

Penat Tapi Berbaloi

Penat sungguh aku malam ni, membuat koleksi link aku kedalam bentuk gambar dan unik ikon² yang terpapar pada blog sahabat² aku ni.

Hasil usaha nkorang semua dan sokongan terhadap blog aku, aku ucapkan jutaan terima kasih.

Dengan ini aku mempersembahkan hasil kerja aku pada:- 17 May 2008 Selama 2 jam. Kaedah dan tools yang aku gunakan di sini:-
1. Cut N Paste - Kaedah
2. MS Paint - Tools
3. MS Publisher - Tools
4. Gocities.Com - Host Image

































Love you all... Going up with Malaysian Blogger,
Kreuger®

Blog Kegemaran Kreuger