Rabu, 14 Mei 2008

Film REVIEW - IronMAN


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera untuk kengkawan semua.

Agak lama jugak aku tak mengupdate blog. Aku terlalu bz skit laa sejak kebelakangan ni. Kerja bertimbun-timbun.

Dalam pada tuh aku sempat lagi pg tengok wayang dengan aweks aku di GSC Mid Valley.

Tajuk:- IRON MAN

Plot cerita memang best. Ditambah dengan side effect komputer melengkapkan lagi cerite yang ala-ala Hi-Tech ni.

Al-Kesahnye menceritakan tentang seorang yang boleh dikatakan jutawan senjata peperangan yang pada asal jiwanya agak karek, sibuk dengan rutin kerja yang sentiasa sibuk, dan pelbagai lagi jenis karek kalau seseorang itu dah kaye raye.

Dalam pada tu, dia telah merancang dan akan mendemonstrasikan sentaja peperangan berteknologi baru ciptaan syarikat beliau STARK kalau tak salah aku. (..aku lupe laa name penuh pelakon ni)

Lepas buat demonstrasi dengan jayanya, dia pon nak pg ke satu kawasan lain dengan menaiki trak askar. Tapi nasib malang die telah di AimBush~ oleh kumpulan yang konon-kononnya puak pelampau taliban. (...tipu betoi laa... siap cakap arab lagi. Kuang ajau!!!)

Mase kene aimbush, teruk jugak si Stark ni kene peluru berpandu ciptaan sendiri yang digunakan oleh pihak pelampau kononnya pastuh termeletup kat dia. Jadi ade lah plak mamat mane tah yang kene tawan lebih awal dari Stark menyelamatkan nyawa Stark.

Pada mase tuh Stark terpaksa bergantung hidup kepada bateri kereta untuk menjana gelombang elektro magnetik di jantungnya supaya kekal hidup. Tapi disebabkan dia ni pakar senjata, telah mencipta gegelung elektromagnetik yang kecik dan compat dan muat-muat dengan tempat di dadanya yang dah ditebuk. BERLOBANG SIOT DADA MAMAT ni, cam tadek jantung. Means, pakai jantung karen laa....

Dia sebenarnya dipaksa untuk mencipta senjata peluru berpandu kawalan jauh oleh pihak pelampau bagi kepentingan mereka. Tapi si Stark ni dah convert ciptaan tu (...dia kan pakar senjata) menjadi suit besi tahan peluru (Iron Suit) untuk meloboskan diri dari tahanan.

Nak tahu macam mane die bleh dapat suit warna gold + merah tuh? Nkorang kene layan laa cerita ni. Mesti tak nyesal....

Oh oh oh... kutipan bintang?? Aku bagi 4.5 bintang daripada 5 bintang penuh sebab dia punya Hi-Tech effect, memang best kaw kaw~

Untuk laman rasmi cerita ni, nkorang boleh lawat di:- http://ironmanmovie.marvel.com/
Selamat Melayan Cerita Semua~
Kreuger®

2 ulasan:

  1. deen tgk sorang2 ari pertama lagi,
    kol 6.20 ptg kat midvalley..wakaka,

    time dada dia kena korek tuh yg geli tu,wakaka,
    berdgup gak jantung..

    BalasPadam
  2. Deennasour - Deen, memang best kan effect die. Tak hengat punye computer grafik. Aku minat betoi, walaupon teknologi tuh belom berakal lagi untuk manusia sekarang, tapi memang macam best la~

    Kreuger®

    BalasPadam

---=[Prepare2Die]=---
Kreuger® since 2007 begin a blogger.
Kindly please leave your comments.
Thanks~

Blog Kegemaran Kreuger